Ok bersambung kita dari cerita part 1 ye
Kumpulan whaler saya tiba di pulau pada jam 3:45petang setelah penat berkayuh selama 6jam 45 minit, fuhh memang penat sangat!! Masing-masing lega bila kami sampai di pulau sebab bolehlah nak berehat kan. Hahaha berehat apanya, ingat pergi bercuti? Sampai je kat darat, terus kene angkat barang dan dirikan khemah. Huhuhu seronok #sangat!!
Syukurlah khemah ni jenis nak dipasang, mudah aje pun. Nak pula ada kumpulan lain yang tolong kami setup khemah ni. Sebenarnya kami adalah kumpulan kedua yang tiba di pulau ni, syukurlah diorang bantu kami yang serba kefenatan ni. Seronok sambil pasang khemah sambil berborak santai, takdelah rasa penat sangat kan.
Selepas dah pasang khemah apa semua tu, terus kami mandi dan bersihkan badan di perigi berdekatan. Wahh rasa kampung sangat, untuk pengetahuan korang, pergi tu bukan macam bilik air rumah korang ye. Ianya berkonsep terbuka dan berbumbungkan langit nan tinggi hahaha, hanya ada penghadang kanvas yang dipasang oleh kaum Adam ni. Ha bayangkan, hohoho apa korang bayangkan??? Hanya monyet di situ je yang tahu seksanya nak mandi dan buang air kekekekek.
Siap mandi dan solat jamak, kami mula menghidupkan kayu api, hehehe kenelah pakai kayu, mana nak cari dapur gas dalam hutan ni kan. Tapi memang bestlah sebab semuanya mengimbau kenangan dolu-dolu, syukurlah tak susah nak hidupkan api kayu tu. Dan bermulalah proses memasak nasi, telur dadar dan kari ayam dalam tin. Wahh senang bangat, tak perlu nak potong bawang bagai. Sambil masak sambil berborak, wahh hilang penat semua ;).
Malam tu takde aktiviti sangat pun, hanya ada perkongsian rasa dan pendapat secara berkumpulan. Dan malam itu tidur kami ditemani nyamuk hutan yang rakus menggigit dan menghisap darah semua orang. Panas dalam khemah? yuppp itu yang tidur tak tutup pintu khemah dan sesi menderma darah kat nyamuk pun bermula ;).
Hari keempat, Rabu 4/6/2014
Seawal jam 5 pagi semua orang bangun dan berkemas. Kami akan bertolak pulang ke OBS bermula jam 7:30 pagi. Kayuh lagi tapi kali ni 2 jam lebih sahaja kerana balik ni kita ikut jalan dekat. Masa pergi tu je ikut jalan jauh, perghhh lega. So tiba di OBS lebih kurang jam 10:30 pagi dan semua peralatan disimpan semula dalam stor. Khemah dan semua peralatan perlu dibasuh sebelum disimpan ye, ohohohohoh nak pitam sebab panas terik.
Dan jam 2:30 petang macam tu, ada sesi penyerahan sijil. Dan segalanya berlaku dengan pantas, selamat dan lega sebab sesi kepenatan sudah berakhir. Dan kami semua bertolak ke Hotel Swiss Garden International untuk “staff retreat”. Hoyeyy!!! Itu yang best sebab dapatlah satu malam beradu di katil hotel yang empuk. Dan malam tu kami dihidangkan dengan makanan enak seperti kambing panggang, seafood, dessert dan pelbagai menu lagi. Fuuhhh kenyang ;).
Hari kelima, Khamis 5/6/2014
Setelah siap berkemas, bas tiba jam 11:30 pagi untuk membawa kami pulang ke pangkuan keluarga. I miss my kids and my hubby. nak pula hari ini adalah our 10th Anniversary kan, harulah nak cepat pulang kan heheha. Alhamdulillah satu pengalaman yang akan kami kenang, dan banyak yang kita pelajari dari kursus ini. Dan yang tak boleh blah, waktu kursus tu, ada sorang staff OBS tu tegur kami, kenapalah waktu umur macam ni korang datang sini? hehehe nampak tak? Aktiviti ni semua sesuai untuk golongan muda belia, tapi bila orang macam kami ni mampu buat semua tu, rasa bangga gaklah. huhuhu maksud tersirat tu ada disebaliknya…….tamatttt
wah seronok kursus siap bercamping bagai biarpun memang penat..teringat zaman sekolah dulu…bercamping dalam hutan.
Bestnye kak…rindunya saat bercamping mcm nih…seronokkk
fuhh..lama gak tak gi camping wooo..
mesej tersirat yang boleh saya tafsir ialah hidup ini mesti ada teamwork….kalau tiada maka susah jadinya!
Wah bestla kalau dapat kursus camni bercamping bagai..rasenye last sekali dapat bercamping mase RPPR form 4..tahun 1998..oh noooo dah hampir 20 tahun..tuanya saya..dah ade anak2 ni bercamping dlm rumah jela nmpknye
Baca entri ni terus excited..terkenang dolu dolu.. Tapi kami geng cikgu cikgi ni masih ada merasa lagi kursus2 macam ni…seronok kan Aju
bestnya kursus ala2 camping macam ni….ntah bila SA nak merasa macam ni…dah bosan dah kursus kat hotel je…
Syoknya aktiviti camping bagai macam ni kak..
Rindu plak nengok akak camni 🙂
Rasa macam nak jugak camping..hehee
Serius..memang teringin sangat nak berkamping macm ni..seronok hanya tuhan aje yang tahu..huhu
Teringin nak gi kursus macam ni. Asyik indoor jer.
tak ada pengalaman tapi kalau blogger buat nak pergi juga itu kalau tak ada plan lain hee..
Best tu camping..sekali sekala macam ni best jugak kan
Pergh… Camping.. Kenangan zaman sekolah rendah masa join pengakap. Memang best. Sekarang ni memang takda dah nak buat aktiviti macam ni.