Inilah bilik penginapan kami di Gold Coast Morib ni, masuk bilik je tak sempat nak ambil gambar bagai, dah kene serbu dek anak-anak. hahaha mak pak pun serbu juga tapi lebih kepada jakuzi dalam bilik air tu. Masing-masing kepenatan, bebudak tu awal-awal dah berendam dan berkuak lentang dalam jakuzi. Oklah, sementara diorang berendam saya siapkan pakaian untuk dinner malam nanti. Temanya color blocking, wahh blocking sangat, sorilah tak ambil gambar penuh sebab tak sempat hahahaha. Saya pakai simple je, jeans dengan kemeja oren, tudung warna merah, blocking ##sangat!!!
Hmmm korang tengok ya, katil single comel tu digabungkan untuk 5 orang tidur. Malam tu semua tidur tegak je takde nak kalih kiri kanan. Hehehehe semua kene tidur dan stay dengan posisi masing-masing sehingga pagi. Dan paling kesian Najwa jatuh katil, hehehe sempat lagi kata aduh sakit bu, sakit, saya kata bangunlah, bangunlah cepat. Hahahah bukan nak menolong tapi kene marah lagi ada hehehe kesian Najwa.
Ini adalah kengkawan saya yang sangat satu kepala. Baik perempuan mahupun lelaki, semuanya satu arah. hehehe barulah semangat nak bekerja. Betul tak? Korang kalau dapat geng satu kepala dan satu jiwa best kan? Kalau kita ada masalah mahupun perkara berbangkit, dengan dioranglah kita bercerita, nak pula diorang ni jenis meracun dan suka tuang minyak dalam api, wahhh lagi best kot cerita tu yang memulanya suam-suam je kan hahahha. Inilah kitaorang, dah 6/7 tahun bersama, memasing ada cara memasing, namun semangat setiakawan adalah terbaik!!! Malam tu kitorang dah pakat, siapa turun awal, sila book 3 meja, hehehe turun je dah ada meja kosong menanti, bagus-bagus!!
Makanan malam tu adalah biasa-biasa sahaja walaupun menunya adalah bombastik. Siap kawan saya jumpa telur lalat lagik dalam makanan tu, weii dah berapa lama dah terdedah, dan dah berapa lama pulak telur lalat tu kat situ. Nasib baik boleh tukar lauk, itu yang kita nampak, yang tak nampak?? Sudah selamat dalam perut. Walaupun rasa kurang, namun hidangan tetap licin hahahaha. Yelah bebudak ni suka makan berhidang macam ni, ambil habis, ambil habis, nak pula si Adam, memang kuat makan, bagus-bagus cepat besar ye.
Malam tu ada cabutan bertuah, saya ni tak pernahnya bertuah setelah 6 tahun bekerja di sini. Kebetulan pula selepas makan tu, Najiha merengek nak tidur dan nak naik bilik. So suami pun naik ke bilik dengan Najiha dan Adam, dan tinggallah Najwa menemankan saya sehingga akhir majlis. Suami pesan sebelum naik tu, semoga bertuah ya ju, Insha Allah bang. Ya Allah tak sangka selepas 20 minit suami naik kebilik, nama saya diumumkan. Alhamdulillah rezeki dalam cabutan bertuah, inilah pertama kali nama saya sangat bertuah. Muahahah masa ambil hadiah tu rasa nak bagi ucapan kat mikrofon tu sebab excited punya pasal. Syukurlah saya tidak bertindak di luar kawalan depan tetamu VIP tu semua muahahahaha.
Balik ke bilik yang saya tengok abahnya yang tidur dan bukannya anak-anak. Heii apada??? Suami kata lepas sampai je bilik, Najiha dan Adam merengek nak turun pulak, haishhh!! Sudahnya abahnya yang tidur kekeke, Najiha dan Adam layan TV..Menjeritlah Najwa dari luar bilik, abah tengok ni ibu dapat pemanggang Ajaib!! Tengok ni bah!!! Suami pun kata Alhamdulillah, tahniah rezeki kan. Memang saya dah lama mengidam nakkan pemanggang ajaib ni, syukur YA Allah, tengok betapa kuat kuasa doa kan, kita hari-hari sebut nak pemanggang ajaib, Allah terus makbulkan, Alhamdulillah ;).
rajin ar masak pasni eh heeeee
Alhamdulillah…rezeki โบ
Okla tu kak, berbaloi tidur malam tegak je sebab dapat cabutan bertuah.. terubat la skit kan ๐
Tahniah Aju… bolehlah masak macam-macam lepas ni ye…
Memang akan ajaib la menu2 masakan Aju lepas ni..hehe
bestnye..tahniah ye..tak sia-sia tunggu sampai akhir majlis..hehe
Bestnye dpt cabutan bertuah…Tahniah AJu.. ^_^
akhirnya..bertuah jugak.
hehe..
tak pernah lagi ke sini..
Wah best dalam dapat menginap di hotel sana. Tahniah pada malam tu bertuah. hehe, semangatla nak masak la lepas ni. hehe
Lamanya ambil masa menunggu pemanggang ye Aju .. ๐
selepas tunggu 6 tahun yer aju….Alhamdulillah, tahniah akhirnya bertuah juga.
wah, bestnya.hehe. memang bertuah
Haha..mujurlah take rebut microfon tu..haha..tahniah aju..
Tahniah!!!… beshnyer dapat Periuk Ajaib.. Pas nih leh aaa masak sesedappp…
http://supernifzvitamin.com/sebab-terjadinya-bengkak-susu/
Alhamdulillah dan tahniah kerana diberikan rezeki dan masa yang lapang hadiri makan malam sebegini.
Bestnya pemanggang ajaib tu.. Nnt nk msk pe2 pun semua dh jd mudah.. Best!!
sangat meriah..memang best tu