Korang yang pasang iklan Nuffnang di blog, ada tak letak soalan kaji selidik The Nuffnang Poll 2.0 di blog? Sebelum ni saya suka-suka je letak di blog mana tahu ada pembaca yang sudi menjawab soalan tersebut kan. Dan semalam saya sudah check keputusannya. Emm tak semua soalan dan jawapan saya kongsikan di sini ye. Hanya beberapa info sahaja kerana ini mampu buat saya senyum sendirian ;). Bagus juga kaji selidik begini kan, boleh tahu kelebihan dan kelemahan sendiri di samping dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada.
Kadangkala saya rasakan ada ke yang sudi baca blog saya ni? Saya lebih menumpukan untuk memberi info berguna kepada pembaca. Kalau boleh taknak merepek sangat, risau pembaca bosan pula nak baca nanti. Saya juga cuba elakkan berkongsi masalah peribadi di blog, uishhh dan itu juga yang suami ingatkan. Jangan sama sekali bercerita hal peribadi dengan dunia luar, ok saya ingat tu bang.
Terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen mahupun silent reader. Tak sangka ada yang mengikuti perkembangan blog saya ye, tq tq tq!! Ramai yang inginkan saya berkongsi cerita cerita tentang kehidupan seharian instead of bercerita tentang event mahupun product review. Banyak bercerita pun tentang makanan aje kan. Hahaha masa sekolah pun digelar kuat makan, hmm membawak ke blog gamaknya hehe.
Insha Allah ini adalah penguat semangat saya untuk kerap update blog dengan info yang memanfaatkan semua orang. Seronok berblogging ni tau, dari suka-suka dah jadi serius pula, di samping dapat menjana pendapatan pasif, dapat juga berkenalan dengan rakan alam maya dan juga mengikuti event dan membina networking. Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga, pengurusan masa adalah sangat penting kan.
Bila dah ada blog dan networking, terus terfikir nak buat business online untuk menjana pendapatan sampingan, so korang bolehla singgah di ButikAlianajiha, korang boleh klik IG seperti di sideblog ini dan boleh mula cuci mata ye, takpe saya boleh bagi harga kawan-kawan punya ;).
Tahniah Aju.. ko lah penguat semangat aku untuk berblogging juga
tahniah Aju, semoga semangat untuk menulis blog sentiasa tinggi.
Tersenyum2 gak membacanya.
ayak asal manyak senyom lohhh ?
Salam Ukhwah Aju..Sy jd semangat utk berblogging ni.Nak cuba gak la Nuffnang Poll.maklumla sy mak bdk br belaja.
Ok…gembira la tewwww…haha..sedikit sebanyak akan menambahkan lagi mood untuk terus berkarya dalam dunia penulisan ni..
Dah lama tak pasang Nuffnang Poll.. Dekat blog lama yang dah tak aktif, adalah….
saya nak buat juga tapi setahun lepas buat hee..tahun ni kita cari mood servey under nuff pula 🙂
tak pernah pasang ajue hehe…lepas ni nak try letak gakla…
Bagus jugak kaji selidik ni eh. Boleh jugak tau apa sasaran pembaca kita. Takda pulak saya buat dekat blog.
Poll tu nyata banyak juga gunanya… apapun, blog Aju memang ramai yg suka,betul ni tau … 😀
Suami aku tak pernah baca pun blog aku..langsung tak amik port
Dulu pernah la letak..
Lepas ni nak cuba letak la, boleh gak tahu reaksi pembaca kan 😀
Tak pernah letak lagi dalam blog, lepas ni nak cubalah
saya tak pernah usik pole pole ni ..hahah..apa kah ini ?