Alhamdulillah pertama kalinya saya berurusan dengan pelanggan dari luar negara. Mana lagi kalau bukan urusniaga dari ButikAlianajiha. Boleh intai-intai facebook dan instagram kami ya hahaha. Pelanggan tu nak order dress Adalia dan kalau kira-kira caj penghantarannya adalah RM43.20 dan mengambil masa 2 hari. Saya adalah agent dropship, hanya dapatkan pesanan dari pelanggan dan pembungkusan dan penghantaran diuruskan oleh HQ. Ada juga dress yang ada di dalam simpanan saya tapi kuantitinya terhad untuk beberapa size sahaja.
Ini pertama kali nak buat transaksi dengan perkhidmatan Western Union (WU). Antara maklumat yang diperlukan adalah nama dan alamat kita. Jadi pihak pengirim akan memberikan butiran tersebut di kaunter agent WU semasa mereka ingin mengirimkan wang kepada saya. Korang tak payah pening nak convert duit RM ke matawang asing. Kita dah tetapkan harga jualan termasuk kos penghantaran dalam Ringgit Malaysia dan tahulah diorang kat sana nak convert nanti.
Setelah urusan kiriman wang selesai, pengirim akan memaklumkan kita butiran dan slip transaksi tersebut. Senang kan urusan sekarang semuanya di hujung jari. Jadi tugasan kita sebagai penerima ni pula, pergilah cari kaunter agen WU tu. Ok saya yang pertama kali ni nervous jugalah, mana tahu susah ke urusan nak ambil duit tu kan. Ok setelah membuat beberapa kajian dan tempat di mana boleh berurusan, saya pun meneruskan usaha tersebut. jom ikuti peristiwa menarik sepanjang usaha di kaunter ;). Antara kaunter yang saya kunjungi adalah :-
1) Pejabat Pos
Saya pergi ke kaunter dan bertanya, encik kat sini boleh buat urusan WU? Boleh puan tapi line WU off arini. Ha? jadi mana lagi tempat untuk servis ni ya? Ok puan boleh ke Public Bank sebelah ni. Ok terima kasih
2) Public Bank
Saya ke kaunter pertanyaan juga, tak terus ambil no giliran ya. Cik kat sini boleh buat urusan WU? Owh syarat kami puan perlu ada akaun dengan kami. Ha? Jadi macamana ya? Itulah puan ini syarat baru kami. Cuba puan pergi ke Hong Leong Bank depan sana.
3) Hong Leong Bank
Start enjin kereta, terus saya ke HLB yang terletak di seberang jalan sana. Terus saya ke customer service. Cik nak tanya, kat sini boleh buat urusan WU? Boleh, awak pergi ke kaunter depan tu, tanya diorang line WU ok tak? Hemoi-hemoi customer service tu punya meja memang betul-betul berhadapan dengan kaunter tu je. Logik tak? nak juga pelanggan ni yang buat semua tu, owh sangat mesra alam okey!!! Ya Allah kuatkanlah dan tingkatkanlah kesabaranku terhadap kaum-kaum ni. Saya pun tanya cik puan kat kaunter HLB. Kat sini line WU ok ke? Owh maaf ye, untuk urusan WU terhad sampai pukul 3 petang ya. Dan waktu tu jam menunjukkan 3.10 petang. Mulut saya terngangaaaaa. Tapi!!!! Nasib baik dia kata u boleh pergi ke pejabat WU kat Sentul tu, kat situ u boleh berurusan lebih lanjut. Owh ok.
4) Western Union, Sentul
Saya call je WU Sentul, dan nombor diorang saya google je, karang pergi sana kene tendang pula ke tempat lain kan. Syukurlah diorang kata puan boleh ke BSN berdekatan rumah puan. Dan terus dia bagi saya nombor telefon BSN. Dan terus saya call diorang dan syukurlah diorang masih lagi ada menerima urusan tersebut sehingga waktu akhir operasi bank.
5) BSN
Alhamdulillah urusan untuk saya menerima wang dipermudahkan. Korang pergi ke kaunter, isi borang dan masukkan nama/ alamat penerima dan pengirim serta no di atas tu ya. Alhamdulillah urusan selesai dalam masa 15 minit, mission completed.
Selain bank-bank, kaunter money changer juga adalah agent WU, kalau nampak signboard kecil WU di kaunter mereka tu, bolehlah terjah ok. Syukur jugalah sebab waktu ni saya bercuti 2 minggu lepas kerana pengasuh ada hal peribadinya. Peneman setia saya waktu ni adalah si Adam kerana kakak-kakaknya semua ke sekolah. Adam nampaknya penat sangat ke hulu ke hilir dengan ibunya menguruskan hal WU ni. Dan terus saya belanja dia aiskrim tanda menghargai perangai baiknya yang sangat behave, sayang ibu faham business online ibu kan, doakan ibu agar buat bisness ni fulltime, bolehla ibu temankan Adam sentiasa, bucuk machham ini.
Boleh belajar sgn aju lepas ni.
Rumit jugak erk.
Kenapa tak guna paypal je untuk urusan.
Lagi mudah sikit kan?
Wah….tahniah aju..moga makin kencang rezekijye
Leceh juga buat urusan macam tu kena pergi bank sana sini kalau pakai paypal lagi mudah rasanya
Wahhh..pengalaman berharga belaka ni…ha ah..kan betul apa yang encik titan katakan tu..haha
hi ajue…lelama datang jenguk sekali….
lizz sampai skang tak keluarkan lagi dari western union huhu…selalu lizz berurusan di pejabat pos dekat ngan opis…
wahhh..penatnya baca.. orang yang mengurus mesti lagi penat kan..setakat ni tak ada lagi pengalaman macm tu
Myra pun dah 2x berurusan dengan WU..
Myra p Bank Rakyat tak kena caj.. ๐
Boleh ambil onthesport ke slepas pihak luar negara settle transaction?
Lumayan merepotkan, tapi menjadi pengalaman yang sangat berharga.
Saya nak Tanya… berapa lama atau berapa hari tempoh untuk kita boleh ambil di Wu slepas pihak luar negara settled urusan? Atau kita boleh ambil onthesport mcm transfer ACC tu? Hari cuti?