Alangkah hebatnya kuasa D.U.I.T | Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hebatnya kuasa D.U.I.T. Owh no no!! bukan duit atau wang yang saya maksudkan, tetapi Doa, Usaha, Idea, Tawakal (DUIT). Setiap hari kita tidak pernah lupa untuk berdoa.
Sebaik bangun dari tidur sehinggalah malam menjelma untuk kita tidur semula. Doa, doa dan terus berdoa. Kita memang diasuh dari kecil untuk sentiasa berdoa agar apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Berdoa juga tidak cukup untuk mencapai keinginan kita, tetapi inya mesti disusuli dengan usaha, idea dan seterusnya bertawakal kepada Allah.
Tahukah anda betapa hebatnya kuasa DOA itu? Saya kongsikan info ini yang saya baca dari blog Denaihati iaitu perkongsian bersama dari Ustaz Noehas.
Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud “berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu“.
Begitu juga firman ALLAH ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU ketika dia meminta dariKU“. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.
Sekiranya kita berdoa tetapi apa yang kita hajati itu tidak dipenuhi, janganlah kita patah semangat dan jemu untuk terus berusaha. Bukan Allah tidak mahu memakbulkannya, tetapi Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya.
Ketahuilah bahawa ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah :
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“.
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa juga merupakan yang terutama dalam ibadah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW. :
“Doa adalah TERAS Ibadah.” (HR. Tirmidzi)
Secara istilah, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa merupakan ibadah yang paling agung, sebagaimana hadis di atas. Dengan demikian kita boleh fahami bahawa sebuah ibadah pasti mengandungi doa kepada Allah SWT, dan doa tanpa ibadah belumlah sempurna.
Ada beza kan kalau kita berdoa jika kita ditimpa kesusahan? Waktu itu kita akan berdoa bersungguh-sungguh sehingga mengalirkan airmata, dan merayu agar Allah memakbulkan apa yang kita inginkan. Baik berdoa untuk dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, disembuhkan penyakit dan segala macam permintaan kita.
Waktu itu kita rasa amat dekat dengan Allah. Dan salah satu usaha agar doa kita dimakbulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut dimakbulkan, Insha Allah. Diantara waktu-waktu tersebut adalah:-
Jadi teruskan berdoa dan berdoa agar apa yang kita hajati diperkenankan Allah. Entri ini dianjurkan oleh Denaihati.com dan penaja contest iaitu Asamboi.my. Semoga entri ini dapat memanfaatkan kita semua dalam mencari redha Allah dalam amalan harian kita ameen.
rajin-rajinlah berdoa selalu. Jangan waktu solat aje. hoho
Teruskan berdoa. Moga-moga dimakbulkan oleh Allah SWT.
Doa yang tidak pernah putus pasti membuahkan hasil.
InysaAllah..saya akan terus berdoa..terima kasih atas perkongsian ni..
Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin…teruskan berdoa agar doa2 kita diperkenan olehNya..
meminta-mintalah dengan Allah kerana Allah Maha Pemurah dan Maha Mendengar..hentikanlah meminta-minta dan mengharap sesama manusia kerana anda mungkin kecewa
terima kasih atas perkongsian
doalah secara berterusan.In Sha Allah apa yang dihajati akan dimakbulkan.
Assalamualaikum kak aju, semoga kita sentiasa berada dijalan yang benar. in shaa Allah ~~~
Mekasih atas perkongsian aju. Doa…doa…dan terus berdoa.
teruskan doa dan berdoa
Doa perlu spesifik
duit juga tak boleh bawa sampai ke mati uh.
Salam. Saya link entry ni dari blog saya http://justbeingnin.blogspot.com/2015/05/jangan-jadi-hamba-duit.html?spref=fb
Terima kasih.