Alhamdulillah setelah kita semua selesai menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadhan, kita berpeluang lagi untuk sama-sama melakukan ibadah Qurban. Di pejabat saya bekerja ini, setiap tahun memang tidak ketinggalan untuk sama-sama menjalankan pogram ibadah Qurban di rumah anak yatim berdekatan dengan pejabat kami. Seperti tahun-tahun lepas, 2 ekor lembu akan ditumbangkan dengan dibantu oleh rakan sekerja dan sama-sama bergotong royong memasak dan menghidangkan kepada anak-anak yatim ini. Alhamdulillah seronok dapat berkongsi sesuatu yang amat bermanfaat untuk sama-sama menjalankan ibadah dan juga membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Saya yakin pasti ramai yang sudah merancang untuk melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah di musim perayaan korban ini nanti. Kenapa memilih untuk melakukan ibadah korban di Kemboja? Kerana kebanyakan umat islam Kemboja adalah dari golongan yang miskin dan kurang berkemampuan, jadi apa salahnya kita sama-sama berkongsi kegembiraan ini bersama mereka, dapat juga meraikan mereka kan.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
- Mudah dah cepat
Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman ini. - Sijil pengesahan
Pihak eQurban menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat - Tuntutan Agama
Pihak eQurban cuba memudahkan urusan tuan/puan dalam melaksana- kan urusan ini.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar: ayat 1-2)
- Klik website EQurban
- Kemudian klik TEMPAHAN dan tentukan berapa bahagian korban yang ingin dilaksanakan
- Butiran akaun bank untuk bayaran akan dipaparkan
- Kemudian isi maklumat peribadi di borang yang telah disertakan
- Dan selesai..
Insha Allah semoga ibadah dan niat murni kita ini diberkati Allah di samping dapat sama-sama membantu umat Islam di sana. Untuk info lebih lanjut boleh layari laman web EQurban.
Satu lagi pilihan bagi memudahkan kita dalam beramal ibadat kan Aju ..
Terima kasih untuk info Equrban ini.
Nak buatlah aju. Murah sgt ni. Akk sll buat dgn ez qurban. Nak try yg ni pulak.
Emm tahun ni belum ada rezeki lagi nak buat dengan equrban ni..next year mungkin kalau tak adaaral..hehe
Semoga memberi manfaat untuk sesama