Menginap di Hotel Promenade, Sabah | Ehem-ehem, baru berkesempatan nak bercerita tentang penerbangan ke Sabah aritu. Wahh masa sangat mencemburui sehinggakan cerita dah basi baru nak publish kan ;). Kali terakhir naik flight adalah waktu pergi Langkawai sekeluarga tahun lepas. Saya memang fobia sikit bab-bab ketinggian ni.
Wah memang mencabar betul naik flight ketika cuaca tak berapa baik ni. Dengan jerebu dan musim hujan, membuatkan perjalanan 2 jam ni terasa terlalu lama dan mendebarkan. Hmmm rasa nak muntah, pening dan tak henti-henti berdoa semoga perjalanan kami semua pergi dan balik.
Alhamdulillah jam 10:25pagi penerbangan selamat mendarat di bumi Sabah. Dan sewaktu tiba di airport, kami dijemput oleh rakan sekerjanya dan terus dibawa di pejabat mereka di bandar Kota Kinabalu, tak jauh pun dalam 15 minit macam tu.
Oit pening lalat tak hilang lagi terus masuk ofis ko bah, ;). Sambil suami meeting, saya tunggu sahaja di luar bilik mesyuarat sambil menguap beratus kali, hoi hoi mengantuk benar mata ni, badan rasa nak landing je.
Takpe sabar ya, inilah pengorbanan ya, saya sebenarnya mencari kerja nak hilangkan kebosanan menunggu tu. Rasa nak kemas meja kat opis diorang tu, buat filing ke hehehe eh over ko. Suami kata pergi ambil penyapu dengan mop tu hahaha, terus rasa penat kekekek.
Selesai meeting jam 6:30 petang, saya yang menunggu ni rasa leganya ;). Kat luar memang dah gelap sangat kan, waktu di Sabah ni cepat 1 jam berbanding Semenanjung, tu yang jam 6:00 petang dah mula gelap cuacanya. Dan, tiba masanya untuk makan ;).
Hmm memang kat Sabah ni terkenal dengan makanan laut kan? Tak sabar rasanya nak rasa masakan yang segar dari laut hmm nyum-nyum. Mmm sup ikan senangin, korang pernah rasa? Oklah layan jugaklah ;).
Tapi badan letih benar, rasanya lepak kat hotel lagi best dari makan. Hahahaha fikiran jangan kelain ha!!! Ok jom layan gambar-gambar di bilik Hotel Promenade, Sabah ni, dan paling best saya dah boleh cakap Sabah, boleh bah kalau kawww!! ๐
Best la dapat jalan2..boleh la up entri satu pasal sup ikan senangin.. ๐
Entah bila laa berpeluang gi Sabah …mesti seronok kan Aju..
Perghhhh..ini bilik VIP yg punya ke?ekslusif semacam aje..hehe