Pil Adipex untuk turun berat badan, boleh percaya ke? | Berat nak memulakan cerita ni, mana taknya cerita tentang berat, apalagi kalau bukan berat badan. Stress bila hari-hari orang tegur badan saya semakin berisi.
Si A : Hai kak, ada isi ke?
Si B : Eh badan jun nampak berisi pula hari ni. Sebab baju ke?
Dalam hati saya kembang kuncup menahan malu dan sedikit tertekan di situ. TETAPI terima kasih kat depa semua kerana menyedarkan saya yang sedang perasan kurus ala model gittewww.
Kalau dulu sebelum kahwin berat saya 55kg, tapi sekarang 63kg. Wahhh memang nampak tak banyak kilo nak diturunkan tetapi SUSAH GILER kot nak turunkan walau 2kg huhuhuhu.
Bila orang dah biasa nampak badan saya tak berisi, tetapi bila saya mula kuat makan itu ini. kesannya mula menampakkan lelemak sana sini. Kalau dulu tak kisah nak makan apa-apa, makan nasi 4/5 kali sehari, tapi sekarang stress mak kene catu makan.
Bila tak makan lapar pulak, sekali makan hadap macam-macam masuk dalam perut. Lagi stress kakakaka. Lagipun dalam keluarga saya ada yang menghidapi sakit jantung dan darah tinggi, iaitu mak saya. Jadi adalah wajib untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal kesihatan ini.
Yang saya perasan semenjak sebulan dua ni, saya rajin masak nasi tomato, nasi hujan panas waktu hujung minggu. Anak-anak memang suka sangat, tu yang saya semangat masak tu, lauk pula ayam masak merah.
Hmmm sambil tulis blog ni pun boleh menelan airliur tau. Hmmm kesian kan, hmm tulah makan tak beringat dan tak berpada-pada, kan dah kene warning tu. Bila masak sedap, hmmm pastinya berulang-ulang makan ye dak, suap anak, suap kita, tapi suap diri sendiri yang lebihnya dari menyuap si anak-anak ;).
Saya tak percayakan pil kurus dan pil tahan selera makan. Ada doktor suggest kat saya makan pil Adipex, pil ni akan menahan selera makan kita. Pil tu akan membuatkan kita tak selera nak makan dan boleh turun 2/3kg dalam masa seminggu.
Tapi KESANNYA? Cuba tengok tu kesannya, lagi stress kita dengar, kita memang tak berani langsunglah bab-bab nak kurus cepat ni, cepat pulak kita ke hospital nanti takmoooo!!!!
Jadi mudah ke pil adipex untuk turun berat badan???
Penyelesaiannya saya mencuba untuk ikuti Diet Atkins, cuba untuk seminggu mana tahu berkesan kan?? Hari ini adalah hari keย 4 tanpa nasi dan karbohidrat. Saya bukan diet melulu begitu, tapi saya ada mengikuti perbincangan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan program ini.
Terutama di facebook via Kelab Diet Atkins (Malaysia). Doakan saya ya, kekeke macam nak gi perang kot, apapun kepada yang juga berdiet, semoga kita mendapat berat yang diidam-idamkan, love ya!!!!
Chayok2 kak Aju..
Myra dengan Atkin ni selalu tertewas.. tak tahan godaan..huhuu
Tp kira okla berat akak tak naik mendadak mcm Myra sebelum kawen dengan selepas kawen ๐
Akak ni lagi la tak tau bila nak mengecil
Hahaha …dulu jadi menantu paling kecil saiznya sekarang nak tempah tempat paling besar kot …huuu tensionnya bila balik kampung kena tanya gituuu ๐
Wahhh badan punya la cun dah..nak diet lagi ekkk..hahaha…selamat mencuba diet atkin tu..
dah cuba diet atkins… tak sampai seminggu berat dah turun 4 kg.. happy sangat2… cuma skarang ni kena reinduction semula sebab dah beberapa hari cheat… ada lagi target 5 kg nak turunkan…
Semoga dietnya berhasil,