Amboih tajuk memang tak menahan. Sekadar perkongsian bersama dengan kaum hawa di luar sana. Melihat kepada keywords di blog saya ini, ramai yang mencari barang make up halal dan di sini saya ingin kongsikan peralatan tersebut yang digunakan seharian. Make up saya guna ni, biasa sahaja, dan ianya mampu milik Insha Allah.
Korang pasti pernah dengar Farmasi Colour Cosmetics atau FCC? Ianya memang sinonim buat kaum muslimah yang sememangnya ingin barangan make up yang halal. Produk ini berasal dari Istanbul, Turki.
Saya sangat sukakan produk ini, yang mana saya mula mengenalinya ketika menghadiri jemputan event mereka dahulu, korang boleh rujuk entri ini. Saya suka sangat kalau make up yang boleh menutup jeragat dan parut jerawat di muka, owh patutlah nampak bersih je muka, rupanya dia pakai produk FCC, hehehe.
Muka saya ni ala-ala mat salleh celup kengkonon, biasalah kalau orang berkulit cerah, pasti ada kaitan dengan jeragat, owh my memang nampak sangat jeragat ni kalau saya tidak menggunakan concealer.
Kalau korang apply produk ini di wajah, memang korang akan rasa kulit sangat licin, ringan dan flawless, feeling macam Datuk Siti, boleh? Tak payah pakai tebal-tebal pun tak mengapa, janji ianya nampak natural dan serasi di wajah anda. Itu sayalah, saya suka pakai solekan nipis dan barulah rasa berkeyakinan nak mengadap client seharian.
Kalau dulu saya gunakan produk Elianto, lama jugak tau bertahan dengan Elianto ni. Dah 6/7 tahun jugalah, tetapi bila dah jumpa FCC, sekarang Elianto tidak di hati lagi. Tengoklah compact powder saya ni, dah nazak benor kan, makin ke tepi, ke tepi dan nampak gaya nak ke tong sampah pun ye ni hehehe.
Ituah sebabnya saya dah order compact powder dan foudation FCC yang baru. Elok ngam pula masanya tu nak menghampiri raya kan, jadi wajib raya ni pakai CP dan Foundation baharu gitteww Yeay!!!
Compact powder dan Foundation ini adalah RM115 termasuk kos poslaju. Saya beli online aje dari pengedar sah FCC. Selalunya korang boleh search di InstaGram ye, siapa yang takde iG sila pinjam IG kawan korang ye. Alah daftar ajelah IG korang sendiri, senang nak shopping tau, hehehe dah menggalakkan shopping online pulak.
Tarik rambut ko, sebab hari-hari ada online boutique best kat IG, huhuhuu punah duit gaji mak. Kat IG korang taip aje #fccmalaysia #farmasicolorcosmetic #farmasiretailpartner, lepas tu confirm korang juling mata sebab semua pun rasa nak beli hohoh teruknya.
Tapi saya bab shopping online dah stop sekejap, kalau tak tetiap bulan juga mengadap website si PopLook tu. Kengkawan opis pun duk geleng kepala. Saya suka popLook sebab blouse tu sesuai dengan syarat yang suami tetapkan. Loose, labuh dan selesa, dan kalau ketat silalah terima tazkirah pepagi sebelum pergi kerja. Saya beli seluar kerja saiz L tau sebab nakkan ianya longgar dan menepati syarat suami, walaupun hakikatnya saya berseluar saiz M.
Dan selepas tu saya wajib hantar ke tailor lelaki cina kat area umah saya untuk alter bahagian pinggang untuk ianya suit dengan pinggang saya, cajnya adalah RM15-Rm18 untuk sehelai seluar, nom nom nom. Kalau dah berkenan design tu, apa saja pun boleh kan.
Entri kali ni tak tahu nak komen ape. hehe
nak try jugaklah…kalau sesuai boleh teruskan.
wah! make up raya.
aida guna make up body shop aje.
Wah…. cantik dengan FCC
Perempuan memang suka jaga penampilan. lagi-lagi solek. hehe
Produk dari Turki? boleh cuba nih…Selamat Hari Raya!
Amboi2.. Makin cantiklah di hari raya ni, selamat hari raya Aju n keluarga
Assalamualaikum kak aju, cantiknya. bertambah manis yang sedia ada. hehehe sheila tak reti sangat nak pakai make up semua ni. standard pakai moisturaiser dengan lipgloss je. hahahaha
Flawlessnye dengan FCC 🙂
cantik cantik….hehehe
tp tak pernah dengar juga brand ni… entah ada kat sini ke takda…huhuhu
Nak try gaklah.. Compact powder tu nmpk best..saya pon pbeli tegar poplook dulu..skang dh ade beberapa helai bertapa jap..kdg2 tu prelove pon beli
akhirnya wajah puan blogger terpapar juga kat blog ini..ya memang cun ..sesuai guna time raya nanti
kak thanks sharing..memg mencari produk yg sesuai n yg pntg kite tak ragu dgn isi kandungan dia
Gua lelaki. Jadi..gua tak suka pakai make up. Haha..
Yeahhhh..pempuan cenggini kan??haha