Bagi yang selalu bertanya macamana nak dapatkan CPUV Nuffnang ni ye? Ataupun sudah lama tepek iklan Nuffnang kat blog ni kot tapi kenapa tak dapat CPUV ni? Nah inilah jawabnya. Yang penting kene rajin kemaskini blogger profile dan pandai mengayat. Hehe bukan mengayat sangatlah tapi nak mengarang ayat-ayat yang menepati kehendak advertisor yang mana menarik perhatian mereka untuk beriklan di blog kita.
Sekarang ni bolehlah dikatakan setiap bulan ada CPUV baru tapi tidaklah besar mana amaunnya, bolehlah sekadar nak menyimpan nak bayar hosting tahunan NetKL blog ini. Amboih ayat macam retis sangat kan hehehe. At least ada sedikit rezeki di blog saya ini.
Yang saya perasan kita kene update Nuffnang ni at least 2 minggu sekali. Kadang-kadang memang malas pun nak mengemaskini bahagian “blogger bio” dan “survey” ni, tapi selepas saya terima emel dari Nuffnang yang bertajuk “Penilaian penempatan iklan – Nuffnang”, terus saya update penempatan iklan saya tu. Lebih kurang beginilah isi kandungan emel tersebut:-
Salam sejahtera junaidah binti mohit,
Berdasarkan penilaian yang telah kita lakukan terhadap blog anda (ajumohit.com), pihak Nuffnang ingin memberitahu anda bahawa penempatan unit iklan yang ada pada blog anda telahpun dinilai sebagai “Tidak Memuaskan” oleh sistem kita.
Keputusan penilaian unit iklan yang ada pada blog anda adalah seperti yang berikut:
– Lokasi large rectangle(LR) telah dinilai sebagai “Tidak Memuaskan”.
Kenapakah anda harus mementingkan penempatan unit iklan?
Penempatan unit iklan yang baik akan meningkatkan peluang unit iklan dilihati pelawat blog anda, dan secara langsung meningkatkan Click-Through-Rate (CTR) serta pendapatan anda dengan bilangan pelawat blog yang anda ada. Pendek kata, kedudukan unit iklan yang lebih baik akan mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan.
Bagaimanakah anda boleh memperbaiki penempatan unit iklan anda?
Apakah maksud “Lipatan” (fold)? Di manakah terletak “Lipatan”? Adakah “Lipatan” itu penting?
Terma “Lipatan(fold)” berasal daripada surat khabar di mana “Lipatan” merujuk kepada bahagian surat khabar yang dilipat separuh. Berita yang “Atas Lipatan(above-the-fold)” merupakan kandungan akhbar yang pertama akan dilihat oleh pengguna, dan biasanya ia merupakan satu-satu berita yang pangguna dapat lihat sebelum membelikannya. Pada masa yang sama, definisi “Atas Lipatan” pada online merujuk kepada kawasan halaman apabila halaman tersebut dipaparkan tanpa skrol sama ada ke tepi atau ke bawah. Kandungan (cerita & iklan) yang terletak di “Atas Lipatan” lebih cenderung akan dilihati pelawat dan menarik perhatian pelawat.
Masih tidak tahu di manakah “Atas Lipatan” laman anda? Anda boleh merujuk kepada laman tersebut. (http://as-abovethefold.appspot.com/)
Praktik terbaik untuk setiap unit iklan adalah seperti yang berikut:
Lokasi Leaderboard(LB): letak “Atas Lipatan”.
Lokasi Skyscraper(SS): diletak tidak lebih daripada Lipatan kedua.
Lokasi Large Rectangular(LR): diletakkan di
Tengah, tidak lebih daripada lipatan ketiga, atau tidak lebih daripada 60% ketinggian halaman. ATAU
Jika unit iklan tidak terletak di tengah, maka lokasi LR tidah seharusnya lebih daripada Lipatan kedua (ikut num 2).
Jika anda berasa penilaian penempatan unit iklan blog anda tidak betul atau anda mempunyai sebarang maklum balas terhadap penilaian tersebut, anda boleh menghantar maklum balas anda di sini, dan kami akan membuat semakan berdasarkan maklum balas anda.
*** Ini adalah emel janaan komputer, sila jangan membalas emel tersebut.
Mekasihlah kat Nuffnang sebab sudi beritahu apa masalah dengan penempatan iklan di blog saya. Kalau tidak diberitahu memang begitulah adanya, saya bab nak menggode-gode memang malas tapi bab makan korang usah tanyalah, laju sangat ;). Ok so selepas ni korang yang belum kemaskini profile korang, silalah berbuat demikian ye, ok sekian tips untuk kali ini. 😉
Wahhh..terima kasih atas penerangan ni..hehe..
Ha’ah…kena selalu update klo dah dpt BE. Tak pernah plak dpt email pasal penempatan iklan nih.
saya pula jenis letak selau begitu.lepas tegur sebulan dua mula salah satu 3 iklan hilang dekat bornag servey ,padahal benda mana ada kita ubah..ubah heeee
lipat jangan tak lipat sis aju hiii
Memang malas nak update blogger bio tu, tapi kena buat juga …cpuv kita sama la pulak hihi
Terima kasih ye bagi tips
dah lama juga tak kemas kini akaun nih..
SA pun dah kemaskini dah nuffnang..hope dapat la iklan yang best2 kan…
kena update selalu yer…thanks aju.
Jarang pula aku update nuffnang. Agak ada masa terluang baru tengok nuffnang ni. 😉