Cara redeem bonuslink point
Bonuslink membership
Hmmm sedar tak sedar sudah 10 tahun saya menjadi member bonuslink. Biasa saya kumpul point ni di Parkson, isi minyak di shell dan kat mana ntah lagi, sebab bukan selalu pun gelek kad bonuslink point ni.
Tu yang point pun nan hado je, yang terkini dalam 2,900 point macam tu. Saya ni asal point tu dah macam ribu riban, terus nak redeem aje, nanti terlupa terus expired kan, rugi aje.
So dah agak-agak macam banyak tu, hehehe setakat 2,900 point banyak gilerr kot. Terus nak redeem barang comel. Hmm kebetulan memang duk mencari toiletries bag.
Baca–> Cara redeem point terkumpul IKEA
Senang nak angkut berus dan ubat gigi, pewangi ketiak saya dan suami, sabun, syampu, sikat dan sebagainya. Kalau nak balik kampung mahupun bermalam di mana-mana, kan penting bawa semua barangan tu. Jadi kita redeem ajelah mak jah.
Cara redeem bonuslink point
Senang sangat nak redeem.
- Pergi ke website bonuslink (bonuslink.com.my)
- Masukkan nama dan password. Nak bagitau ni, incase kalau korang terlupa kata laluan. Telefon aje bonuslink, nanti diorang reset password lama dan bagi korang password baru. Saya tahu ini pun sebab saya pun terlupa kata laluan tu hari tu kekekekekekek.
- Bila dah boleh log in, kita akan nampak dah berapa baki point terkumpul.
- Tengok apa barang yang kita boleh redeem bersesuaian dengan jumlah point yang ada.
So belek punya belek, memang point terkumpul saya ni layak untuk beg ni, jangan mimpi nakkan barangan elektrik kalau setakat point nan hadooo!!!
Hahahahaha, bolehlah dari takde apa kan hehe.
Toiletries bag PERCUMA
Memang ini sahaja warna yang ada, biru. Janganlah nak request warna pink atau pastel color, kekekeke. So bagus juga tiada pilihan ni, terus rembat aje dari teragak-agak nak ke tidak kan.
Tengok gambar tu, banyak kan poket dia, hmmm bagus-bagus macam-macam boleh selit sana sini. Saya suka beli barangan di farmasi, then terus isi kat sini. Takdelah terlupa nanti kan. Atas rasa keterujaan itu, nah saya sudah pun mengisi beg ini dengan khazanah yang dirasakan perlu.
Jadi dah bolehlah nak outstation ni bang hehehe.
Benda percuma kenapa taknak redeem kan. Bolehlah guna masa balik kampung. Takdelah nak pack dalam plastik bag je. So yang ni lebih kemas dan tersusun.
So kalau korang nak redeem point bonuslink, cepat ke website mereka ya.
Rasa macam nak redeem payung bonuslink dekat shell pulak. Hehe
saya lagi sadis…takde pun kad bonuslink…berbaloi tak? huhu
tak tahu password isteri.. dia ada kad bonus link tu
hurm best boleh bawa jalan-jalan ni heee..pasti barang tak akan ada yang tertinggal
Emm memang patut pun letak menda macam tu..haha..cantik begnya..bak sini boleh?haha
fuhh..dah lama tak redeem gak nih.
SA ada bonuslink…selalu jer swipe…tp jarang pi tebus..tau2 dah burn dah point…rasa macam rugi plak…