Akhirnya saya akur jua…akur sebab saya perlu memakai spek mata. Selalu saya paksa mata saya untuk melihat objek jauh-jauh tu, walaupun tahu tak nampak tapi saya paksa juga. Sudah lama sebenarnya rabun ni, tapi memikirkan malas nak menjaga spek, saya pendamkan keinginan untuk bercermin mata.
Bila dah sampai rabun sangat sehinggakan rakan saya yang beberapa meter jaraknya pun tak nampak muka, so saya akur saya memang perlukan bantuan spek. Diorang senyum dari jauh, dah kata rabun kan, saya buat donno je, so diorang ingatkan saya sombong kekeke. Tambahan pula saya memandu kereta kan, lagi bahayalah nak pula kalau memandu waktu hujan lebat atau di waktu malam. Emm skema sungguh ayat ni ;).
Keinginan tu tiba-tiba he datang waktu keluar berdating dengan suami. Ini kira dating sempena anniversary ke 10 kami tempohari. Selepas suami kata buat ajelah spek tu, nanti lagi teruk pula mata tu. So saya ikut aje nasihat suami tanpa membantah. Terus pergi kedai optometri yang berdekatan dengan rumah dan check tahap kerabunan. Di mesin luar tu rabun jauh saya 175, tapi bila check yang kat dalam bilik tu, which is lebih accurate, hanya 125 je tapi itu memang dah kene pakai spek, kata optometrist tersebut. Oklah oklah saya buatlah.
So pilih bingkai, katanya untuk newbie macam saya ni elok pakai half frame. Jadi saya pilih yang kecil sebab takmo tudung nampak kembang nanti tak cun. Eleh banyak ko punya cekodok ye, hehe betul apa kan, takmolah tudung nampak kembang sebab boleh menampakkan ketidakkemasan di situ. Oklah selepas try 5 frame yang berkenan, satu je yang kene pilih tau. Nangislah kalau nak buat 5 spek terus, bajet nak ikut kaler tudung harian?
So inilah pilhan hatiku. Harga dia? Jumlahnya RM330, bingkai tu adalah RM220 dan lens tu RM110. Hmm takpelah semoga bertahan bertahun lamanya. Sekarang memang tak berapa biasa berkaca mata, saya pakai pun waktu drive sahaja. Kat pejabat pun pakai sekali sekala, waktu pertama kali pakai tu, officemate kata macam mak-mak, macam cikgu ohoiii malu aii taww!! Baru nampak jelas batang hidung korang semua, jerawat batu timbul pun nampak hahaha. Yang paling best waktu drive, abis semua signboard yang jauh-jauh tu saya boleh baca, hehehe nak menunjukkan kepuasan hati di situ.
Penglihatan saya dah jelas, nampak tak? semakin kita berusia, satu persatu nikmat Allah tarik. Semoga ibadah kita kepadaNya tidak pernah diabaikan, dan semoga kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang kita terima dan kita ada ameen.ย
Boleh tahan juga bajet buat spek tuh. huhu ๐
Apapun kalau rabun memang kena pakai cermin mata or contact lens
Pakai je lah aju kalau dah rabun tu. Bahaya drive kalau rabun ni. Akk pun pakai jugak. Buat kat kedai yang sama. Kedai tu murah kan.
cantiklah… sesuai je dgn kakju.. ๐
btw, ce habaq mai sikit cara pakai selendang tu… hahahhahhah tu halfmoon kan kakju?
Tu dia imej baru plak..saya pun lama tak tukar spek ni..nak imej baru jugak la..hahaha
Comelnya Aju pakai spek..
Akak pun rabun jgk..tapi nak buat spek tak brapa rajin lagi hihihi..
Tnggu masa yg sesuai..
oklah tu.
baru nampak skema sikit. hehe
Orang kata pompuan kalu masuk 40 akan ada masalah mata rabun…tapi adik akak yg muda belia pun dah rabun ye.. elok lah jangan dibiarkan,nanti rosak terus mata tu kan lagi susah
Hai! Cikgu Aju
Aju,
Takpe, ramai lagi yg pakai spek. Mula2 begitulah rasa pelik, kena lama2 barulah rasa ok.
Saya pun sepatutnya pakai spek sejak dari zaman sekolah lagi, tapi sebab rimas, saya pakai sekejap, lepas tu tanggalkan sampai sekarang.
Alhamdulillah, ok. Masa tgh teruk dulu, saya banyak minum jus carrot dgn bangun pagi tengok pokok2 kurang2 15 minit. Alhamdulillah, rabun tak merebak hehe.
tahniah aju…dgn imej baru.
nampak lebih matang…
Kalau dah rabun memang tak boleh sembuh (normal) lagi ? takut pula kalau tak boleh sembuh.
kita dah segeng aju…memang kalau tak pakai memang makin teruk mata tak boleh nampak..selalunya, kalau baru pertama kali pakai memang tak selesa..lama-lama nanti, akan terbiasa…tak pakai pula jadi tak selesa.
comel dah tu…
baik pakai je…utk kesihatan mata
Emm still nampak muda..hahahaha…
amboi dia ๐
saya tak suka pakai tapi terpaksalah itu guna duit tabung blog heee..syukur rasa puas hti..
Sweet โบโบ