Berapa kerap cuci peti ais??
Heheeh soalan cepumas ini ditujukan buat bapak-bapak, berapa kerap anda cuci peti ais rumah sendiri? Rumah sendiri you, bukan rumah kat kampung, rumah atuk nenek mahupun rumah jiran.
Kalau tanya ibu-ibu, mesti dah selalu kan?
Ececehhh siapa lagi nak menangkan ibu-ibu kalau bukan diri sendiri kan. Hmmm kalau tanya saya, adalah setahun sekali hehehe, acah aje, kalu setahun mau berkulat peti ais, geli pulak nak buka tutup simpan air dan makanan segala bagai.
Masa bulan puasa adalah waktu kerap saya mengemas peti ais. Waktu ni stok makanan basah setiap minggu bertukar ganti. Jadi haruslah peti ais akan sentiasa nampak kemas dan tersusun you!
Wahh rajinnya bini si zairul ni, untunglah badan si Zairul keekkeek. Hari Sabtu adalah hari membeli lauk pauk. Ikan, udang, sotong dan ayam kokokokkk!! Saya kan ada barangan tupperware. Jadi gunakanlah tupperware yang dah dibeli tu, jangan buat hiasan dalam almari sebagai koleksi ataupun hobi.
Takmo! takmo!! Ada ke yang buat macam tu? Bak sini saya nak guna hehehe.
So susun cantik-cantik. Barulah semangat nak memasak bagai kan. Kalau korang tak masak pun tak mengapa, asalkan peti ais tu kemas udahla. Buang segala kotak mahupun khazanah yang sudah tak mahu digunakan.
Ini makanan beberapa bulan lepas pun ada lagi? Haishhhh hahaha dulu-dulu saya pun macam tu, sampailah waktu anak-anak dah besar ni, masing-masing nak simpan minuman kegemaran sendiri, sakit pulak mata kita tengok ianya bersepah.
BACA -> Tips cuci peti ais dengan air cuka
Jadi saya pesan sambil bercekak pinggang, korang kalau nak simpan barang korang, haruslah ianya tersusun, jangan sepah-sepah, faham?? Terkebil-kebil mata si Adam memandang ibunya, ibu ni dah kenapa? ;).
Ok saya cuci peti ais guna air sabun sunlight aje. Lap-lap sampai bersih, lagipun ini adalah tempat menyimpan makanan, jadi adalah wajib untuk kita memastikannya sentiasa dalam keadaan bersih sentiasa. Barulah terhindar dari segala penyakit dan kekotoran kan.
Sekian tips dari saya, alahai tips biasa-biasa aje, kalau korang ada petua dan tips lain untuk mencuci peti sejuk ni, bolehlah kongsikannya bersama ya. Maklumlah raya semakin menjelma dari mood mengemas adalah sangat terserlah.
Bersih berkilat betul peti ais akak ni. Hehe
selalu mak suruh.
Waa…waa..penat woo
Tapi betul, kalau tersusun dalam bekas macam ni memudahkan nak mencari kan..
Nak masak pun semangat
saya setuju dengan myra.
peti ais kemas, mudah sikit ambil bahan nk masak..
pasti lepas tu mencurah-curah idea nk masak apa
Aju, lepas tgk aju post gambar freezer yg dah kemas tu, kita pon terus bukak freezer mengemas. Sedap jer mata memandang ☺☺
peti ais aida penuh time bulan ramadhan ni.
tak cukup ruang!!!
kemas?
sentiasa kemas, sebab nanti mr.asben bising!!!
kat rumah peti ais satu pintu jer…nak masuk barang ruang terhad. tapi tetap jugalah kemasnya…kan nak masak tak jumpa lauk nanti.
Sama peti ais kita Aju..hehe..
nampak kemas jer tu…sedap mata memandang.. 🙂
lily sebulan sekali bersihkan peti ais..ok lah tu kan..hehe.. 😀
Saya pula, bila datang mood nak cuci,barulah kemas peti sejuk tu..hehe