Alhamdulillah, ini adalah event wajib setiap tahun di pejabat kami bekerja. Seronok kan kalau para pekerja diraikan dalam suasana sebegini. Semangat nak bekerja. Kali ini lokasi kami adalah di Duchess Place, Jalan Ampang, KL. Biasa kan suami bekerja setiap hari Sabtu, jadi hari tu suami ambil cuti bagi sama-sama meraikan majlis tersebut. Pastinya waktu tu boleh tengok semua rakan sekerja hadir dengan keluarga mereka dengan berpakaian Hari Raya.
Meriah sangat!! Yang paling seronok bertemu dengan anak-anak rakan sekerja yang bermacam ragam. Hmmm ramainya yang datang dengan bayi kecil. Bolehla tumpang menumpang dukung bebudak comel tu. Majlis pagi Sabtu 9/8/2014 ini bermula jam 10 pagi. Selepas mendaftarkan diri saya masuk ke dewan untuk cari port baik punya untuk kami sekeluarga dan kawan-kawan. Ingat kawan tau hahaha. Rupanya rakan sekerja saya tu dah siap-siap booked 2 meja untuk kami semua, bagus-bagus, nak pula dekat dengan air-cond fuhhh seejukkkk hehehe. Dan paling best dekat dengan pintu, eh apa motif nak dekat dengan pintu kan? Akses untuk ke tempat ambil makanan, hmmm itu yang bestnya kan, emm.
Selepas mendaftar, ada sesi photoshot sekeluarga. Hmm ini yang seronok, bermula dari tahun 2008 hinggalah 2014. Yang berbeza adalah bilangan ahli keluarga saya yang waktu tu hanya 4 orang dan sekarang sudah berlima. Dan yang paling jelas, anak-anak sudah besar dan nampak tinggi panjang. Allahuakbar, dah besar anak-anak ibu abah. Pandai posing, tapi sebelum tu saya dah remind supaya senyum dan siap praktis lagi hahaha.

Warna warni Aidilfitri

Suasana dalam dewan

Eh garangnya Adam hahaha
Dan jam 11 pagi, majlis makan bermula. Owh menu pagi itu macam-macam ada, konsep hari raya ;). Nasi beriani, rendang daging, kambing golek, ketupat, lemang, sate dan sebagainya. Tapi yang tak bestnya service diorang ni agak lambat, terutama dalam menghidang daging kambing golek tu. Terpaksalah saya komen kat sini sebab beratur lama kot semata-mata nak merasa kambing golek kat Duchess Place ni. Kambing tak digolekkan di depan mata, mungkin di kitchen tapi masa yang diambil untuk dihidang semula adalah dalam 15-20 minit. Korang tau ajelah kan, kat mana-mana majlis makan buffet pun di stesen kambing golek nilah yang paling beraturnya. Dan pastinya pihak caterer sudah sedia maklum kan, sabar ajelah.
Anak-anak pun makan dengan berselera sekali, mak paknya usah ditanya, hmmm sebulan puasa turun 2 kg je, selepas berpuasa, pergi open house sehari je pun dah naik 3kg, apa citer? Hmmm malas mak jemah nak pikir, bior jelah, janji sihat udahlah.

Seronok menengoknya
Sambil menikmati hidangan dan berborak mesra dengan tetamu semeja, kami dihiburkan dengan pengacara merangkap penyanyi jemputan iaitu juara kilauan emas musim pertama. Hehehe maaflah saya bukanlah peminat kilauan emas dan umurpun masih muda remaja jadi tak berapa kenal dengan penyanyi ni. Tapi suaranya sedap dan lemak merdu gittew. Memang layaklah dia juara kan hehehe. Sambil menghibur, pengacara ni jalan dari meja ke meja mencari mangsa, nak kene nyanyi, siap husband saya nak lari lagi takut kene disuruh menyanyi hehehe, tau takut kekekeke. Tapi tak dapat nak snap picture pengacara tu sebab saya jauh nun di belakang, emm takpelah dia tak penting, yang penting saya ni enterprem dalam blog ni udahla hehehe.
Dan ini pula adalah sesi pemberian duit raya untuk semua anak rakan sekerja. Wahhh panjang beraturnya, tahun ni saya tak beratur sama sebab bebudak ni memasing sudah besar. Tapi suami saya temankan juga, risau juga tak jumpa cari kami nanti menangis satu dewan dengar. Tengok diorang beratur ni, nampak dah besar diorang ni, cepatnya masa berlalu kan.  Syukur, dalam pada bergembira, tidak dilupakan juga mereka yang dalam kesusahan kan. Moga Allah sentiasa merahmati kita walau di mana kita berada insha Allah.
Seronoknya bila pekerja diraikan oleh majikan…
Seronok betul kalau diraikan dengan majlis yang macam tu. Memang meriah nampaknya tu kak.
Wahhh terbaiklah…masa ni peluang untuk kita eratkan antara pekerja dan bos..pekerja dan bukan pekerja…hehe..
Salam Hormat.
Wah kemain lagi beratur panjang ambil duit raya ahaks 😉
Wah emaknya muda remaja ye gituuuu …Ok laa muda sikit dari akak kan hihihie 😀
lebih kurang macam majlis perkahwinan sahaja..cuma tak de pengantin la kot!
Besar tu majlis raya yang dibuat. memang meriah tengok ni belom tengok lagi makanannya. heheh
meriahnya open house opis aju…tahun ini open house tempat ema buat port luck jer… hehehe…lega anak-anak dah besar ni kan…pandai bawa diri.
cun saya rasa macm pi kenduri kwin heee
Seronoknya bila ada majlis begini kan?
Mcm tempat kami jamuan ke majlis ke hanya untuk pekerja sahaja, tak boleh bawa orang lain..huhuu
ramai sangat majlis tu
Amboi..senangnya, pengalaman yang sangat seru sekali.
wahh..semua kaler biru.. sama nga Aisyah laa..tp yang thun lepas punya laa.. hehehe
Assalamualaikum kak aju, bestnya pejabat raikan raya bersama staff begini. best best makan free. ehh besar2 dah anak akak kann. hihiiii
wah meriahnya… best ni..mesti banyak menu raya ni..
hihihi..siap praktis senyum tu yang tak tahan tu..
seronoknya…theme biru eh..SA nampak semuanya biru….
Bagusnya majikan bagi duit raya kata anak2 staff..
sedondang habis kalernya nih..