Assalam semua!!
Alhamdulillah rezeki tahun ini dapatlah nak beraya dengan warna tema lain pula. Kalau tahun lepas ruang untuk para tamu ini dicat dengan warna hijau, my feveret color ye uols!! Tetapi tahun ini berbeza pula mengikut citarasa my loving hubby. Takpelah kata orang gilir-gilirlah kan, kalau balik-balik ikut pilihan saya nanti suami bungkus baju saya dan campak keluar pula kekeke.
Tahun ini berbeza sebab, sebelum ini memang kami berdua cat sendiri aje rumah ni, tapi kali ini suami baik hati upah orang kat site dia mengecat umah kami. Tulah untung somi kerja kat site ni, asal ada kerja sikit upah je diorang ni, habis cerita. Taklah penat sakit badan nak mengecat semua ni ha, tobatlah saya taknak dah, penat kot!!! Satu hari suntuk nak menyiapkan satu ruang kecil ni pun makan masa tau!!
Diorang ni mula kerja mengecat jam 10 pagi, mau 2/3 layer juga mengecat sebab fikirlah dari hijau, nak masuk warna grey, perghhh makan hati ko!! Mau sumpah seranah agaknya si mamat dua orang ni, apa punya manusialah kan, suda kasi hijo mau kelabu pulak, eh suka atilah rumah saya kan??
Hehehhe berdialog sesama sendiri dalam hati ini. So diorang settle mengecat jam 4.30 petang, wahh hebat memang cantik, siap kat luar rumah pun cat. Saya menghidang air sirap sejuk berais, wahh gittew nama dia ko, dengan karipap panas, dan suami beli nasi bungkus. Tak kuasa rasanya nak masak sebab penat duk punggah barang dan mengelap bagai.
Bila sudah siap mengecat, rasa puashati sangat sebab nampak cantik!! Tak sangka taste my hubby, sangatlah terbahek ;). Kira kali ni dah pandai sikit, sudah tau mana featured wall, so kat situ kita bagi warna gelap sikit, dan kontra di sebelah dinding yang sini. Jadi untuk susunan frame di dinding, saya cuba minimakan, kalau dulu sana sini ada frame dan tidak tersusun, kali ni saya fikir dulu dan baru tepek kat situ sinun.
Wahh semangat nak menyambut raya terlebih sudah, sedangkan puasa pun belum kan. Takpe-takpe yang penting semangat tu yang kita nak, asalkan tidak memudaratkan sudahlah. Ya ampun, bila dah mengecat tu, tahu sajalah bau cat tu semerbak baunya.
Suami saya ni pulak jenis resdung, habuk sikit bersin, drill sikit bersin, sian dia. So selepas cat haruslah mengemas kan, hmmm kenelah buat sendiri, nak harapkan anak-anak ni, lagi menyepah adalah kekadang tu.
Tapi Si Adam, dah boleh mengemop lantai tau. Bukan saya yang suruh, dia sendiri yang volunteer nak mop. Wahhh seronok ibu, rajin anak ibu nak menolong.
Najwa Najiha pun boleh diharap dah. Bagi je kain basah, bolehla diorang lap cermin, meja, sofa. Bagus-bagus macam ni nak anak ramai pun takpe. Tapi rezeki je belum ada lagi ;).
Cantik cat tu nampak kemas. Kalau cat sendiri memang sampai ke malam baru siap kot. haha
ktorng mmg cat sendiri rumah..memang penat kot..makan berhari2 baru siap..apa taknye..banyak rehat dari kerja..haha…cantik gak kaler kelabu ni…rajin Adam tolong ibu ye.good boy.. ^_^
Tunggu 5 tahun lagi baru tukor cat kot hihi :-D. Cantik warna tu, ikut trend semasa ..Adam tak nak datang tolong mop rumah untie ke pulak ? Heheh
selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan? selamat menunaikan ibadah puasa
Wah… tak sabar rasanya nak raya ye..
wah..nanti dah betul2 siap jangan lupa kongsi eh.Aju…nampak cantik dah tuh…
wah, ruang tamu berwajah baru lagi…kalau sendiri buat rasanya makan hari..kalau upah orang sehari dah siapkan.
Amboi2.. Ni raya sungguh ni, selamat berpuasa ye Aju
Semangat nak raya nih. Cantik keler tu.
wahh..sudah tukar tema cat rumah la plakk..
Wahhhh color hijau lahhh comel..haha..seronok kan nak raya ni..adusss..haha
kalau sekali fikir warna kelabu mcm malap.tp tgk betul2, smart juga yer…:-)