Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Bertambah lagi satu usia saya. Syukur Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Hadiah? Rasanya tiada lagi yang diingini kerana apa yang saya ada amat mencukupi buat saya. Keluarga saya, suami dan anak-anak adalah hadiah paling berharga buat saya. Yang lain-lain tu cukuplah secara bersederhana sahaja.
Sebenarnya suami dah pun buat kejutan untuk saya. Terharu dan gembira bercampur baur. Tak tahu nak cakap macamana. Suami beli no plat ni, saya memang TAK TAHU bila dan di mana suami saya buat semua ni. Yang pasti saya sangat-sangat terharu dengan usaha dan kejutan dari suami.
AJU5881, nama dan tarikh lahir saya. Suami kata dia dah berniat nak tempah no ni sejak hari pernikahan kami lagi. Setelah 10 tahun bernikah, baru saya tahu niatnya ni. Terima kasih suami. Saya tak tahu nak gambarkan kegembiraan ni, yang pasti ucapan terima kasih dan syukur kerana rezeki ini dan dikurniakan suami yang baik dan penyayang. Sabar dia menanti no plat Perak ni sehingga dapat juga AJU tu kan? Terima kasih suami.
Dan malam tadi sewaktu saya sibuk melipat kain baju, suami dan anak-anak keluar menaiki motor ni. Katanya nak ambil angin malam, rupa-rupanya duk beli kek bagai. Memang terkejut sebab saya pun lupa arini hari lahir saya ;), terima kasih sekali lagi suami dan anak-anak. Ada lagi ke sesiapa yang nak buat kejutan untuk saya? Korang plan lah ya, saya sedia menerima kejutan anda hahaha.
Itulah hadiah paling bermakna – kasih sayang tidak berbelah bahagi dari keluarga tercinta.
Selamat hari ulangtahun kelahiran, Aju. 🙂
Terbaik la hadiah no plate kak. haha. Ala.. tak cerita macam mana kejutan dapat no plat tu. Takkan bagi macam tu je. Anyway Selamat Ulang Tahun Kelahiran.
semoga panjang umur dengan kesihatan berpanjangan dan murah rezeki selalu.
tunggu no plet johor plak JUN 5881 hahaha
So sweet. Happy born day aju. Smoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan bahagia selalu ☺
nak kek…nampak sedap terrr…hehehehe
wah best sebab ada tolong ingtkan dan belikan.selamat hari lahir
sweetnye..husband aju..
selamat ulang tahun kelahiran ye..semoga panjang umur dan dimurah rezeki..
Nak kek sedap tu sket..;)
selamat harijadi Aju.
moga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki selalu.
cantik no. plat AJU5881
Hepi besday jun. Akk tgu no plat ANA 92
Hahaha..terbaiklah suami aju ni..rasa nak buat suprise macam ni gak..hahaha..selamat hari lahir aju..
Sangat touching kan Aju..
walaupun dah ucapkan di wall fb, sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Lahir Aju..semoga diberikan kesihatan yang baik…. dan dilimpahkan rezeki…wah, hadiahnya memang jadi kenangan sepanjang zaman.
Assalamualaikum kak aju.. alhamdullilah. bestnya suami akak dok tahan niat selama 10 tahun. kagum sheila kak. hehehehe selamat ulangtahun kelahiran kak aju. semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan sukses dalam hidup. amin.
*selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin
Happy Belated Birthday..
Wah..dapat hadiah nombor plat istimewa tu..tahniah Aju..
selamat hari lahir akak
Selamat ulang tahun…moga panjang umur dan murah rezeki
Alololoo suwitnya asben kak Aju..hehee
Happy belated birthday kak, moga panjang umur dan dimurhkan rezeki ye.
romantiknya suami akak