Umum Group whatsapp “Jom Mengaji” September 19, 2014

Group Whatsapp "Jom Mengaji"

Group Whatsapp “Jom Mengaji”

Korang ada berapa group whatsapp? Saya yakin mesti ada lebih dari 3 group kan? Yelah group adik-beradik, sepupu sepapat, officemate 1, officemate 2, ha dah berapa tu kan? Tapi saya ni jenis tak menyembang sangat pun, maaflah kalau lambat atau tak reply langsung kekekke.

2 minggu lepas adalah sepupu ni ajak saya join group Jom Mengaji di whatsapp. Mula-mula tak faham juga macamana nak sertai sistem tadarus Al Quran via whatsapp ni. Biasa kan mengaji depan-depan dalam kumpulan kan.

Rupanya mudah sahajalah uolss…

IMG_0832.JPG

Macamana caranya mengaji through whatsapp?

Kata sepupu saya, setiap orang yang berminat untuk sertai kumpulan “Jom Mengaji” ni akan diberi pilihan sama ada untuk membaca 1 juz ~ 20 mukasurat atau 10 mukasurat atau 5 mukasurat dalam satu hari.

Saya pilihla yang sikit je, 5 mukasurat sehari. Hehehe kita cuba dulu ya, dari jarang-jarang mengaji, kepada mengaji secara sedikit demi sedikit ;).

Alhamdulillah bila ada komitmen nak baca, barulah hari-hari nak mengaji. Kalau tak sentiasa tak mengaji dari mengaji kan, Masha Allah apa nak jadi daaa.

Group Whatsapp "Jom Mengaji"

Perbaiki bacaan Al Quran

Bagus juga sebab sentiasa terkejar-kejar nak menghabiskan bacaan kita ni.

Kalau tak sempat saya bawak ke hari berikutnya, jadi jumlahnya 10 mukasurat sehari. Jadi haruslah saya baca setiap hari kan ;).

Kalau kata kita period atau uzur, waktu ni boleh baca tafsir AlQuran. Barulah saya tahu rupanya waktu uzur pun boleh pegang dan baca tafsir Al Quran ya? Emmm banyaknya saya perlu pelajari.

Juga yang penting kene mendalami tajwid dan cara bacaan yang betul. Kemudahan ada di mana-mana. Handphone kan ke semua cecanggih kan?

Jadi dari handphone pun boleh belajar nak baiki dan tingkatkan cara bacaan kita kan. Kalau mengaji tu, kat mana yang boleh waqaf, yang mana tak boleh. Berapa harakat nak baca panjang dan pendeknya.

Jadikan mengaji amalan harian

Kebiasaannya saya akan mengaji selepas solat Isyak, tetapi memandangkan sekarang ni banyak drama best-best, saya baca sebelum solat Maghrib. Kekekek peminat tegar drama melayu macam itulah.

TAPI saya takdelah menonton drama TV3 waktu maghrib tu, nanti dengan anak-anak pun hanyut sama. Waktu ni saya ingatkan anak-anak jangan menonton TV.

Lagipun waktunya kan agak singkat, sebab anak-anak pulang sekolah jam 7.15 malam baru sampai rumah. Mana nak mandi, solat dan makan kan? Kalau saya menonton TV pastinya liat sangatlah diorang nak buat semua tu.

Jadi seimbangkan keperluan kita tulah ya kengkawan, moga segala amal ibadah kita diberkatiNya dan mendapat rahmat dariNya.

Tags : , , , , ,

7 Comments

  • Hairul Azni posted on September 19, 2014 at 5:07 pm

    Inilah antara kebaikan teknologi..tahniah Aju..

    Reply
  • mama arif posted on September 19, 2014 at 9:17 pm

    membaca al quran harian merupakan amalan yang mulia dan sangat sangat memberi kesan yg baik kepada rohani kita. semoga trus istiqamah dalam amalan kerohaniann…

    Reply
  • ibulala posted on September 19, 2014 at 10:23 pm

    Bagusnya aju. Moga moga kebiasaan mengaji ni jadi amalan kan.

    Reply
  • ieja posted on September 20, 2014 at 9:43 pm

    Alhamdulillah. Menarik idea ni. Sekurang-kurangnya bila ada komitmen, buat kita mengaji, kan. Mula-mula macam terpaksa, lama2 mesti jadi x best kalau tak baca.

    Reply
  • Fiza Rahman posted on September 22, 2014 at 1:58 pm

    Bestnya ☺

    Reply
  • Hafizul posted on September 23, 2014 at 4:11 pm

    Okeh…ini baru betul buat group..memang kena sokong kemas-kemas group ni..hehe..betul tu aju..pelan-pelan pupuk minat mengaji tu..hehe

    Reply
  • syukur posted on October 4, 2014 at 2:12 pm

    Penggunaan tekhnologi yang tepat dan bermanfaat.

    Reply
  • Leave a Reply