Categories: Resepi

Resepi TomYam Mudah dan Cepat

Resepi Tomyam Mudah dan Cepat

Tomyam simple

Bahan-bahan;

  • Ayam yang dipotong kecil
  • 1 batang carrot dipotong bulat (nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
  • 1 labu bawang besar dimayang kasar
  • 2 kiub perencah tomyam Knorr
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ulas bawang merah dan bawang putih untuk menumis (mayang halus)
  • 1 batang serai diketuk kasar
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih, goreng hingga bawang layu;
  2. Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak;
  3. Masukkan serai dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak;
  4. Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kiub tomyam knorr;
  5. Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) dan bawang besar;
  6. Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa; dan
  7. Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.

 

Tomyam tak pedas

Hai semua!!!

Jom main masak-masak. Kali ini saya memasak tomyam yang sangat mudah dan tidak pedas juga sesuai sangat untuk santapan anak-anak kecil. Senang kan, kita masak semua orang pun boleh makan.

Bukan setakat lauk, masukkan juga sayur-sayuran jadi hidangan tu lengkap dah. Jimat masa dan tenaga bukan? hehehe saya memang suka sangat kerja mudah dan pantas ni.

Bukan apa jemu rasanya apabila duduk lelama kat dapur nun. Jadi untuk mempercepatkan proses memasak tu, inilah penyelesaiannya, segalanya 2 in 1 macam tu. Nampak macam menyelerakan tak?

ehmmm percaya tak kalau saya kata anak-anak memuji-muji masakan ibu diorang ni. Terus hilang penat memasak kan ;). Bukan setakat memuji, dihirupnya kuah tomyam tu hingga licin pinggan mangkuk. Hmmm sedapnya ibu masak, pandailah ibu masak.

Hahahha padahal pertama kali kot masak resepi tomyam mudah ni, senang sangat rupanya ;). Pada saya air tangan ibu tu yang sangat penting kan, tak kiralah masak apa pun kalau ianya dibuat dengan ikhlas, Insha Allah simple mana pun masakan itu ianya akan dikenang sepanjang zaman gittewww, oklah selamat mencuba ;).

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View Comments

Recent Posts

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…

January 5, 2021

PG Mall Countdown Sales serendah RM1 dan penghantaran PERCUMA!

PG Mall Countdown Sales.  Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…

December 30, 2020

Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…

December 27, 2020

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…

December 18, 2020

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Jom pakat download

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…

December 10, 2020

Rak periuk bawah sinki, versi jimat tapi kemas

Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…

December 8, 2020