Assalamualaikum
Alhamdulillah selamat semuanya. Selagi tidak menempuh kursus OBS ini, selagi itu hati saya tidak tenang dan tak keruan dibuatnya. Macam-macam cerita saya dengar sebelum ke kursus ini, banyak cerita yang penuh dengan cabaran dan menguji mental serta fizikal.
Setiap hari saya memikirkan, apa pula cabaran aku nanti ye?
Mampukah saya yang lemah lembut ini menempuh semua ujian tersebut?
Hahaha tak menahan ko puji diri sendiri lemah lembut kan. Hmmm jangan pandang saya sebelah mata, lembut cenggini pun mampu hokey!!
Hari pertama, Ahad 1/6/2014
Kami bertolak dari pejabat kami di KL sentral jam 1:30 petang dan tiba di OBS, jam 6:30 petang. Tak sampai 1 hari berjauhan dengan anak-anak, rindu menebal pada mereka, terutama abah mereka haha.
Uishhh cuaca sangat menduga ok kepanasannya. Emm sudah terbayang macamana saya dan kawan-kawan mengayuh bot dalam panas terik, sambil kenyit-kenyit mata kecing kecing!!! Takpe itu bukan penghalangnya, chaiyok!!
Kami berkumpul di dewan dan diberi penerangan apa jadual aktiviti kami dan waktu makan pukul sekian, sekian. Itu penting ok, kalau lapar satu benda pun tak jalan kekeeke.
Dan tepat jam 7:30 malam segala handphone, purse wallet, rokok dan barangan berharga diserahkan kepada urusetia.
Waaa baru plan nak call anak😅.
Ada juga baiknya, nanti ada pula yang sibuk berwhatsapp sewaktu orang lain beraktiviti. Jadi bermulalah penghidupan kami tanpa gajet di sisi. Ok je, hidup aje pun hehe. Kemudian kami diberikan kumpulan yang mana semua aktiviti dibuat bersama-sama ;).
Hari kedua, Isnin 2/6/2014
Berkumpul di dewan besar jam 6:30 pagi, huwarghhhh mengantukss sangat. Biasalah bila tidur di tempat selain dari rumah sendiri ni memang agak susah nak melelapkan mata kan.
Bila semua ahli dah cukup kami diminta menyanyikan lagu Negaraku, arghhh suara pula ala-ala serak-serak basah gitu, serupa Ella dah semua orang ni. Selepas menyanyi, kami semua bersenam manja, maksudnya lari setempat dan lentuk-lentuk pinggang. Barulah longgar semua urat yang tegang ni, nampak benar setahun sekali baru bersenam.
Teghuukk sangat haisshh!!!
Selepas bersenam, kami semua bergerak ke dewan makan untuk bersarapan dan bermulalah aktiviti mengenal peralatan whaler, dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar peralatan. Penting untuk pengetahuan am, kotlah nanti bertukar karier ke kan, at least we know something ;).
Bukan satu tugas mudah untuk memasang semua peralatan ni, dahlah berat lepas tu kene angkut dari stok bawak ke whaler. Fuuhhhh menduga betul di bawah terik panahan matahari, so sweat, takpe-takpe pengalaman kan.
Hari ke 3, Selasa 3/6/2014
Kami semua berkumpul di tepi lautan jam 6:30 pagi. Waktu ni masing-masing sudah tahu apa tugasan yang perlu dilakukan. Kami semua perlu setup whaler selengkapnya tanpa kehadiran instructor.
Syukurlah saya dapat team yang sangat ringan tulang dan tak berkira kerja. Masing-masing akan membantu untuk apa jua pertolongan. Yelah salah pasang nanti tak bergerak pula whaler ni, dahlah nak berkayuh berjam-jam lamanya.
Lebih kurang jam 9 pagi kami semua mula berkayuh. Wahhh sengal lengan, penat, letih sangat-sangat. Masing-masing tak tahu macamana nak gambarkan perasaan ini, nak tak nak mesti kene berkayuh juga sebab kalau kita berhenti angin dan ombak akan menolak whaler kami jauh ke tengah lautan.
Sekarang baru tahu perasaan nelayan di lautan, waktu ni memang insaf sangat ;). Bila ada bot atau kapal yang lalu, kami yang kecil ni akan terumbang ambing terkena tempias ombak, wah tempias ko hehe.
Tapi kan, Alhamdulillah waktu ni tak hujan mahupun ribut seperti kumpulan rakan sekerja kami sebelum ini. Yang itu memang sangat menakutkan, diorang kata siap muntah bagai, yelah mabuk laut kan.
Sebelum perjalanan panjang ni saya dah telan sebiji ubat tahan mabuk. So memang takde rasa pening mahupun mabuk sewaktu perjalanan kami. Akan bersambungg.. hehe
Pergh.. Macam menarik je naik benda tu kak. Kat mana tempat ni OBS ni?
pengalaman yang tak akan dilupakan pastinya.
Bestnye ramai ramai naik bot kayuh sesama..
wow..memang best aktiviti begini..
macam seronok jer kan….
Bestnyer…
Walaupun penat tapi ianya pengalaman indah kan..
Perghhh sedapnya naik perahu tu.tak takut ke aju?
Bestnya dpt buat aktiviti mcm nih.