Macam biasa….
Makan
Makan lagi
Makan lagi dan lagi
Ok kali ini saya nak bawa anda ke Restoran Aunti Aini’s yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Hmmm pertama kali saya menjejak kaki ke sini. Ini pun setelah diberitahu oleh beberapa orang kawan yang pernah makan sebelum ini. Orang kata sedap, hmmm makan semua sedap kan, apa je yang tak sedap.
Pertama kali melihat restoran ini, wah suasana dalam taman sangat tau. Saujana mata memandang. Memang cantik jika dilihat dari luar sebab terpancar kehijauannya dan kenyamanannya di sana sini. Hmmmm tarik nafas dalam-dalam, mendamaikan sangat. Rasa tenang bila nak menikmati hidangan di sini.
Memang sesuai lokasinya yang terletak agak jauh dari jalan besar, tapi jangan risau kalau cari lokasi ni guna Aplikasi Waze, memang sudah sedia ada ok, emmm bagus sangat. Ok banyak juga kerusi meja yang disediakan, bagi yang nak makan sambil bersantai, bolehla duduk di bangsal/gazebo yang disediakan.
Ok tiba masa nak memesan menu, so korang boleh tengok harga makanan di gambar di atas ye. kalau tengok harga memang agak mahal kan. Takpe saya pesan beberapa menu sekadar untuk percubaan ye.
Menu yang saya cuba hari tu ialah, gulai lemak daging salai, sotong sambal bersama petai, udang kertas gulai tempoyak dan ulam-ulaman. Air pula adalah air teh hijau. Hehehe kengkonon nak kurangkan toksin ye, green tea sangat!!
Saya lihat ramai yang datang untuk makan tengahari. Bukan setakat makanan melayu, restoran ini juga menyediakan hidangan masakan barat. Hmm biasalah perut orang melayu takkan nak makan western tengahari buta ni kan. haruslah nasi nasi nasi. Kalau tak nanti perut meragam pulak hahaha.
Ok bila menu yang dipesan sudah sampai, hmmm tak sabar nak mencubanya. Ya ampun mulakan dengan Bismillah ye, bila suap ke mulut mak aihhh memang sedappp sangat!!!
Gulai tu semua cukup masin dan rasa, apatah lagi sambal sotong petai, uiishhh memang cukup perisa semuanya. Hmmm sambil tulis entri pun terliur ni tau. Saya memang rekomen untuk korang mencubanya, tapi harganya oleh tahan juga ye, sesekali nak merasa apa salahnya kan.
Oklah bagi yang nak mencuba makanan di sini, apa tunggu lagi, korang bolehla terjah ke alamat ini ye:-
Lokasinya macma tenang je + menarik 😀
Tenang je tgok tempat ni..
Eh! sama nama la..best dapat di sini dengan keluarga
Menarik tempatnya, kalau ke arah sana boleh try nanti.
heee..kalau..kalau ada masa ya boleh jalan-jalan cari makan
entrance pun dah nampak best sgt..tenang je rasa..
nnt nak ajak husband gi cari la tempat ni..:)
sesekali rajin gak lepak di nilai borong kain heee..boleh masuk dalam senarai gak ni
salam ajue dah lama tak mai sini…datang sini terus perut berkeroncong lapo…alahai sedaonyer…tetambah nengok daging salai tu…
Makanlah banyak2 sebelum bulan puasa nih ye.
wow makan2..memang best ni..
tengok tempat pun dah menarik, masakan mesti lagi tertarik..thanks sharing info ni..
nanti sampai sini, bleh la pi cuba..:)
Set Penyusuan Eksklusif
ini memang suka jalan-jalan dan makan nih..
Wahhh terliur pulak dahhh..haha