Waahh saya yakin ramai yang sambung cuti hari ini kan? Wahh bestnya korang yang bercuti tu dapat meluruskan kaki dan badan sambil menonton TV. Saya kalau cuti, mesti mula memasak seawal jam 8 pagi, lepas tu bolehlah breakfast, lunch dan dinner lauk yang sama. Senang masak awal-awal sebab lepas tu boleh melayan anak-anak menonton kartun sama-sama hahaha. Eiii wajib jeles tau uols!! Saya tak cuti hari ni sebab minggu lepas dah bercuti 2 hari kerana pengasuh saya outstation. Wah pengasuh pun dah tau outstation tau. Tapi disebabkan mak (panggilan anak-anak saya kepada pengasuh) jarang bercuti, jadi saya pun ok aje ambil cuti. Lagipun baki cuti banyak lagi, 11 hari macam tu. Alhamdulillah dapat pengasuh yang memahami, i looiiikkeee, Nora bagi 10 bintang!!!!
Hmmm cuti sekolah seminggu sudahpun bermula kan. Seronoknya bebudak, lagi seronok jalan juga sangatlah lengang, eh ada jugalah kereta tapi dapat tiba awal di pejabat dan boleh update belog, itu penting kekekekek. Bila sampai awal, macam-macam boleh buat, update belog, kemaskini profile Nuffnang, shopping online. Hmmm bab shopping online tu bahaya sebab minggu lepas dah beli 2 helai blouse dan skirt PopLook, aiiyooooo saya suka, saya suka!!!
Ok apa motif tajuk hari ini? Motifnya memujuk diri sendiri. Bukan apa jeles ramai opismate yang takde hari ini. Jadi cara saya memujuk diri sendiri adalah dengan memilih warna pakaian yang dapat menceriakan diri sendiri. Hahahha kesian kan takde orang nak pujuk, jadi pujuklah diri sendiri. Kalau nak lebih best, order bunga kat online shop, lepas tu hantar kat office untuk diri sendiri. Bila dapat tu buat-buatlah terkejut beruk, pasti rakan sekerja lain cemburu melihatnya hahahaha, bongok tak idea aiiii!!!
Kat ofis diorang kenal saya yang berani memakai warna-warna block ni, kan sekarang trend color blocking. Kalau dulu, baju pink, tudung harus pink. Tapi sekarang korang tidak akan menghadapi masalah nak match baju dengan tudung color apa. Ambil je baju hijau, tudung kuning, tudung pink, tudung merah, semua boleh match. Wahhh hebat kan, sekarang tak pening lagi kan?? Korang yang pakai mungkin tak pening tapi yang akan pening adalah orang yang melihat kita tu hahahahha. Biarlah diorang pening janji kita happy kekekeke.
So hari ini saya memilih tudung warna tiffany, blouse poplook warna purple dan sandal warna pink lembut. Wahh gitu, malu juga berjalan dari tempat parking ke ofis tadi hehehhe tapi saya tak kisah janji saya seronok. Dan barulah semangat nak buat kerja kan, gituuuu. Dan korang dah pun dapat tips untuk menceriakan diri sendiri kan, so lepas tu color blocking ok hehehehhe. Oklah selamat bercuti kepada yang cuti dan selamat bekerja kepada yang bekerja, bye bye!!!
Selamat bekerja Aju..
Akak seronok bercuti..hehehe..
Wahhhh…comel kombinasi warna tu..akak sukeeeee…
Ooo…itu rupanya maksud color blocking..baru la tahu..
Yang pasal idea beli bunga dan hantar pada diri sendiri tu, ok jugak rasanya..idea yang sungguh bernas.. ๐
Tak cuti pon. Keja gak nih.
Cantik kasut.
Selamat bertugas Aju …ada gaya jadi model pulak lepas ni..heee ๐
Emmm cuti sekolah..mesti best ha..leh jalan2 sama ank dan isteri…tak apa..kerja itu satu ibadah..haha
Takde niat nak bercolour block pun..selalunya sebab malas iron tudung…so berbolokla warna pakaiannya..
suka jubah terang itu tak tentu tpai bila cek dalam gobok baju smeua warna paste uh jemu gak
Warna kudungnya bgaus sekali,,