Yeay seronoknya dapat sama-sama bercuti dengan keluarga di Hari Keluarga @ Gold Coast Morib. Company siapa lagi kalau bukan company saya bekerja ni, nak harap company husband tu apa pun tak boleh!!! ;), kudukuuttt!!! Biar bos dia baca, saya suka, hahahha macamlah bos dia hadap sangat nak baca blog picisan ni, sebab tu berani cakap kekekekek. Paling seronok bebudak ni sebab dah lama teringin nak mandi kolam katanya. Oklah jom layan gambar-gambar ni ya. Ini adalah hari pertama iaitu aktiviti sukaneka tepi pantai. Aktiviti kami petang sabtu tu bermula jam 3 petang iaitu sesi mendaftar diri dan minum petang. Acara ini dirasmikan oleh CEO kami iaitu Datuk Dzulkifli, tahniah datuk atas kurniaan gelaran Datuk ni, moga murah rezeki sokmo, saya sokong datuk ;).
Anak-anak saya memang semangat nak join game tu semua. Oklah lega sebab sifat malu tu tak menonjol sangat, ibu dia? Hahahaha segan nak joinlah, tengok kengkawan lain main dahla. Mula-mula tu game untuk umur 6 tahun ke bawah, rebut hadiah yang ditaburkan di satu tempat, dan siapa cepat dia mendapat ;). Dan Adam dapat pistol air, hehhe hadiah tu dah ada berdekatan kaki Adam, apa lagi rebut dengan rakusnya hahaha. Then game untuk kakak, beratur ikut kumpulan, then mata diorang ditutup. Setiap kumpulan berbeza bunyi, dan apabila ketua keluarkan bunyi, semua ahli yang matanya ditutup perlu mengikut bunyi yang ketua mereka laungkan heheh, comel sangat ;). Syukurlah semua yang sertai permainan ni dapat hadiah, takdelah rebut-rebut cenggitu kan ;).
Selepas main game bagai, barulah boleh check in hotel, kasihan juga tengok rakan sekerja yang datang dengan baby kecil, ada yang dah mengamuk nak tidur dan minum susu semua, patutnya bagi je pelepasan untuk mereka ni check in dulu. Hmmm kita no komen, tapi kalau kita ada anak kecik pasti pun mengamuk sakan kat kaunter tu tau ;). Hopefully tahun akan datang lebih baik lagi pengurusannya ya kengkawan.
Kita selfie sikit jom anak-anak, riang sangat semuanya. Biasanya abah kan kerja Hari Sabtu, rasa lain macam pulak kan bila abah ada ni. Tq suami sebab dapat spent masa bersama, kebiasaannya suami memang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Kalau weekdays tu jam 9/10 malam baru sampai di rumah. Saya faham kesibukannya selama 10 tahun sudah bersama ni. Jadi dengan waktu yang ada ni, kita gunakan sebaiknya. Waktu nilah dapat manja-manja dengan anak dan isteri, kadang-kadang tak bercakap sangat di rumah. Kalau ada benda nak bincang pun tru phone je hehehe macam zaman bercinta ko!!
Gambar last ni adalah sesi bergambar selepas acara penyampaian hadiah untuk kanak-kanak riang ni. Hahaha tengok gambar atas ni, suami saya riang nak bergambar dengan TanSri, tapi TanSri sibuk nak minum air, dapat gambar sipi-sipi pun jadiklah kan. Kita tak suka sangat hal-hal politik duaniawi ni, ehh??? Hahahah takpe kat sini nak happy-happy je, bab lain tolak tepi, nak buang segala stress yang ada dalam diri. Banyak je bunyinya stress tu kan, macam tulah kerja kalau tak stress bukan kerja namanya. Oklah besok sambung entri makan malam dan mandi kolam pulak ok..
wah bestnye..Happening! ^^
Aku pergi minggu lepas.. lom sempat nak upkan entri
Bestkan kalau dapat bos yang tak kudukut..
Time ni lah dapat kenal anak-anak sahabat dan santai
Best la Adam dapat pistol air..boleh l main tembak2 dalam rumah nanti…hehe
memang seronok bila ada family day camni…anak-anak teruja..ibu bapa pun teruja sama.
amboi comelnya anak sis aju senyum mum boleh tahan gak tu heeee
nak pistol air boleh ?
Bestnya. Kat sini dah lama tak buat family day.
Haha..sekali bos suami tu baca..lepas ni tiap2 bulan encik bos tmpt suami tu buat hari keluarga..