Ok sepertimana yang saya beritahu korang, saya mengikuti kursus Outward Bound School (OBS) selama 5 hari 4 malam. Jadi selama kita nak berjauhan dari rumah sendiri ini, pasti banyak baju bajan yang perlu dibawa bagi memastikan pakaian adalah mencukupi ye. Emm bagi yang dah mengikuti kursus OBS, mereka telah banyak berkongsi apakah barangan yang perlu dibawa sepanjang tempoh kursus tersebut.
Pakaian untuk mengikuti program ini adalah tshirt dan seluar panjang. 5 hari ye, so bawalah dalam 6/7 pasang, krim UV protection, sarung tangan, topi dan sarung muka, kasut dan barangan keperluan asasi harian contohnya sabun, deodorant dan bedak. Ramai juga kawan-kawan saya yang terbakor muka dan tangannya, uishhh ngeri ko, acaner bila balik nanti ada pulak yang tegur, eiii kenapa muka dan tangan ko hitam??? Nada macam iklan tuutttt!!! hehehe, tapi kan syukur sangat punya rakan sekerja yang baik hati sebab barangan diorang sebelum ini, seperti krim sunblock, wet tissue, torchlight, topi, semuanya diturunkan kepada say pula, tq ye korang, aku pinjam tau!!!!
Kasut pula beli kasut biasa-biasa aje, janji selesa. Yang ini kasut getah ok, saya beli RM12.90, so inilah kasut nak masuk dalam bot, berkayak dan masuk hutan. Ini konsep dia adalah konsep pakai buang ye. Masa dah suntuk nak survey kasut yang lebih berkualiti, takpelah pakai aje yang ini, janji adoo..
Itu persediaan untuk saya, untuk anak-anak pula, saya sudah siapkan baju harian mereka. Najwa dan Najiha akan dihantar ke rumah nenek mereka iaitu kampung saya dan suami di Pahang. Sedih pula nak berpisah dengan diorang ni. Adam pula tinggal dengan suami dan dihantar ke rumah pengasuh seperti biasa. Saya sudah asingkan baju Adam untuk 5 hari. Baju untuk siang dan baju tidur. Takdelah pening kepala suami saya memikir apa baju nak dibawa untuk anak-anak ni. Syukurlah cuti sekolah, kalau tak pasti serabut dengan baju sekolah, kasut dan beg pula kan. Anak-anak sebenarnya tak izinkan saya ke kursus ni, tapi nak buat macamana sudah tugasan ibu, sampaikan diorang tulis note memujuk saya berubah fikiran. Kasihan anak-anak ibu, jangan bimbang nanti ibu pulang ye.
Pada saat ini saya sudah pun bertolak ke Lumut, semoga semuanya baik-baik sahaja, ameen.
Selamat berkursus aju. Lama tu.
Selamat berkursus Aju…persediaan rapi untuk semua nampaknya hehehe
Selamat berkursus Aju..moga semuanye baik2 sahaja & moga dipermudahkan segalanye..
Anak2 memang sedih kalau kita nak kursus atau tinggalkan dia orang , yang lucunya bila dia orang ada camping pulak bukan main seronok
All the best.
Jangan beg tu penuh dengan barang make up dah le..hehe..jangan marah..gurau aje..selamat berkursus la…
Selamat berkursus kak…mesti sedih nk bpisah ngan anak anak kan
selamat berkursus aju…macam tulah ibu…kena prepare semuanya..keperluan nak pergi kursus, keperluan anak-anak sebelum ditinggalkan. kerja ini bagi memudahkan kerja suami.
saya dah terbiasa dengan isteri yang selalu pergi kursus..biasanya seminggu..anak-anak dah tahu urus diri sendiri.