Cerita Nasi Lemak

Semalam sedikit sayu.

Okay, cerita awalnya macam ni.

Anak-anak saya Najwa dan Najiha, teringin nak bawa bekal nasi lemak ke sekolah agama. Biasanya di sekolah agama hanya menjual makanan yang ringan-ringan untuk pelajarnya. Contohnya sandwich, biskut, mihun (itupun kadang-kadang). Kadangkala saya bekalkan mereka coco crunch, roti mentega, roti kaya je. Dan semalam diorang minta abahnya belikan bekal nasi lemak yang dibeli di stall tepi jalan yang terletak 1km dari rumah kami. Saya nak masak? Hahaha memang tidaklah, rasa tak sempat aje pagi-pagi tu, kalau dulu boleh aje goreng mee/ mihun, tapi sekarang memanjang tak menyempat je, hmmm alasan…

So kalau nak beli nasi lemak, syaratnya semua kene bersiap awal. Suami akan bawa diorang menaiki motor untuk ke gerai nasi lemak tersebut. Oklah, diorang keluar jam 6.45 pagi, sebab kebiasaannya kami keluar rumah dan hantar anak-anak ke rumah pengasuh jam 7.00-7.05 pagi. Beberapa minit kemudian, mereka pulang dengan membawa 3 bungkus nasi lemak, untuk Najwa, Najiha dan Adam serta 3 keping kuih untuk saya. Bagusnya ingat korang kat ibu, biarpun ibu tak pesan kuih tadi.

Tokchik1084
Sumber dari google

So jam 7.05 minit macam tu, bertebaranlah kami semua, hantar anak-anak ke rumah pengasuh, suami ke pejabatnya dan saya mengikut haluan rutin saya ke pejabat. Rumah pengasuh dan rumah saya berdekatan dengan sekolah agama. Hmm jalan agak tidak sesak, bagus, sampai awal ke pejabat dan sempat publish entri tentang komisen semalam hehehe. Sampai ofis jam, 8.00 so sempatlah nak edit entri blog. Sempat tarik nafas panjang sebelum memulakan tugasan. Tup tup sedar-sedar jam dah menunjukkan jam 5:30 petang dan waktu untuk pulang ke rumah. hahahah punyalah laju ceritanya. Dalam perjalanan pulang, saya akan pesan melalui sms makan malam di restoran yang saya dah biasa beli tu. Sampai kedai terus bayar dan ambil makanan.

BACA  Ihtifal Tadika Little Caliphs Seri Gombak 2013

Sesampainya di rumah jam 6.15 petang, saya lihat ada batang penyapu di lantai porch rumah saya. Hati saya terfikir, dari mana datangnya batang penyapu ni? Lama saya tenung kiri kanan. Takpelah mungkin terjatuh dari rumah jiran ke? Oklah, dan sewaktu nak buka grill pintu rumah, saya lihat sliding door tu dah terbuka separuh. Ya Allah jantung berdegup kencang, saya lihat kunci motor suami di dinding. Ada, apa yang hilang? Ya Allah!!! Lama saya berdiri dan fikir apa yang pencuri tu ambil? sambil mata saya meilhat batang penyapu kat luar rumah.

Dan tiba-tiba, mata saya terpandang dua bungkus nasi lemak dalam plastik yang duduk baik punya landing kat atas sofa. Dalam hati terus sedih dan air mata saya bergenang. Ya Allah anak-anak punya nasi lemak. Ya allah kesiannya diorang nasi lemak tertinggal atas sofa, dan diorang cari batang penyapu untuk kait dan dapatkan bungkusan nasi lemak dalam plastik TAPI tak berjaya….Ya Allah sayunya hati, terus saya terduduk dan menangis. Kesiannya anak-anak….Diorang panjat pagar ke? hati saya terdetik, YA Allah macamana kalau jatuh tadi?

Saya tunggu anak-anak jam 7.00 malam dari sekolah kebangsaan. Diorang turun dari bas, terus saya dapatkan diorang dan tanya. Nasi lemak tertinggal? Najwa kata a’ah, nasi lemak Najwa dan Adam tinggal, Najiha punya je ada sebab Najiha awal-awal dah letak dalam beg sekolah agamanya. Ya allah, Najwa panjat pagar? Aah Najwa panjat, perlahan-lahan dan lompat ke bawah, sakit kaki Najwa. Ya Allah, kalau terseliuh macamana?

Tak dapat saya bayangkan waktu tu, mesti bersungguh-sungguh panjat pagar, lompat dan hati dah seronok sikit, dapat batang penyapu dan kait plastik tu tapi tak berjaya, terus kecewa dan pulang ke rumah pengasuh semula. Waktu tu saya peluk dan cium diorang. Sedihnya, Allah saja yang tahu. Saya memang sensitif, benda kecil pun cepat benar sayu dan sedihnya.

BACA  Persembahan akhir tahun Little Caliph, good job Adam!
IMG_8485.JPG
Ibu sayang korang šŸ™‚

DanĀ pagi iniĀ sebagai nak mengambil hati anak, saya bersiap awal, 6.45 pagi keluar rumah untuk dapatkan nasi lemak untuk anak-anak. Puas hati saya sebab saya yang belikan , saya letak dalam plastik, dan letakkan dalam beg masing-masing. Semoga terubat sedikit rasa sayu saya dan anak-anak. Alhamdulillah, semoga anak-anak selamat perjalanannya pergi dan pulang dari sekolah. Semoga Allah sentiasa bersama kita. Nukilan ini khas untuk tatapan anak-anak bila mereka besar nanti. Ibu sayang korang.

11 thoughts on “Cerita Nasi Lemak”

  1. fav anak kita sama ajue nasi lemak…tapi sedih lak tertinggal nasi lemak tu..kalo saya menitis air mata gak..kesian sangat…tapi sib baik ibu belikan jugak kan…kasih ibu bukan cencalang..untuk anaknya kan…

  2. Saya ni kira jenis bapa yang sensitif jugak la bila baca cerita ni..betul2 menghayati..harap2 kejadian macam ni tak berulang lagi..mujur tak jadi apa2..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: