
Comel lagi bergaya
Bekas simpan beras murah dan comel | Saya suka masak, kalau tak masak pun at least saya suka lepak lelama kat dapur. Ingat tak jemu ke duduk dapur lama-lama? Jemu tau, tapi demi menyediakan makanan berkhasiat dan menyihatkan untuk seisi keluarga, apapun para ibu-ibu mesti sanggup kan?.
Suka memasak
Kalau kita sendiri yang masak dan sediakan makanan tu, terjamin tahap kebersihan dan kesedapannya. Waktu bulan puasa memang tetiap hari masak, cuma tak post gambar kat blog, fb and ig je. Emm kekadang terfikir, lauk saya ni simple aje, janji boleh dimakan dan mengenyangkan, segan pula nak share ngan korang hahaha.

Pink itu comel
Kalau dulu setiap tahun saya akan diserang food poisoning gara-gara berbuka dengan makanan di bazar ramadhan. Tahun lepas dan tahun ni Alhamdulillah terhindar darinya sebabkan dah ada kesedaran dan kekuatan diri untuk memasak. Hahaha perlukan kekuatan tau?? Bukan senang nak masak, nak sediakan bahan, masak, nak basuh bekas, kemas dapur, fuhhhh lap peluh menitik-nitik kat dahi ni ;).

Ini pun dapat sekali, i like!!!!
Dah lama cari bekas beras
Eh nak citer bekas beras tadi kan? Saya dah lama mengidam nakkan bekas beras bunga-bunga pink ni. Saya dah lama tau tapi tak teringat nak membelinya, lagipun tak tau nak cari kat mana huhu sedey ko macam duduk dalam hutan pulak.
Bila balik kampung Pahang, umah mak saya pun ada bekas ni. Rupanya kakak ipar beli kat Pasaraya TF kat Triang. Tau tak Triang kat mana?
Hahaha dalam ceruk hutan Pahang nun, eh jangan marah orang Triang, sekarang dah membangun tau, dulu masa saya kecil-kecil, Triang ni pekan koboi je, apapun takde, sekarang wahh macam-macam ada, seronok tengok perkembangan kampung sendiri.

RM18.90 untuk 12kg beras, ok kan

Ok duduk di situ bebaik ya
Harga bekas simpan beras murah untuk 12kg
Bekas beras ni harga asalnya RM29.90 tapi ada diskaun then harganya hanya RM18.90 sahaja!!! Untuk simpanan 12kg beras. Walaupun tahu beras saya tu 5kg aje kapasiti penggunaan untuk sebulan kekekee.
Siap ada pot beras tu lagi, so comelll!!!. Kalau tak silap ada 3 color, putih, pink dan coklat, tapi haruslah pink pilihan hatiku ;). Seronok jadi semangat nak memasak, kalau dapur dah comel biarlah lelama pun kat dapur, rasa puashati sangat ;).

Tutupnya kedap udara
Kalau korang pernah ternampak bekas ni dijual kat mana-mana share kat sini ya. Mungkin ada yang bertanya kerana ada keinginan untuk memiliki bekas beras comel lagi santek ni. Jom sama-sama memasak untuk santapan keluarga, rumahtangga harmoni, suami dan anak-anak rapat dengan kita kerana masakan air tangan ibunya.
Nak beli bekas beras Tupperware tu tak mampu, mahal bebenor, tapi off course ada jaminannya kan, apapun terpulang pada kemahuan dan kemampuan sendiri. Eh lagi satu bekas beras ni kedap udara tau, jadi beras anda terpelihara dari anasir yang tidak diingini.
Menarik jugak bekas macam ni. Siap sukat lagi. Boleh dipertimbangkan nanti bila dah kawin. Hehe
cantiknya bekas beras ni… nak cari jugaklah satu.
Assalamualaikum kak aju, wallaaahhh. memang sheila dok cari gak bekas simpan beras ni. kalau kak aju pergi kedai tu, sheila nak kirim boleh? nak warna coklat/putih. hehehehe
Cantik cantik
Alahai memang kiut..
Letak kat dapur orang tak sangka tu bekas beras kan 🙂
Sesuai buat deko2 😀
Sweet je kan..
saya ni makan beras berdua je kt rumah.pakai2 turpaware pun cukup.melepas nk melaram dgn bekas beras cantik ni.hihih…
Triang kampung Ex hubby SA…comel la bekas beras tu…nanti nak kirim bleh x? hehehe..kat Daiso ada jual x erk?
Wahhh banyak murah ha…bekas pun cantik dan kiut aje..wahhh bagus lah aju…patut lah suami dan anak2 sayang..haha
Hehe..ingatkqn yg tupperware tadi…rupanya made from tf…ok kat pahang mmg glamer dengan tf selain tunas manja…
Lau balik pahang nnt boleh la koi cari satu…comel juga
Memang comel bekas nasi. heheh
memg comel nak nak kaler pink…nk cri gak la
cantik dan kedap udara tu yg penting tu..
comelnye bekas beras tu..kalau ada jual kt sini nak jugak la 1..:)
erm.. cantik bekas tu.. orang lain biasanya simpan kuih.. lain orang lain caranya.. hehe
Cantik decoration dia. Kalau isi nasi untuk jualan best juga. Customer pun bertambah selera.