Berikut adalah perbualan telefon antara Najwa dan abahnya ketika saya sedang memandu kereta pulang dari peperiksaan CCP-i Sabtu lepas. Saya baru mengambil pulang bebudak ni yang ditumpangkan di rumah kakak saya yang berdekatan dengan rumah saya, TQ kakak sebab jagakan anak-anak saya ye ;). Sabtu kan suami saya kerja, jadi ikuti perbualan di bawah ye.
Abah : Assalamualaikum
Najwa : Waalaikumusalam, abah kat mana?
Abah : Abah on the way balik rumah
Najwa : Ooo ok, abah kat mana dah ni?
Abah : Abah lagi 20 minit sampai rumah, nanti suruh ibu siapkan korang sebab kita nak pergi tengok Batman
Najwa : Tengok Batman? Kat mana abah?
Abah : Kat Pavilion, nanti suruh ibu mandikan korang, pakai baju semua, abah sampai nanti kita terus pergi ye.
Najwa : Ok abah…
Najwa pun menjerit seronok, ibu, abah suruh kita mandi siap-siap, sebab abah nak ajak tengok Batman. Ha? Wayang ke apa? Saya ni jenis tak suka tengok wayang ni, rasa buang masa kot kat dalam tu hehehe. Tapi kalau cerita saya minat takpe kekeke. Ntahlah bu, Najwa tak taulah wayang ke, tapi abah kata nanti abah sampai kita semua terus pergi.
Ok-ok selepas sampai di rumah, saya mandikan semua anak-anak. Si Adam dengar pasal Batman, terus melompatlah dia. Seronok kan, baik Batman, Spiderman, Ultraman, memang dia suka sangat, idola katanya hehehe. Oklah bersiaplah kami ni semua. So bila suami saya sampai depan rumah, semua terus melompat keluar naik kereta, fuiyooo senang kerja ibu korang. Kalau suruh pergi sekolah, kemain lemah lutut semuanya kan.
Pavilion, ini kali kedua saya ke sini. Rasanya environment kat sini, tak sesuai dengan saya. Kat sini barangannya mahal dan eksklusif sangat kot. Sekadar nak window shopping tu bolehla. Suami saya dapat tiket ni dari ofismate beliau, disebabkan keinginan nak tahu tu meninggi tu yang nak tengok sangat tu. Tajuknya ialah Asia’s First Batman Hologram Experience, wahh bombastik kot tajuk dia, tapi bukan wayang ye, ianya sekadar tayangan 10 minit tentang teknologi terkini Batman tu.
Kita semua masuk dalam satu bilik, bilik tu kat ruang legar Pavilion ye, kat situ ada pameran baju dan cenderahati Batman. Waktu kami pergi ni tak ramai lagi yang beratur, 15 minit lepas tu dah panjang pun queue. Bilik tu gelap, bebudak ni bukannya tengok pun tayangan hologram tu, pakat duk peluk-peluk ibu dan abah dia, ingatkan nak tengok cerita hantu kot hehehe.
Selepas habis tayangan, kami semua bertolak balik rumah. Seperti yang saya katakan, tempat ini bukan tempat saya. Takut saya datang sini, sebab kat sini budaya sosial kat sini terlampau sangat. Sebenarnya kat mana-mana pun ada je pandangan yang menyakitkan mata ni. Bukan apa yang segannya dengan anak-anak, kita yang dewasa ni pun tahu malu, apatah lagi bebudak yang suci ni. Lelaki sama lelaki berpelukan dan berciuman, ya Allah, Nauzubillah. Terus ajak suami balik dan dalam perjalanan tu saya memikirkan, ya Allah takutnya saya tengok insiden tu. Night mare ko, nauzubillah.
Seperti kebiasaannya hasil gambar dari Iphone 5S ni memang tidak mengecewakan ;). Hari ini sudah pun hari Jumaat, cepatnya masa berlalu.
wahh bestnyer…Pavilion pasti seswai utk saya bila saya jutawan 😀
Usahkan nak masuk, berdiri kat luar pun tentu sekali tak sesuai untuk akak huhuhu … tapi boleh bayangkan mesti excited habis kalau Hafiy tengok batman tu
Pengalaman baru tu dapat tengok batman hologram. Budaya sosial di sana memang menakutkan.
Last pgi pavilion ms zmn kje kt sstand char dulu..5 taun lps..
Bestnya tengok Batman.. dah lama tak jalan-jalan shopping complex kat KL.. Maklumlah dah tak kerja KL memang takdelah nak melangkah ke sana. Jejak kaki kat Pavillion pun dulu masa baru siap. Itupun sebab dekat sangat dengan office.. masa lunch jalan kaki ke sana…
Wahhh dah lama tak layan batman..suka gak tengok citer ni..
Anak saya memang gila batman. Saya juga dapatkan pen drive batman daripada laman web ini http://www.onlinegiftsmalaysia.com