Resepi Tomyam Mudah dan Cepat
Bahan-bahan;
- Ayam yang dipotong kecil
- 1 batang carrot dipotong bulat (nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
- 1 labu bawang besar dimayang kasar
- 2 kiub perencah tomyam Knorr
- 2 helai daun limau purut
- 1 ulas bawang merah dan bawang putih untuk menumis (mayang halus)
- 1 batang serai diketuk kasar
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
Cara-caranya ;
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih, goreng hingga bawang layu;
- Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak;
- Masukkan serai dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak;
- Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kiub tomyam knorr;
- Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) dan bawang besar;
- Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa; dan
- Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.

Tomyam tak pedas
Hai semua!!!
Jom main masak-masak. Kali ini saya memasak tomyam yang sangat mudah dan tidak pedas juga sesuai sangat untuk santapan anak-anak kecil. Senang kan, kita masak semua orang pun boleh makan.
Bukan setakat lauk, masukkan juga sayur-sayuran jadi hidangan tu lengkap dah. Jimat masa dan tenaga bukan? hehehe saya memang suka sangat kerja mudah dan pantas ni.
Bukan apa jemu rasanya apabila duduk lelama kat dapur nun. Jadi untuk mempercepatkan proses memasak tu, inilah penyelesaiannya, segalanya 2 in 1 macam tu. Nampak macam menyelerakan tak?
ehmmm percaya tak kalau saya kata anak-anak memuji-muji masakan ibu diorang ni. Terus hilang penat memasak kan ;). Bukan setakat memuji, dihirupnya kuah tomyam tu hingga licin pinggan mangkuk. Hmmm sedapnya ibu masak, pandailah ibu masak.
Hahahha padahal pertama kali kot masak resepi tomyam mudah ni, senang sangat rupanya ;). Pada saya air tangan ibu tu yang sangat penting kan, tak kiralah masak apa pun kalau ianya dibuat dengan ikhlas, Insha Allah simple mana pun masakan itu ianya akan dikenang sepanjang zaman gittewww, oklah selamat mencuba ;).
Mmmm.. tomyam ! Ringkas dan cepat kan cara membuatnya. Anak anak pun suka tomyam. tapi kuah tomyam tu tetap dorang panggil sup heheh.
Kalau makan memang bertambah tambah.
TQ for sharing the recipe ๐
Ohhh sedapnya…nk kena try suruh isteri masak ni..
He2.. Alhamdulillah hari ni pun ustazah masak tomyam memang anak2 suka. Resepi kita sama la
Orang bujang pun boleh cuba belajar memasak ni ๐
tom yam… suke2…
mudah jugak cara nk buat die
wahh..bak sikit tomyam tu semangkukkk..
Hemmm,,betul sekali,
kadang2 guna kiub tomyam jadik pedas…anak lak tak makan…hukhukhuk
yang jenis macamni sy tak perah try lagi… tapi nampak cam best je ๐