Alhamdulillah hari ini genap 10 tahun kami menyulam cinta bersama, TQ Allah kerana temukan saya dengan insan yang merupakan suami, pakwe, best friend, dan kawan yang sanggup susah senang bersama. Moga Allah terus satukan kita untuk selama-lamanya dan mendidik amanah Allah untuk menjadi insan yang berjaya dunia akhirat ameen.
Satu dekad sudah berlalu kan, bukan satu jangka masa yang singkat, memang banyak ujian pahit manis dilalui bersama. Saya bersyukur kerana Allah jodohkan saya dengan suami yang lebih kurang sama cara hidupnya dengan keluarga saya. Pendek kata tak susah saya nak masuk dengan family beliau ;). Baik dari segi makan, pakaian, segala benda, tak perlulah nak bergaya sakan, janji ada semuanya sudah cukup bagi kami.
Doa saya semoga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat, diberkati Allah dan saling melengkapi antara satu sama lain. Banyak benda yang perlu dipelajari setiap hari, kesabaran dan tolak ansur adalah aspek paling penting yang kadangkala menguji mental fizikal kita. Gaduh-gaduh manja itu adatlah kan, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Tapi pandai-pandailah nak pujuk, tapi bila dah sepuluh tahun berkahwin ni, kalau merajuk pun takde dah nak memujuk bagai, banyak lagi kerja lain nak buat hahaha. Brutal giler kan??? Saya masih lagi berkursus di Lumut, Perak dan akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11:30 pagi. Sudah 5 hari berjauhan dan pastinya tak sabar nak jumpa anak-anak terutama apaknya hahahahhaaha.
Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10, semoga berbahagia ke akhirhayat.
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Hamboii..tak sabar nak jumpa apaknya ye hihi…adatlah bila berjauhan gitu. Selamat berbahagia hendaknya Aju ye
Semoga bahagia hingga ke Jannah
syukur boleh buat kenduri sis ๐ alhamdulillah saya ucapkan untuk 10 indah buat sis suami nd anak2
selamat hari ulangtahun perkahwinan untuk aju dan suami semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhirat.
Tahniah Aju dan suami semoga terus bahagia dan Allah Rahmati selalu rumahtangga dengan dikurniakan kemudahan, anak2 yang baik..barakalallahulakuma wajama’a bainakuma fikhir
semoga berbahagia selalu
Selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga hubungan akan terus berkekalan bahagia selamanya ๐
Happy Anniversary Aju..Moga bahagia till Jannah… ^_^
Alhamdulillah. Tahniah & happy 10th anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia till jannah.
subhanaAllah, tabarakaAllah…semoga perhubungan sis dan pasangan mendapat barakah dari Allah dan membawa ke syurga…ameen…:-)
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-10 Aju..saya dan suami pun baru sahaja meraikan ulangtahun ke-10 perkahwinan kami pada bulan Februari lepas..
Semoga jodoh Aju dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat..
Tahniah Aju & suami. Moga terus bahagia selamanya. Amin..
Alhamdulillah semoga berkekalan hingga jannah…kak share lah tips kebhagiaan rumahtangga akak….
Wah…dah 10 tahun ekk menyulam cinta..mesti dah banyak pengalaman nih..hehe..semoga keluarga aju akan terus bahagia sampai kesyurga…aminnn