Saya sukakan suasana yang tenang, aman dan mendamaikan. Hijau banyak memberikan saya ketenangan jiwa dan minda, sejuk mata memandang. Di meja kerja saya ni banyak kaitan dengan kehijauan contohnya pokok ni, sudah 2 tahun lebih bersama, memang subur ;). Walaupun tiada cahaya matahari, dia tetap segar berbekalkan air yang diganti 2 minggu sekali, kekadang dah kering baru nak isi air hehehe maaf sibuklah maknanya tu ;). Kekadang kengkawan siap tegur, uishh pokok ko ni kering dah ni, terus laju ke pantry untuk gantikan airnya. Siap tanya, kalau ada nyamuk ko siap jun ye, abis tu ko nak buang ke pokok aku? Kalau berani silakan, nanti aku belit pokok ni kat leher memasing hehehe.



Ini workstation saya setiap hari. Kalau dah namanya hari-hari mengadap tempat ni, jadi haruslah ianya sentiasa kemas dan bersih kan. Konsep hijau itu yang saya pentingkan. Lihat, sejuk kan mata memandang? Nggeeeeee. Jangan kata eh, tiada fail apapun atas meja? Takde kerjalah si jun ni ya? Owhh silap, konsep saya, fail tu semua simpan dalam kabinet, yang betul-betul perlu sahaja kita letakkan di meja. So tidaklah semak sangat meja kita tu dengan khazanah lain kan. Nak kemas pun sekejap je, ada masa memang meja saya penuh dengan file dan timbunan kertas tapi selepas tu kemaslah kan, baru tak sakit mata melihatnya. Yang pasti sebelum balik kerja, mesti kemas, dan bila datang semula keesokan harinya, wahhh seronok nak kerja.


Kalau tempat kita kemas, barulah banyak idea mencurah dan semangat kerja membuak-buak tahap gaban. Emmm baru boleh jadi pekerja contoh, hahahah skema sangat ayat, takdelah cenggitu pun, saya ni bukan jenis talam dua muka, mengipas bos dan seangkatannya. Janji kerja siap dah oklah kan, so buktikan tahap kemampuan kita dengan kualiti kerja yang baik dan bukan dengan cara membodek bos untuk kenaikan pangkat di masa depan. Emm tak retilah, dan itu bukan saya, dan Alhamdulillah bos saya pun bukan macam tu orangnya. Syukur, tidaklah pening nak melayan kerenah politik di mana-mana kan.

Saya suka konsep susun atur, ada beberapa group yang saya join di facebook bagi mencari idea dalam mendekorasi ruang kerja dan dekorasi di rumah. Seronok sangat tengok diorang ni mengemas rumah. Dapatlah kita idea macamana nak mengindahkan rumah kan. Yang penting rajin, kalau rajin even rumah kita tak dihias cantik pun, janji ianya tersusun rapi, sudah memadai. Setuju tak? Sila setuju laju-laju ya…;) Saya pasti korang pun sukakannya kan? Bolehlah kita sama-sama mengemas apa yang patut, barulah seronok nak buat kerja ye dak?

Jangan marah aaa, tuan blog nak juga enterframe dengan kehijauannya hahaha
wah…cantik…konsep semula jadi gituu…
kat ofis sini dah mula amalkan 5s..
Huhu..nak kena kemaskan juga meja kerja ni…tak leh jadi ni..haha
Hijo memang ramai peminat. Emm bestnya kalau workstation akak macam ni…tapi jangan mimpilah. Mana nak letak fail denggi,fail keceriaan,buku latihan, alatan seni. Maklumlah meja tu satu2nya ruang yang ada. 5 bintanglah akak kasi Aju hihi 🙂
Sangat kemas mejanya siap ada pokok hijau.
kemas betul ruang kerja dia ye. hehe
kalaulah meja opis aku kemas dan cun cenggini..aihh..meh datang kemas meh..ehehe
Kemas tersusun tengok tempat keje kak Aju..
Tempat Myra xdak maknanya, kertas saja2 penuh tray..huhuu
Harini kemas, esok selambak lagi..huhuu
Kemas jer meja aju. Sedap mata memandang.
wah..cantiknyanye..green sungguh workstationnye..memang tenang je rasa kalau keje mcm ni..:)
Siap ada pokok tak tahan tu. Hehe.
Tuan blog pun hijau…cantik semulajadi tanpa mekap pula tu
Wah kemasnya. Kalau meja serabut nak buat keje pun x de mood ye tak.
Wah,,meja kerjanya sangat rapih sekali. bandingkan dengan meja saya.
omeiii. kemasnya awak. nampaknya PG kena mulai sukakan hijau nampaknya. walaupun sangat sukakan pinky 😀