Reunion Riverside Janda Baik, Pahang. Happening!! | Uishhh lamanya tak update blog kan kakaka. Setiap hari ada aktiviti ko, fuhhh best ;). Ini cerita Isnin minggu lepas masa cuti Merdeka tu. Kalau kata nak mandi sungai bebudak ni memang seronok sangat, semua budak pun macam tu kan? Apatah lagi mak bapak bebudak :).
kalau inform seminggu awal, haruslah hari-hari diorang tanya, bila kita nak pergi mandi bu? Kita mandi sungai yeh? Macam itulah bebudak kan, jadi kesimpulannya kalau nak pergi mana-mana jangan inform bebudak awal-awal ya hahaha.
Ini reunion suami dan ex class mate beliau, hehehe saya dan suami satu sekolah ya, tapi dia senioorrr saya. Jadi kawan-kawan dia kira macam saya kenallah kan. Ada juga yang saya tak berapa cam, heheh segan ko cinta monyet membawa ke gerbang perkahwinan.
Ada juga couple kat atas tu bercinta dari sekolah, Alhamdulillah beranak pinak dikurniakan anak-anak comel gitteww. So ada lebih kurang 18 orang/ keluarga yang confirm nak join renion ni. Sebab tahu bukan mudah nak kumpulkan reramai tu kan, so yg mana ada tu on ajelah. Seronok!! Mengimbau kenangan lama kata ko!!
Bukan mengimbau kenangan cinta lama kan bang, actually ex GF dia tiada di sini ya, kalau ada saya tolak suami masuk sungai hahah hazabedah apa kes nak mengimbau2 kan?, semua pun dah berkeluarga. Sebelum tu kami semua berkumpul di tol Gombak jam 8:30 pagi dan setelah semua ready terus bertolak ke Riverside, Janda Baik.
Diorang ni ada buat collection juga dalam seorang RM100. Dapat Tshirt, dapat BBQ, sewa tempat dan lain-lain. Tapi macam makanan kat bawah khemah tu kitaorang buat secara potluck.
Memasing diorang ni masak tau, nasi, sambal sotong, tomyam campur, nugget, kek coklat, ikan masak asam seronoknya kan rajin diorang. Kami sekeluarga bawa buah duku langsat, nasi lemak bungkus dan pinggan, mangkuk polestrene je.
Ha ni aktiviti best, BBQ ayam dan kambing yang dah marinate. Bab kambing tu yang best tu. Lepas bakar makan, lepas bakar makan, hmmm seronok lelemak berkumpulan diternak. Takpelah sesekala kan, bila lagi nak makan cenggini, nak bakar sengsorang tak seronok pula.
Bila ramai-ramai macam ni baru best. Sambil bercerita itu dan ini. Bila tengok semula, gambar tuan belog takde pulak haaaa sedey!!! Takpelah tak penting, yang penting keseronokan berganda diorang ni. Ada yang macam pak lawak tulah yang menghidupan suasana kekekek.
Bebudak ni kalau dah dapat mandi memang tak hengat nak makan. Saya dan suami bawak makanan dalam pinggan dan terus ke tepi sungai tu. Menjerit-jerit memanggil diorang suruh makan, dah gaya macam bawang merah nak bagi maknya makan si ikan kaloi hahahaha.
Jari kecut pun diorang tak peduli. Dari pagi sampai matahari kat kepala pun rancak lagi mandinya. Dah tengahari lagilah best diorang berendam kan.
Selain mandi dan aktiviti makan BBQ, chatting, ada juga aktiviti sukaneka untuk bebudak ni. Bebudak je tau, mak dan bapak budak hanya jadi tukang sorak jela. Aktivitinya ialah mengira berapa jumlah buah duku langsat, kuih tart nenas dan kerang bakar yang telah diletakkan dalam bekas masing-masing.
Ha ada 3 kategori benda yang nak diteka tu. Semua anak-anak pun terlinat sama. So setiap orang boleh teka 3 kategori serentak. So peluang nak menang tu cerah sikitlah kekekeke. Bila bagi jawapan, yang saya nampak mak pak diorang yang terlebih sudah, termasuklah saya dan suami.
Hehehe tak dapat nak join, jadi bagi jawapan kat anak je. Saya dari jauh duk membilang juga semua benda tu, sampai berpinau mata hehehe. Sangkut nama si Adam kira oklah kan 😉
Dan tepat jam 2:30 petang masing masing bersiap untuk pulang ke rumah. Biasanya part paling susah adalah memanggil anak-anak yang sedang mandi tu untuk naik dan bersiap pulang. Jenuh jugalah duk memujuk diorang ni. apa taknya bukan selalu dapat mandi cenggini dan dapat pula kawan baru, kesian diorang.
Dan selepas pujukan demi pujukan barulah masing-masing bersiap tukar baju bagai. Seronok bang, lenkali bolehla join lagi reunion cenggini, Best!!!! Dan bebudak ni masuk je dalam kereta terus kebabommmm ketiduran kepenatan hehehe. Sian anak-anak ibu, at least kita ada aktiviti menyeronokkan kan sayang…
Nasib baik camera woman tak masuk sekali acara renang, kalau tak, tak bolehlah kitaorang kat sini menghadap gambar2 best ni ..heeee
Memang best kalau join aktiviti macam ni. Confirm meriah. Part makan yang paling bestkan kak? Haha
Best aktiviti reunion macam ni..mengimbau kenangan zaman sekolah..nampak semua enjoy..
Wahhh seronoknya..bila lah agaknya nak bawak anak mandi sungai ni..gembira sakan anak2 kan?
budak-budakla paling meriah kot. hehehe
berkumpul dengan kawan lama sangat seronok…mesti banyak yang nak dikongsikan…anak-anak apatah lagi dapat kenalan baru…dapat pula berendam lama.
bestnye dapat berkumpul balik dengan kawan2 sekolah dulu..mesti banyak cerita2 lama yang keluar semula..:)
Janda baik memang sesuai nak buat reunion..
Bestnya. Meriah.
Betul-betul pengalaman yang sangat berkesan untuk anak-anak.