Umum Anak beranak minat yang sama July 8, 2014

Spread the love

Hmmm lama tak berblog, kalau nak senaraikan pelbagai alasan yang ada, tentu korang pun muak nak baca hahaha. Oklah bila dah ada idea disusuli kerajinan yang tak boleh blah ni baiklah kita menjurus kepada tajuk di atas tu ye. Adam saya sudah 4 tahun 5 bulan. Perkembangan yang sangat positif di mana tahap kelasakannya sudah mencapai tahap maksimum kesabaran saya. Hari-hari kalau tak menjerit tak sah, bukan Adam yang menjerit, sayalah yang menjerit tu.

Waktu kecil ramai yang memuji, amboih hang baiknya si Adam ni, diam je dia. Seronok nak jaga tak banyak kerenah. Saya dalam hati berbunga bangga jugaklah. Bila masuk 3 tahun umurnya, Adam mula menampakkan perangainya yang sebenar. Wahhh bukan main lasak rupanya dia ni ye. Memang masa kecil tidak dinafikan, mudah nak menjaga si Adam. Sebab ramai yang kata anak lelaki ni lasak. Pengalaman saya menjaga anak buah hiper aktif, perghhh kata ko! Memang aktif sangatlah. Hiper sangat!! Tapi bila anak buah tu dah besar, kemain baik budi pekertinya, seronok tengok memasing dah membesar bagai johan ;).

Ok berbalik kepada si Adam, yang mana kelasakannya tu semakin hari semakin positif ;). Habis semua benda nak diusik dan dikacaunya. Kalau berkelahi dengan kakak usah cakaplah. Kakak umur 9 tahun boleh kalah dengan adiknya 4 tahun ni. Padahal saya tahu si Najwa saje mengalah kan. Tapi kekadang dibuatnya juga adiknya tu. Bila bergaduh dengan Najiha, jangan haraplah Adam menang, Najiha akan menggunakan kekuatan tubuh badannya untuk melawan semula si Adam ni dan bermulalah episod airmata disusuli jerit pekik yang hiruk pikuk sangat, dah gaya anak sepuluh hehehe.

Biasalah tu, saya kecil-kecil dulupun macam tu juga. Arwah ayah selalu rotan abang saya yang suka mengusik saya dan adik. hehehe tersenyum ingat kenangan dulu. Manis, semua pun manis. Mana taknya, main nyorok-nyorok dalam almari. Lepas tu bila abang cari, saya kunci pintu dari dalam. Then mulalah menjerit Lemas! Tolong lemas!!! Bayangkan duduk dalam almari gelap lepas tu berkunci pulak. Mau nervous kata ko!! Hahahha abang saya gunakan kekuatannya menarik pintu almari sehingga tercabut!! Ah Sudah!!! Hahahha bila lega dapat keluar dari almari ingat ko boleh lepas?? Mak saya pulak ligan dengan rotan, habis tercabut pintu almari kan, sapa tak hanginn??!! Hahahhaha kenangan manis kan? Bila berjumpa memang sokmo gitulah, duk rewind citer lama-lama hahahha.

20140706-070549-25549472.jpg
Ni motor bukan lori tau Adam hehehe

Oklah, bab minat yang sama tu sebenarnya minat Adam dan abahnya. Suami saya kan minat superbike ni. Duk membeli majalah motor, tengok perlumbaan motor kat Astro. Nampaknya minat tu dah berpindah ke Adam pulak. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Tengoklah, baca majalah sama-sama, kalau dulu mengempeng dengan ibu dia, sekarang dengan abahlah pulak. Eloklah tu, ibu boleh update blog jap hahaha. Bila abahnya pergi kerja, kitorang geng perempuan yang tengah layan drama melayu ni, terganggu bila Adam tukar channel motor kat astro tu, baik nak tengok motor atau lumba kereta. Eh Adam dah hafal nombor kat remote tu tau. Dia dah kenal nombor dah, tangan dia cepat aje menekan channel yang dia dan abahnya suka tu. Eiiii sabor aje budak kecik ni, korang tau ajelah bila tukar remote, menjerit anak-anak dara saya ni, saya pun sama hehehe. Tiga lawan satu korang pikir siapa menang?? Tigalah kan kakakakkakaka.

20140706-154034-56434851.jpg
sama kan muka akaka, photostat sangat

Oklah tu perkembangan yang positif untuk kanak-kanak, kalau diorang duduk diam aje, kita pulak yang risau kan. Korang yang nak komen Adam boleh dapat adik, terima kasih ye, suami kata cukuplah tiga sahaja fullstop kekekeke.

 


Spread the love

Tags : , ,

11 Comments

  • ibulala posted on July 8, 2014 at 11:02 am

    Syok kalau anak ramai. Tp hidup skrg so costly. Kita pun nak yg terbaik kan utk nak. Yg penting kualiti bukan kuantiti.

    Reply
  • Myra Jay posted on July 8, 2014 at 2:06 pm

    Mana tumpahnya bakat kalau bukan dari Abah ke anak lelakinya..hehee
    Myra Jay recently posted..Cucur Roti yang sedapMy Profile

    Reply
  • ema posted on July 8, 2014 at 4:03 pm

    manja sungguh dengan abahnya yer.
    ema recently posted..Bukan Kurma Yusuf TaiyoobMy Profile

    Reply
  • titan posted on July 9, 2014 at 1:08 am

    okeh..

    memang macam potostat. haha
    titan recently posted..YSLM dah kena serbu dengan KPDNKK.My Profile

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on July 9, 2014 at 4:16 am

    3 lawan 1 terpaksa Adamlah yg mengalah ye…hehe… 🙂

    Reply
  • zara posted on July 9, 2014 at 10:33 am

    Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke atas nasi ye..anak lelaki saya pula suka lego..saya taktau yang suami saya suka lego..sampailah waktu pergi legoland, dia belikan beberapa set mainan lego untuk dipasang..ingatkan untuk anak, balik tu dia yang tekun pasang..anak lelaki baru nak masuk 2 tahun. ingatkan tak sesuai lego untuk dia, sekali tengok dia minat pula..samalah dengan ayahnye..
    zara recently posted..15 tips Untuk Menurunkan Kolesterol Anda Secara SemulajadiMy Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on July 9, 2014 at 11:49 am

    Lepas ni bolehlah belikan pocket bike untuk Adam pulak. Hehe.
    Hazmin Hamudin recently posted..Kekalahan Memalukan Brazil Di Piala DuniaMy Profile

    Reply
  • suri posted on July 9, 2014 at 12:11 pm

    apa titan kata lagu itu haa.lawaklah sungguh

    Reply
  • Hafizul posted on July 9, 2014 at 3:23 pm

    Tu la..orang lama-lama ada juga sebut..anak ni kalau kecik senang dijaga, besarnya mungkin aktif sikit.. Dan sebaliknya kalau anak tu susah nak jaga waktu kecil..
    Hafizul recently posted..Aku Sayang Isteri Nombor SatuMy Profile

    Reply
  • Azian Khalil posted on July 11, 2014 at 11:46 am

    Anak ko 3 je ke…aku rasa macam 4

    Azian Khalil recently posted..Coklat ketupat raya 2014….My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on July 16, 2014 at 2:52 pm

    Muka abahlah ☺
    Fiza Rahman recently posted..Pantas dan Cepat dengan Ready to Cook Sets!!!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply to Hafizul Cancel Reply

    CommentLuv badge