Siapa yang eager sangat nak kurus tu? Meh sini nak bagi tips sikit. Kesinambungan dari entri kes BERAT baru-baru ni. So selepas saya mengurangkan kandungan karbohidrat dalam makanan dan menepis sama sekali minuman manis, saya berjaya kurangkan 2kg berat saya dalam masa seminggu.
Wahhh sudah bagus!!! Tapi dia punya azab Tuhan saja yang tahu. Rasa pening-pening dan rasa nak pengsan semuanya ada. Selepas 2 hari tak makan nasi, hari ke 3 saya mengalah jua. Tak pernah miss makan nasi so bila tak ambil karbohidrat langsung, terus saya rasa macam puasa setahun kot.
Hari ke 3 saya makan nasi sikit, just nak make sure ada karbo dan beri saya tenaga untuk melakukan tugasan di pejabat dan sebagai supermom di rumah. Bayangkan balik kerja terus rasa letih bebenor dan terus nak tidur. Mana boleh macam tu kan sebab banyak tugasan menanti di rumah untuk dilunaskan. Nak uruskan anak-anak dan perihal kain baju segala bagai. Bila dapat makan nasi tu, nikmatnya ya Allah!!!
Tapi masih beringat juga sebab saya dah berjaya kurangkan 2kg jadi takmo rosakkan diet saya. Saya juga minum minuman manis sedikit untuk memberi tenaga. Dari pembacaan saya, sebenarnya kita juga perlu makan untuk meningkatkan metabolisme badan, dan barulah dapat membantu untuk menurunkan berat badan. Lihat pentingnya pembacaan dan pengetahuan untuk menurunkan berat badan, bukan sekadar melulu sahaja ya, tapi perlukan ilmu dan sedikit sebanyak membantu kita mencapai misi.
Di pejabat saya mempunyai beberapa konsultant yang juga rakan sekerja yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka. Wahhh i’m feel very happy sebab diorang ni pun sangat concern dengan diet saya. Hahahaha tq ! tq! at least dapat jugalah saya tips diet pemakanan yang betul.
Sayang korang kat saya ye hahahhaa. Tapi yang penting korang kene minum banyak air. Nisbah air yang perlu diminum bersamaan dengan 1liter=25kg berat badan seseorang. Ha itulah keperluan air dalam badan korang sebenarnya. Contohnya macam berat saya 60kg so saya perlu minum 2.4 liter air sehari. Sebab jika kekurangan air, dikhuatiri korang akan sembelit dan susah pula nak membuang ayor.
Owh ya nak cerita tentang air lemon kan.
-
Sumber Vitamin dan Mineral
-
Pembersihan Fungsi Hati
-
Membantu Penurunan Berat Badan
-
Membantu Melancarkan Pencernaan
-
Membersihkan kulit Menghentikan Kedutan
-
Mencegah Masalah Pernafasan
Nampak tak? Banyak manfaatnya kan? Senang saja nak buat air lemon ni. Seperti orang yang malas macam saya ni. Saya potong lemon nipis-nipis, letak dalam botol air dan tuangkan air suam. Tak letak gula atau madu.
Kata malas kan, jadinya minum aje yang tawar macam tu. Bila nak minum? Macam saya, air lemon tu saya akan minum setiap waktu, tak kira pagi, tengahari atau malam tapi make sure dah makanlah, risau juga sakit perut ke kan. Hmm dengan sedikit doa dan harapan semoga segera kurus heheheheh. Oklah selamat mencuba.
Aku pun mempunyai masalah BERAT juga ni Aju..
Huhhh..ini betul-betul mau diet ni..hahaha..
kurus dengan tanpa mengeluarkan modal yg tinggi
he2..kena cuba juga ni. pernah cuba tak makan nasi, tapi azabnya
Isteri tersayang selalu kuah buah lemon untuk dimakan bersama ayam goreng.
Air detox ni. Hehe. Wah. Buat DA ke kak sampai tak ambik karbo tu..
wah..boleh cuba ni…cahyok2 Aju.. ^_^
saya nak sebulan juga minum air lemon boleh tahan sebab lemon boleh membersihkan usus dalam perut kita
sedap tak air lemon ni… mcm nak cuba.. biasa minum air cuka apple je.. masam..x tahan…
tunggu tahun depanlah nak kuruskan badan ni… tak pernah try lagi air lemon ni…skrg pun dah kecur air liur rasa macam masam jer.
Akan saya coba air lemon, karena dengan olahraga setiap hari lari pun berat badan tidak turun-turun juga.
Selamat mengurangkan berat badan ☺