Resepi sambal goreng jawa
Siapa orang jowo sila angkat tangan? Emm samalah kita, arwah ayah saya ni orang jawa, tengoklah nama aii kan ajumohit, so nama arwah tu nampak sangat kejawaannya kan. Dan ditakdirkan pula bertemu jodoh dengan orang jawa juga, jadi kegemaran kami ni lebih kurang sama aja.
Hmm padahal kami ni jenis bedal je semua makanan, jadinya tak susah pun nak memenuhi permintaan suami nak masak itu dan ini. Saya masak apa semua dia makan je, best-best!! Ok resepi kali ini tersangatlah mudah, kalau rasa tak tahu nak masak apa, boleh korang mencuba resepi ini ya.
Bahan-bahannya
- 3 keping fucuk ( direndam terlebih dahulu setelah dipotong kecil-kecil )
- 2 keping tempe bersaiz sederhana * (digoreng)
- 3 biji kentang * (digoreng)
- sedikit suhun * ( direndam )
- Santan pekat
- 3-4 sudu kicap ( atau ikut suka )
- Garam dan perasa
- 1 Sedikit air
Bahan Kisar
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas

Cara-cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya. Kemudian masukkan sedikit air. Owh ya sebelum terlupa, kentang dan tempe tu korang goreng terlebih dahulu ya, tapi jangan garing, goreng manja-manja sahaja,
2. Tambahkan sedikit kicap untuk warna dan rasa manis sedikit, masukkan santan dan goreng lagi sehingga menggelegak.
3. Tambahkan bahan yang bertanda * dan juga fucuk. Goreng sehingga semua sebati dan agak kering. Tambahkan garam jika perlu.
4. Dah siappppp!!!!!!
Konsep saya ni saya lebur je apa yang ada di dapurku itu. Kalau korang nak tambah tahu, udang kering pun boleh apa salahnya. Tahu pun kene goreng manja jugak.
Lagi bertambah kengkawan makanan ni dan lagi meriah nak menikmatinya. Saya ni malas nak keluar rumah dah, jadi masak je apa yang ada. Janji nampak macam sambal goreng jawa dahlah ;).

Hmmm tengok gambar pun dah kecur ailio kan? Saya memang suka memasak masakan simple ni untuk hidangan keluarga tersayang. Paling seronok mendapat pujian dari suami dan anak-anak, hmmm hilang segala penat dan semangat memasak lebih membara dalam diri hehehhe. Oklah selamat berhujung minggu semua dan jangan lupa mencuba resepi sambal goreng jawa!!!
Tak pernah lagi rasa resepi jawa macam ni..boleh forwardkan ke isteri ni..tapi saya tak tahu fucuk tu apa..
buat aku lapo je, aku orang jawa juga rindu dengan sambal jawa..hehe
Suka sangat masakan ni.. Tapi x rajin nak masak… Heeheh… Order boleh?
perut sudah lapar uh..uh..uh…
sambal goreng jawa my faveret!!rasa terinspirasi nak try sendiri.hehe
Rasanya macam pernah makan..tapi lupa pulak betul ke tak makanan ni..hehe..bak sni skit..
wah..sedap ni..kena pulak kalau dapat makan dengan nasi ambeng..terbaik!
Sedapnya. Slalu buat sambal jer. Bley try nih.
Wouw..memang sangat sedap resep nya. boleh lah saya akan mencobanya.