Umum Keputusan Ujian Kesihatan July 2, 2014

Sememangnya Ujian Kesihatan ini adalah acara wajib bagi semua staff di pejabat saya bekerja ini. Bagus sangat sebab saya agak di tempat lain tidak banyak syarikat yang menggalakkan ujian kesihatan seperti ini, contoh terdekat adalah majikan suamiku. Sampaikan suami tanya ada kerja kosong tak kat opis saya? Hahahaha ada bang, jadi driver saya nak tak? hohohoho bertuahlah suami saya nak jadi driver saya, mengadap jem doploh pat jam memang taklah katanya.

20140630-080505-29105562.jpg

Ujian kesihatan ini adalah acara tahunan syarikat kami (actually ni event 3 minggu lepas, baru nak update ko hehe). Saya memang support setiap tahun, dan korang boleh tengok pencapaian tahap kesihatan saya setiap tahun. Dan yang paling memberangsangkan ialah BERAT SAYA MENINGKAT SETIAP TAHUN!!! HOYEY!!! Maknanya saya sangat gembira bekerja di sini dengan erti kata lain jawatan ini sangat sesuai dengan jiwa saya. Hahahaha bagus junaidah! Bagus bagus sangat!!

Ada beberapa klinik, syarikat dan hospital swasta yang memeriahkan ujian kesihatan ni. Antaranya ialah Institut Jantung Negara, Sunway Medical Centre, Anlene dan banyak lagi. Ada beberapa kaunter yang dibuka untuk ujian darah, tekanan darah, berat dan ukur lilit pinggang (eii bab ni mak tak gemor tau), tahap kesihatan mata, tulang dan banyak lagi. Antara nak buat dengan tidak je sebab malas nak beratur ramai-ramai tu hehe. Apalah dah bagi percuma pun nak demand lagi kan hohohoho.

20140630-080505-29105672.jpg

 

Keputusan Tahun 2011

Keputusan Tahun 2012

Eh tahun 2013 saya tiada rekod ye? Mungkin waktu ini saya ada hal lain sehingga rekodnya tidak saya blogkan, amboih jemah sangat ayatmu kekekeke. Bayangkan mula bekerja berat saya 57.7kg, owhh my ideal weight, ke mana kamu pergi puas saya mengejar mu, tapi berat tidak juga mahu turun ke arah ittewww!! Owh maii…Susah kan nak diet, lagi meningkat umur, lagilah berat saya naik. Then bagi alasan kadar metabolisme badan sudah menurun tu yang susah nak kurus hahahah.

20140630-080505-29105749.jpg

Tapi kan, orang sekeliling semua kata badan yang sekarang ni dah ok. Tak eloklah kurus sangat katanya. Masalahnya baju semua perlu berganti sebab tak muat waaaa, ini cerita sedih kan. Harap-harap bulan puasa ni dapatlah membantu mendapatkan kembali berat badan asal. Macam mustahil tapi kalau betul-betul disiplin insha allah kan.

20140630-080505-29105827.jpg

Kalau lihat keputusan ujian kesihatan ni, semua normal tetapi bab kolesterol dah lebih sikit dari border. Wahh jangan ingat orang tak berapa nak berisi takde kolesterol ok, kadang-kadang yang kurus keding tu lagi berkolesterol. Uishhh risaunya, balik tu terus kurangkan minuman bergula, buat sit up, jaga pemakanan, kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Tak jadi kurus keding pun takpelah, janji sihat dan cantik di mata suamiku ;). Bab tulang pula adalah sangat baik situasinya, Alhamdulillah, kuat lagi tulang makk ;). Jadi lihat petua kuatkan tulang tu ye kengkawan:-

1. Banyakkan minum susu

2. Amalkan senaman

3. Kurangkan minuman berkafein

4. Buat ujian pemeriksaan tulang untuk tahu tahap kesihatan tulang temulang anda.

Ini adalah rumusan tahap kesihatan saya bermula tahun 2009. Tahun 2013 saya mungkin ada hal lain, jadi rekodnya tiada di situ, tahun 2014 ni cerita sedih, jadi korang boleh tengok aje slip tu huhuhuhu.

Berat (KG)
2009 : 57.7kg
2011 : 60kg
2012 : 61.6kg
BMI
2009 : 22
2011 : 22.9
2012 : 23.8
Glukose
2009 : 5.1
2011 : 4.3
2012 : 5.5
Kolesterol
2009 : 4.36
2011 : 4.33
2012 : 4.8

Tags : , , , , , ,

13 Comments

  • Ibulala posted on July 2, 2014 at 11:16 am

    Alhamdulillah sumenye good

    Reply
  • Sheila Salim posted on July 2, 2014 at 11:32 am

    Assalamualaikum kak aju, best gila. ada jawatan kosong tak? hiewhiew.. Salam Ramadhan. rindu nak jejak sini. hehehehehe

    Reply
  • Zuraida Rahim posted on July 2, 2014 at 11:59 am

    Aju setakat berat 63kg apalah sangat.. Aku ni berat 80kg ke atas lagilah susah nak turun berat badan…

    Reply
  • Azian Khalil posted on July 2, 2014 at 12:17 pm

    Glucose result mmg akan selalu naik turun…macam blood pressure gak..

    Reply
  • Fiza Rahman posted on July 2, 2014 at 4:20 pm

    Alhamdulillah…sihat ☺☺

    Kat company ni pon ada gak. Tapi tu lah, jauh nak ke MERCU sana.

    Reply
  • lily@Mamaqistina posted on July 2, 2014 at 10:32 pm

    patutlah lily selalu rasa sakit tulang sebab kuat minum minuman berkafein..kekadang rasa macam tua sgt dah selalu jer rasa sakit2 tulang ni…hehe..

    Reply
  • ema posted on July 4, 2014 at 11:12 am

    cara ubat kolekterol selain minum susu tak ada ke? bab minum susu ni tak terminum jawabnya.

    Reply
  • titan posted on July 5, 2014 at 4:25 am

    Ya.

    Jadi..banyakkan bersenam dan makan cendol ye.

    Reply
  • Dja@Sishaza posted on July 5, 2014 at 1:22 pm

    Still dalam keadaan yg baik lagi tu Aju… kurus keding bukannya cantik pun Aju jadi 63 tu ok je,sesuai dengan ketinggian..

    Reply
  • Hafizul posted on July 6, 2014 at 10:33 am

    Huhhh..umur muda macam ni memang kena jaga kesihatan..tua nanti tak ada lah menyesal sangat..haha

    Reply
  • limie posted on July 8, 2014 at 7:59 am

    cantik result blood test kak aju..

    semoga sentiasa sihat

    Reply
  • Myra Jay posted on July 8, 2014 at 2:11 pm

    Bila buat pemeriksaan kesihatan ni bagus kan, baru kita tahu tahap kesihatan kita kan.

    Reply
  • Aishah Ahmad posted on July 12, 2014 at 10:17 am

    bg saya yg tak suka minum susu,saya amek pil kalsium shaklee.kalsium mmg pntg utk kesihatan

    Reply
  • Leave a Reply