Kasut raya anak-anak. Mak paknya tak payahlah nak cari sangat, kalau bukan raya pun mesti beli kasut dan sandal baru kan. Kata nak pergi kerjaan mestilah baru kan, barulah semangat nak pergi kerja membuak-buak. Suami ajak singgah di AEON Taman Equin. Aikksss ape ke jauh sangat dari rumah ni, selalu ajak ke AEON Wangsa Maju pun susah, ini saya tak ajak, dia pulak yang offer, jauh pulak tu. Rupanya suami ada misi, nak beli barang motor dia berdekatan AEON tu, emmm patutlah ada udang balik mee rupanya, takpelah yang penting dapat shopping hahahha.
Kebetulan bebudak ni memang belum cari sandal dan kasut raya lagi. Dah lama diorg request, saya aje yang tiada masa nak beli. Bukan apa, nak beli time bulan biasa agak mahal kan, time nak raya ni bolehla nak dapat diskaun sikit. Beli untuk 3 orang, jadi faham ajelah. Alahai beli yang biasa-biasa sudahlah kan, janji puashati dan berkualiti. Tapi sepanjang pengalaman saya, beli harga lebih sikit pun punah juga. Yelah pakainya di kaki, menyepak ke sana kemari, kene hujan bagai, memanglah gitu kekdahnya. Ingat nak menyinggah ke warehouse sale Clarks, owh tak payahlah, measti ramai beratur kan uishhh puasa-puasa ni tak larat.
Jadi misi cari kasut adalah khas untuk Najwa dan Najiha. Sejak dah besar ni masing-masing dah ada taste sendiri. Kita bagi idea sokmo ditolaknya, bila anak bagi idea pun kita reject juga hahah. Sudahnya win-win situation, si anak nak kasut bertumit, mak pula nakkan kasut senang sarung aje, tak payah bertali bagai, nanti orang dah berlari awak masih lagi terkial-kial nak pakai sandal bertali. Inilah hasilnya, sepasang seorang. Seorang warna merah, seorang lagi hitam, si kakak saiz 35 dan si adik saiz 36. Amboih adik, menang segala benda. Baju dia pun saiz lagi besar dari kakak, makan pun lagi banyak dari kakak. Takpelah janji sihat, jangan banyak komplen, sian Najiha sentap dia.
Dan seronok juga sebab kasut-kasut ni abah belanja, terima kasih ye suami, murah rezeki saya hahahaha. Seronoklah si Najwa dan Najiha, tapi mengomel juga sebab design yang diorang nak tu tak dapat dipenuhi, tapi dah lelama tu ok aje, suka dan jatuh hati dengan kasut barunya. Seminggu selepas tu, belikan kasut si Adam pula. Wahh ini ikut citarasa abah dia, takpelah abah belanja, Adam ikutkan aje ;). Macamana pula persiapan raya korang? Di saat kita bergembira, tidak lupa kepada mereka yang dalam kesedihan, kesusahan dan serba kekurangan, juga bantulah mereka seadanya mengikut kemampuan kita. Semoga apa yang kita lakukan sentiasa mendapat redha Allah.
Inilah satu-satunya benda aku tak belikan untuk anak-anak. Ingatkan hujung minggu ni baru nak g cari..
anak2 mesti happy dpt kasut baru di pg raya
Kasut anak² lelaki dah beli. Kasut anak dara tak beli lagi.
anak-anak dara aida x demand kasut pun this year. diorang lebih relax. baru belikan kasut ahad lepas. kat giant aje. and mudah… alhamdulillah…
teringat kasut wajib raya saya dari Bata BubbleGummers.rasa mmg plg cun lah time tu.huhu
Cantik kasut Najwa & Najihah…kasut Adam pun cantik…Qis skrng pun dah pandai memilih sendiri… Kasut raya dia memang pilihan dia sendiri..warna pink.. 🙂
kasut raya budak2 ni dekat nak sama rege kasut dewasa…hmmm
comey2 kasut raya anak-anak ..
Cantik dan comel kasutnya. hehe. suka la tu budak dapat kasut baru. 😉
Comelnya kasut anak2 dara tu..tahun ni kami pecah rekod semua beli sepasang kasut..saya memang jarang beli kasut atau sandal..saya suka pakai sepasang je sampai lunyai..sandle yang terakhir berumur 2 tahun lebih..ni suami belanja beli kasut sebab nak ambik kesempatan time sale..
anak sekarang pandai..ada taste sendiri..macam kakak azwa pun nak kasut bertumit tinggi..bila ema dah beli sandal biasa..terpaksa turuti juga…
wah cantik kasut raya anak anak akak
Ohhh raya sakan lah raya tahun ni yer..tak gitu?hehe