Sabtu lepas kawan ofis saya buat majlis aqiqah untuk anak lelaki sulungnya. Alhamdulillah rezeki, tak payahla nak masak hihihi. Apa kelas masak kan? Baik makan kenduri ada pekdahnya, wah berlagak kata ko hihihi. Emm jauh tempatnya, di Felda LBJ Nilai. Wahhh bercinta rasanya nak memandu ke sana tapi disebabkan adanya kambing golek, rasa bersalah pula nak menolaknya kekekeke. Bab makan-makan saya memang nombor satu kekdahnya ;).
Bertolak jam 11:00 pagi dan sangat mencabar nak menyiapkan askar 3 orang ni. Sorang mandi sorang lepak-lepak. Bila yang sorang dah siap sorang lagi dah mula berpeluh sebab melompat sana sini. Emmm sakit dada mak korang ni tau, sampai penat nak bercakap, kering ailio. Biasalah anak 3 orang tapi macam dah sepuluh kan, urut dada fuhhh ;). Kata nak anak 5 orang, nampak gayanya kita tunggu dulu ;).
Emmm permulaannya jalan sangat clear dan pemanduan kami sangat lancar. Taaapiiii, bila masuk ke Lebuhraya Sungai Besi berdekatan exit Bangi, wahhh jem sungguh katanya!! Wahhh ini sangat mencabar lagi apabila askar-askar sudah mula tidak senang duduk. Yang adik tarik tudung kakak, yang Najiha minta diisi perutnya. Eh korang ni kan, jadi tarzan jugalah saya dalam kereta tu. Tau ajelah kan bebudak dan berkelahi memang tidak boleh dipisahkan, rasa nak rotan sensorang tu. Kita marah, sekejap aje diamnya lepas tu sambung balik macam tiada apa yang berlaku. Kalau ada abah korang baik pula tatasusilanya. Adooiii lah jem lah jem, sabor ajelah. Nak ikut jalan dalam tapi tak confident, redha ajelah.
Akhirnya jam 1:30 petang baru sampai. Fuuhhh penatnya, sampai-sampai aje terus salam tuan rumah dan terus capai air, kering tekak kan menjerit dekat bebudak tu. Adooiii memang mencabar, pasni tobat taknak buat lagi dah kekekeke. Kalau suami ada oklah, suami kan kerja Hari Sabtu, jadi sayalah yang memandunya. Lepas tu saya ambilkan bebudak ni laksa sorang semangkuk dan sepinggan kambing golek. Wahhhh nikmatnya kambing golek ni, anak-anak saya pun suka sangat ;). Bila makan of course semua pun senyap, dapat pulak buah tangan lagilah senyap. Lepas tu berebut pulak, nak sorang 2, tak cukup satu adoillla, nasib baik tuan rumah baik hati, dibaginya bebudak tu serba 2 memasing.
Ok nama anak member opis ni ialah Muhammad Aqeef Danish. Amboih tengok tu, comel kemain aqeef ni berbaju melayu, cuma tak bersongkok aje, kalau tidak pasti siap berkompang bagai hihihi. Tengoklah maknya kan comel, sebab tu kecomelannya turun ke anak. Macam sayalah, mak ayah comel so saya super duper comel, haha statement nak kene pelempang ;). Heheh jangan mara aa…
Makan-makan berborak, sok sek sok sek macam dah lama tak jumpa, padahal satu opis je kot. Biasalah tak bergosip tak sah kan. Bila jam dah menunjukkan jam 2:30 petang, kami beransur pulang. Alhamdulillah bila balik tak jem, dan jalan amat lancar. Anak-anak pun tidak hiper berbanding dalam perjalanan pergi tadi. Owh bila kenyang tau pulak korang senyap ye, so selepas ni kene siapkan makanan kudap-kudapan, bagi senyap sikit heheh, Macam dah gaya ibu korang aje, dapat makanan senyaplah hehehe. Dan jam 4 petang selamat tiba di Gombak, Alhamdulillah. Mak saya di kampung risau kalau saya drive jejauh sensorang dengan bebudak ni. Bila bagitau mak semua dah ok, mak kata Ya Allah lenkali jangan kau ulang lagi ju, risau omak ni ha, yolah mak hehehehe. Anak mak kan berdikari sangat….Heehehhe
meriah nampaknya kenduri aqiqah nih 😀
Haha..budak2 memang macam tu..tak putus2 gaduh..seminit dua lepas tu elok je main sama2 balik..kita ni yang sakit tekak dibuatnya..jadi, penyelesaiannya, kita biarkan je..sambil pantau dari jauh..asalkan jangan cedera parah sudah la..
Berbaloi drive jauh2 tu dapat pekena menu yang diidamkan.. 🙂
Rezeki jangan ditolak…huhuhu
perghh meleleh tengok kambing golek tu…
wah,sedapnye nampak kambing golek tu..terliur dibuatnye..hehe
Ohhh bila masuk bab makan..memang laju yer..hahahaha…
kambing golekpasti menjadi buruan rmai.haritu saya pegi aqiqah ,kambing nya habis cepat betul..huhu
assalamualaikum, lama tak dtg jenguk AJu…semoga sihat selalu hendaknya.
wah sedapnya kambing golek tuuuuuu…
best kalau dapat join aktiviti macam ni
KAmbing tu…tempting ☺