Telur mata acuan lada benggala

20140528-054613-20773315.jpg
Telur mata je pun

Ha baca tajuk tu dapat bayangkan ke macamana bentuknya? Hahaha kreatif tak saya? Memula tertengok telur mata ni kat Facebook, so teringin nak try sebab anak-anak saya memang suka makan telur mata kerbau ni. Macamanalah si kerbau ni dapat nama padahal kan ke telur si ayam tu. Emm takpelah abaikan bab kerbau tu sebab kita nak fokus kat ayam ye.

20140528-054613-20773080.jpg
Potong setebal ini
20140528-054613-20773240.jpg
Goreng ladang, then letak telur kat tengah

Senang sangat kot, tak payahlah nak ajar sakan sebab korang pun boleh goreng lebih kreatif dari saya. Cumanya dengan guna lada benggala ni telur mata menjadi lebih sedap rasa tu, emmphhh korang trylah ye nanti. Memang sedap, nak lagi best korang boleh taburkan serbuk lada hitam. Emmm nyummy!! Kalau tengok masa goreng ni dia terkeluar meleleh-leleh ke tepi, saya pula guna kuali yang tak melekat, so senang aje nak terbalikkan telur tu, pastu yang meleleh tu masukkan balik ke dalam acuan tu. Alah nanti pun nak ngap kan, tak payahla nak S.O.P sangat hehe.

20140528-054613-20773467.jpg
Adam yang tak sesabar nak ngap

Tengoklah bebudak ni berebut semuanya nak makan telur masakan ibu. Hmmm last-last benggala tu terbior aje, takpe lepas tu saya pun ambil lada benggala tu buat masa udang goreng kunyit hahaha. Kan tak membazir tu, diorang ni susah betul nak makan sayur, unless kalau sayur masak lemak putih, wahh laju aje makannya.

20140528-054613-20773389.jpg
Make up kan dia dengan serbuk lada hitam
20140528-054613-20773541.jpg
Kejap ada, kejap takde haha

Emmm sekian hidangan simple hari ini, so korang boleh try ok, saje je nak menghiburkan hati anak-anak ni, sesekali melayan selera diorang ni memang seronok. Janji ada bahan nak masak memang tersedia aje jawabnya. Saya bab buat kuih dan roti memang fail, harap nak beli kat kedai aje, takpe yang tu nanti saya belajarlah ye ;).

13 thoughts on “Telur mata acuan lada benggala”

  1. nyum2 sedapnyer…lizz dah lama x masak2 gini….
    memang happpy la dierang dapat makan makanan comey gini…lagi special maknyer buatkan…

  2. Sayang pulak cili tu tak dimakan sekali kan. Kena fikir acuan lain kot kak. Yang boleh budak2 makan. Hehe

  3. walaupun blom pernah try buat tapi dah boleh agak ana2 saya pun mesti tak makan lada benggala tu..hehe

    tapi menarik la idea masak telur mata macam ni..nak try gak la nanti..:)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: