Hehehe tetiba rasa diri ini begitu berharga, #tetiba heheeh. Sabtu lepas check keyword di akaun Nuffnang, ramai yang mencari saya. Korang rindu ye? Saya pun rindu nak update blog dengan cerita terkini, dan rindu nak blogwalking ke blog korang semua. Saya masih di sini, juga masih blogwalking tapi komen sahaja tidak ditinggalkan. Memang banyak yang ingin diceritakan, cerita itu cerita ini, cuma masa sahaja yang mencemburui. Takpe nanti pelan-pelan saya jenguk blog kawan-kawan ye.
Biasalah bila dah seronok tak update blog, kemalasan tu pun berganda kuasa lapan. Ada tajuk-tajuk dan entri yang sudah di draft tinggal untuk di edit dan dipublish sahaja, apakan daya kemalasan itu berterusan. Itupun selepas saya tengok ramai yang mencari saya, itu yang beri saya kuasa dalaman diri wahh gitteww ayat memang tak bleh blah. Bulan puasa kan bulan ibadah, jadi masa amat terhad kan, tak mengapalah, kepada yang sudi singgah terima kasih ye. Saya akan cuba update sebaik mungkin #tabik ;).
Selama tak update blog ni, traffik blog masih maintain lagi. Bukan apa, ramai yang cari dress raya, saya kan berniaga online, haiishhh promote lagi hehehe. Eh korang nak tahu? Saya beli dress ni tempohari 50 pasang, Alhamdulillah sambutannya sangat baik, dalam 2 minggu dah terjual 35 helai. Seronok berniaga ni, memang minat saya sejak kecil. Saya ni segan nak berjumpa dengan orang, jual online kan tak nampak muka, whatsapp, pm dan wechat je. Jadi kenelah bagi perkhidmatan yang terbaik. So koranng faham tang mana yang saya sibuk tu kan, hehehe. Sebenarnya risau juga kalau ambil stok banyak-banyak tapi tak jalan, saya yakin tu sebab tengok ramai customer di IG, FB yang duk tanya pasal dress ni. So nekad jugalah kan, yang sibuknya nak pos tu pulak lah. Waktu puasa ni saya berjalan kaki dari ofis ke pejabat pos, memanglah berjalan kan takkan merangkak pulak. Tapi bayangkanlah, saya pergi waktu lunch hour, dengan panasnya, tapi untuk sedapkan hati, saya bayangkan tengah berjalan tepi pantai dengan angin sepoi bahasa, see see see bukan mudah nak berjaya kan, yang penting usaha.
Bila traffik blog dah cantik, CPUV pulak dah credited huhuhu. Yelah faham, siapalah nak bagi iklan kalau update blog pun malas kan, rasakan sendiri. Inilah traffik tercantik saya, kalau bulan biasa 600-700 je UV, so bila nak raya ni barulah cantik sikit graf tu. Takpelah tu, traffik tak penting, yang penting masyuukk hahaha boleh? Oklah sudah masanya nak mengemas rumah, iron baju sekolah dan kejap lagi nak cari kasut raya bebudak ni. Berjumpa lagi di lain entri ok, insha allah. Tetiba mood rajin nak tukar theme blog, amacam??? Cantikkk takk???
Haha..ramai yang cari rindu tak apa..jangan ramai yang cari sebab WANTED sudah la..haha
Of course lah ramai yang mencari dress dan ready made..sekarang ni tukang jahit semua dah tutup tempahan..huhuuu nanges..
Cantik..tp nampak kecik dalam skrin hp
wahh..bak sikit trafiik tu…
Akak ingat lepas raya ni nak mula balik biz online…jealous pula tengok Aju masyukk je hihi ๐ . Alah tau dah ni kenapa tukar hijo pula..Warna theme ni warna feveret Aju kan ..
walaupun menyepi yang penting UV tetap maintainkan Aju.. ^_^
Memang best la dapat maintain UV walaupun dah kurang update.huhu
Dah boleh jadi passive income tue.
cari dan cari boleh sahaja. apa di cari itu
tahniah aju…moga makin berkembang lagi bisnesnya..
Ramai peminat dah cari tu.
Aju, dress utk size petite mcm daku ni ada ker? Teringin plak nak ber dress.
Tahniah, semoga lebih maju pasni
Tinggi jugak PV akak ye smpai 2,k.. Woww!!
Alhamdulillah bila kita bisnes online orang berpuas hati kan ๐
cantik wajah baru blog ni. sejuk mata memandang ๐