Memang dua minggu berturut-turut ini jadual saya penuh dengan aktiviti bermanfaat, mestilah aktiviti bermanfaat, takkan nak pergi merempit pulak ye dak, itu bukan kerja tu, itu mengulorr ;). Sibuk sangat sebab 2 minggu berturut tau, memang tak sempat nak jenguk kerja kat ofis. Sambil bekerja, sambil nak pergi kelas dan aktiviti outdoor pula. Korang bacalah ye.
1) Tutorial dan kelas CCP-i
Minggu lepas saya baru dapat emel yang menyatakan saya perlu mengikuti kelas selama 4 hari berturut-turut. Kalau bab training saya memang suka sebab dapat makan free. Free aje memang semua orang pun suka, tapi bila tengok tajuk dan topik kelas saya kali ini, terus nervous pulak.
Pernah dengar CCP-i atau certified credit professional islamicĀ atau Ahli profesional kredit bertauliah? Bagi yang mengambil accounting atau finance, pasti tahu tentang ni. Saya tak kisah nak masuk kelas dan tutorial CCP-i ni, malahan peluang ini sangat bagus kerana di sponsor sepenuhnya oleh majikan saya. Seronok kan sebab bukan senang nak ambil course macam ni, sebab kat luar bayaran yuran akan dikenakan sebanyak RM250 untuk setiap kertas peperiksaan.
Yang saya runsingkan adalah, ramai yang kata exam CCP-i adalah susah. Sekarang baru tahu perasaan mereka yang bekerja sambil belajar, yang mana pembahagian masa adalah sangat penting. Mana nak bekerja, mana nak belajar, dan pada masa yang sama nak menjaga anak dan menyiapkan kerja harian di rumah. Korang ingat sambil enjut anak mahupun sedang memasak boleh ulangkaji pelajaran? Tidak hokey!!! Namun itu bukan alasannya kan.
Hmmm sebenarnya saya ni kira menggantikan calon lain disebabkan individu tersebut mempunyai hal yang lain. Takpe inilah yang dikatakan rezeki, jika ianya baik untuk saya, Insha Allah saya terima dan buat yang terbaik. Kawan-kawan opis saya memang terbahek, siap nak buat short note okey, hahaha mekasih korang, sayang korang ketat-ketat. Tapi sampai hari ni aku tak nampak pun short note tu kat celah mana hahaha. Korang memang terbaik bab nak menyedapkan hati aku kan.
2) Kursus Outward Bound School (OBS)
Kursus ini akan diadakan di Kem OBS yang terletak di Teluk Batik, Lumut, Perak selama 5 hari 4 malam okey!! Saya sudah lama tidak outstation dengan erti kata lain sudah lama tidak berjauhan dengan anak-anak. Jemah rindu nanti tau!! Berdasarkan pengalaman kawan-kawan pejabat yang sudah mengikuti kursus ini, ianya memang sangat mencabar. Berkayak, berkhemah dan sangat mencabar di samping menduga kekuatan mental dan fizikal. Aduiyaiii bab ni yang sangat lemah ni, kalau umur masih muda remaja oklah juga kan, ini dah masuk 30an ni rasa lemah gemalai je kot.
Setiba di sana nanti, pihak urusetia juga akan mengambil dan menyimpan handphone dan beg dompet semua para peserta. So tiada Facebook, IG mahupun blogging ye, cuma saya berharap agar tiada perkara kecemasan berlaku pada saya mahupun keluarga sepanjang ketiadaan saya nanti.
Actually kursus ni ada 5 kumpulan dan saya sengaja pilih tarikh semasa cuti sekolah kerana senang suami saya nak menguruskan anak-anak nanti. Sebelum ni nama saya terpilih untuk kumpulan ke 2 tapi atas sebab tertentu saya terpaksa menolak.
Sesuatu yang bermanfaat untuk masa hadapan dan menambahkan ilmu di dada. Semoga saya mendapat keberkatan di dalam pembelajaran ini kan hahaha. Ko mengarut macam diarah pergi bertempur aje kan aju hehe. Oklah doakan saya lulus cemerlang dalam exam CCP-i pada 14 Jun 2014 nanti, dan doakan juga selamat dalam kursus OBS, nak mengayak bot kot, tu yang risau tu, sekarang kan musim hujan bagai, hohoho nervousss!!
Wah bestnya… Good luck aju..
good luck aju..u can do it.
Bestnya dapat kursus macam ni..ok Aju buat yang terbaik dan semoga segala urusan dipermudahkan.
Memang nampak betul kesibukannya. Apa2 pun selamat menjalani kursus ye kak.
Wahhh memang betul2 sibuk nihhh..semoag dipermudahkan apa jua urusannya…
Selamat berkursus. . Dan selamat menduduki peperiksaan semasa berkursus. .
Berkayak ?? Wah,bestnye … lama sangat dah tinggal aktiviti begitu. Insyaallah, Aju boleh …
Selamat berkursus dear…
Semoga dipermudahkan segalanya ..
Siapa yg tak suka gi kursus kan. Makan free & sedap…hehehe…
hehe..event memang best ..dapat release tension jugakk..hehe
Dulu saya pernah keje kat training dept..memang ramai calon CCP-i ni yang cakap susah..tapi siapa yang lulus memang untung sangat coz highly demanded..
Good luck ye..:)
Samala kak sy pun bz mgu nih..huhuhu