Semalam jadual makan kami sangat padat, sepadat perut kami yang dipenuhi dengan makanan. Alhamdulillah syukur dengan rezeki ini, tak perlulah saya masak bagai. Seperti biasa selepas suami pulang dari menaiki superbike nya, saya dan anak-anak sudah bersiap untuk ke rumah kenduri rakan sekerja. Gabungan baju saya di atas tu, blouse poplook, dipadankan dengan kain meter yang dibeli dari Kamdar dan ditempah dengan member opis. Haaaaa blouse tu selalu pakai dengan seluar, kali ni saya tukar pakai dengan kain duyung pulak. Biasa pakai blouse ni pergi opis je, dan sekarang boleh juga melaram untuk pergi kenduri, jimat tak? jimat kan kan kan hehehe. Kain tu boleh match dengan banyak blouse Poplook saya tu, hmmmm best2!!! Hmm abaikan kesepahan rumah tu ye, dengan meja belajar bebudak tu pun nak enterframe juga.
Tepat jam 12:30 tengahari, kami tiba di Dewan Komuniti Sentul dan terus menikmati hidangan. Wahhh sungguh banyak lauk yang dihidangkan. Ini dah kira kenduri dan open house gayanya. Ayam goreng berempah, daging masak kurma, kuah dal, sayur campur, kerabu mangga, acar jeruk dan filet ikan. Pencuci mulut pun tak kurang hebatnya, tepung pelita, cream puff, talam ubi kayu, dan buah tembikai. Wahh best!!!! Memang kenyang dan penuhlah perut kami ni ;). Buat pula di dewan, anak-anak saya berlari dengan bebasnya, wahhhh kemain lagi korang ye, sampai nak suruh makan pun berpaksa ya, jaga korang!!!
Seronok kenduri kahwin zaman sekarang ni, cantik dan meriah semuanya. Berbeza zaman dolu-dolu kan, hmmm perhiasan cantik dan of course duitnya pun cantik tertarik kan. Bak kata orang hari bersejarah seumur hidup, janji ikut kemampuan udahlah. Tapi semalam tu kira kenduri yang santai dan menarik sangat. Hahaha saya bab makan memang happy je kekekke. Lagi satu sebab dapat makan kuih kegemaran saya ni, tepung pelita, selalu bulan puasa je dapat makan, bila dapat tu, sampai 2 ketul saya rembat, umanghaiii soodapppp!!!
Alhamdulillah kenyangnya makan, hmmm ambil sikit-sikit lelama membukit makanan dalam perut ni.. Tema perkahwinan diorang ni adalah pink lembut. Lembut sangat suka tengok dewan ni berseri-seri, membuatkan kami nak duk melepak lelama kekeek. Tapi disebabkan memenuhi tuntutan rumah terbuka pula, terus kami angkat punggung, dan bersalaman dengan tuan rumah.
Yang ini pula hidangan di rumah kakak ipar saya. Wahhh nampak tak? Masih bertutup lagi sebab saya sedang kekenyangan, jadi biarlah ianya begitu. Lepas dah berborak setengah jam dan beberapa kali di pelawa makan, teruslah kami bergegas ke meja tu. Hmm bila dah makan ingat senang nak berhenti? Hahaha aiyo ketat perut ni, habislah dietku, takpe lepas ni sambung puasa 6 ye, saya dah puasa 4 hari, lagi 2 hari to go, hmmmm lega perut dapat berehat kan, kalau tidak jenuh bekerja je sebab tuannya kuatlah makan hahahhaa.
salam ajue selamat hari raya…amboi kemain jelita ajue sakang…
Kenduri kahwin sekarang meriah guna dewan makanan pun makin sedap.
Budget tentu puluhan ribu…tak boleh bayang zaman anak2 nanti. Eh, sama laa kita hobinya memang le suka makan .
Makan.. Jangan tak makan kak. Selagi boleh kita makan je. Hehe
la..ingatkan nak ajak berbuka tadi..
ahad lepas saya pun rekod jugak 5 rumah dalam satu hari…hihih..
Huhhh..bila masuk bab makan, memang gembira ekkk..hahaha
tengok dari sini perut terasa senak
Memang meriah kenduri kawin skang. Siap ada photo booth lagi. Rasa mcm nak bersanding lagi jer ☺
makan-makan saja lah, rejeki tidk usah ditolak.