Memang setiap tahun kami sekeluarga saling salam bermaafan selepas pulang sembahyang raya. Bersusun dan beratur mengikut kelas umur memasing. Bermula dengan mak mertua dan anak-anaknya, para menantu dan cucu-cucu, dan yang paling seronok bebudak ni, dapat kutip raya dari mak dan pak sedara diorang. Kenapa nak bermaafan? Kekadang ada salah dan silap yang kita sedari dan tidak sedari. Lagipun jangan salah faham ye, bermaafan bukan sahaja waktu raya, tapi juga setiap kali berkesempatan dan berjumpa, mana tahu kita ni feeling macam kita baik sangat, rupanya tak kan. Sebab tu disebut maaf zahir batin, iaitu kesalahan secara zahir dan secara batin iaitu tanpa kita sedari terkasar bahasa sehingga merobek hati mereka, itu yang disebut tanpa kita sedari ya. Alah paling senang jaga mulut memasinglah, tak baik mengasari mereka di sekeliling kita, kalau marah kata mereka tu sensitif, padahal mulut laser dan berpuaka, sendiri mau hengat, eh tetiba emo pulak kekeke.
Paling tersentuh tengok anak-anak bersalaman dengan abahnya. Nampak benor bebudak ni dah besar memasing. Dah boleh berdikari dan paling penting pandai mintak duit raya. Ish ish ish anak sapalah ni haha. Bila tengok dah jadi budaya pulak kan asal salam mesti mintak duit raya, kalau tak dapat diorang boleh mintak-mintak pula, segannya. Kalau diberi sekeping duit seringgit, boleh pulak komplen, ala satu je??? Adam nak banyak!!! Ya ampun segan, tak tau nak sorok muka ibu dia ni.
Ok tiba pula giliran ibu bersalaman dengan suami tercinta. Masa tu takde nak cakap apa, salam tangan dan cium laga pipi je. Maafkan Aju bang, banyak benar dosa dan salah laku pada abang, Aju harap abang ampunkan Aju ye. Suami senyum je, baik dan sabar orangnya, dan saya adalah insan paling bertuah punya suami sepertinya ;). Tahun ini duit raya untuk anak-anak buah semakin bertambah, semua bertanya saya bila lagi nak tambah bilangan ahli keluarga? Oho nantilah insha allah ;), kalau boleh beli kat kedai dah lama saya borong 5 hoho. Paling penting dapat juga duit raya dari suami ngeee, kita suke! kita suke!!!
Bila sudah siap bersalaman bergambar pula seisi keluarga. Macam-macam aksi di situ, yang penting semuanya ceria meraikan hari lebaran setelah sebulan berpuasa. Tahun ni Najwa puasa penuh, manakala Najiha puasa penuh 8 hari dan selebihnya puasa setengah hari. Saya? Jangan tanyalah, nak kene hempuk dengan lesung batu? ;). Eh dah minta maaf tadi, lalu terkasar bahasa lagi hehehe, mintak maaf ye korang, kalau buat rumah terbuka jangan lupa jemput kita tau!!!
Part bersalaman ni yang paling mendebarkan. Hehe. Macam2 ragam boleh lihat time ni.
Selamat Hari Raya Aju….
Aku part bersalam sesama anak beranak selalu terlupa…. Dah lepas beebrapa jari raya baru teringat anak-anak belum salam… Hehehehr
Huhu…maafkan saya juga aju jika ada terkasar bahasa selama ni…selamat hari raya..hehe
Bagaimana rupa style minta maaf tu tak penting sangat..lagi penting lafaz maaf memaafkan tu sama di mulut sama juga di hati..ye la takut di mulut lain di hati pula lain. Maaf zahir batin ye Aju
Time bermaafan ni la yg macam segan sikit hhahaa
ada gak rupanya sesi bermaafan. hehe..
kali pertama bini minta maaf. Rasa geram je. haha
salam aidilfitri aju dan family. Maaf zahir batin.
ps : lama x singgah sini.
wuuu sweetnya kak aju ..ehhehehe
Happy family. Bestnya dapat duit raya dari somi ☺☺
part bersalaman dan mintak maaf ni yang paling best..masa ni la kitorang buli adik2 suruh mintak maaf betul2..siap suruh repeat kalau tak puas hati lagi..kalau tak tak dapat duit raya..hehe
ha..ha..seronoknya raya..sesi bermaafan boleh dijadikan amalan harian
Wah seronoknya beraye…
BTW…selamat hari raya jua dari saya…hehe