Cek itu cek ini

Alhamdulillah, Jumaat lepas selamat menerima kehadiran cek yang dinanti-nanti. Hmmm walaupun penat baru balik dari berkursus hari Khamis tu, Jumaat tetap jua ke pejabat sebab banyak pula tugasan menanti. Padahal Isnin saya cuti hokey!! Kata nak menyambut ulangtahun perkahwinan ke 10, korang tau ajelah suami saya kan susah nak bercuti. Kerjanya ibarat seorang Timbalan Perdana Menteri yang memang susah nak bercuti dan sentiasa pulang lewat hoho.

20140609-095015-35415212.jpg

20140609-095015-35415600.jpg

Ok bab cek tadi, seronok bila my officemate serah kedua-dua cek ini kepada saya. Terus hilang rasa penat semua tu ;). Satu dari Nuffnang dan satu lagi dari pihak Yeo’s. Wah thank you!! Bolehlah bank in dalam akaun Maybank. Akaun Maybank ini adalah akaun peribadi khas untuk business online dan pendapatan dari blogging. Alhamdulillah bolehla nak menampung beli hitu hini kan.

Saya yakin mesti ada di antara korang yang juga menerima cek yang sama kan. Hahaha kira lepas ni semangat kita mencanak-canak naik nak update blog. Maklumlah sejak balik OBS ni penat lain macam, dengan muka menggelupas lagi, siap gatal-gatal lagi ko. Takpe kira ada something sebagai kenangan, huhu banyak lah kenangan, anak-anak semua kata muka ibu dah tak cantik warrghhh ibu pasrahh!!

Saya pun rindu nak mengomel kat blog sendiri. Memang banyak cerita yang nak dikongsikan bersama, dan pada masa yang sama banyak kerja yang menanti. Juga tak lupa nak study sebab Sabtu ni ada exam CCP-i, wahhh saya tak study hapa lagi ni, dah settle nervous untuk OBS, sekarang nervous nak exam pulak. Chaiyok!!!

BACA  New Gadget | PortaWifi Celcom Mudahnya ;)

12 thoughts on “Cek itu cek ini”

  1. Wah! Hilang penatkan dengan dapat duit tu..tahniah la dan selamat menjawab dengan cemerlang exam nanti

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: