Assalamualaikum

Tingginya diaaaaa
Ok, lamanya entri direhatkan, so hari ini nak bercerita tentang slot Jalan-jalan kami sekeluarga ke Zoo Negara. Ini cerita sebelum puasa ye, hahaha dah basi, takpelah janji ada entri. Ini kali yang ke berapa entahlah, membawa anak-anak berjalan jumpa kengkawan binatang ni.
Dah lama diorang request nak ke Zoo yang dekat aje dengan rumah ni, tapi biasalah apaknya kan busy memanjang. Jadi satu hari tu, suami saya tak naik motor besar dia, jadi diajaknya kami ke Zoo. Saya ni jenis suka plan kalau nak pergi mana-mana tu.
So bila suami ajak ke zoo tanpa perbincangan awal, saya agak terkejut dan ragu-ragu untuk ke sana, hahaha ayat skema kau. Tapi bila anak-anak dah happy, takkan ibunya membantah pula kan. Nasib baik waktu tu jam 9 pagi, masih awal lagi.
Jadi sempatlah nak bersiap sebelum matahari terpacak kat kepala. Bukan apa nak berjalan tengah-tengah panas tu kan, tu yang fikir baik pergi awal pagi, sejuk sikit kan. So bersiaplah kami semuanya. Bila sudah bersarapan ala kadar, makan roti dan air milo je sebab nak cepat kan, bergegas kami beli tiket bagai. Syukurlah orang waktu tu belum ramai lagi.

Jaga-jaga nak terkam tu

Haaa tangkap dia!!!!

Hai rusa!!!

Reaksi bila dah fenattt hehehe

Aummmmmm!!!!!

Pak Belang Aummmm

Pak belang dalam sangkarnya

Gajah buat apa tu?
Beratur pun tak sesak, smooth aje. Yang paling teruja adalah si Adam. Kali terakhir pergi Zoo waktu tu Adam 2 tahun kot. Kali ni dia dah kenal beberapa haiwan kecik besar, boleh terbang dan berenang.
Jadi exited terlebih sudahhh ;). Seronok sangat Adam, berlari laju tegur binatang itu ini, memang happy sangatlah. Selalu tengok kt TV je, bila tengok live dia punya seronok, sampai dikejarnya bangau tu semua. Lagipun bangau tu memang dibiarkan lepas begitu je.

Najwa dan Adam yang dah penat

Kejap je adegan ni hahaha
Itu cerita sejam yang pertama, masuk jam kedua, memasing dah penat dan letih. Minta air dan nak rehat jap. Biasalah layankan aje, kasihan sampai basah ketiak semua haha.
Lepas tu ternampak tram pulak, dah satu hal, memasing minta nak naik tramp. Najiha memang taknak berjalan dah, letih sangatlah tu. Diminta abahnya dukungkan, korang hengat abahnya nak turutkan? Mau patah pinggang laki den tu ha.
Waktu inilah psikologi memainkan peranan yang penting, saya kata takpe, Najiha meh sini, ibu pegangkan tangan. Najiha jalan sambil mata tengok bawah, jangan tengok depan, kalau tengok depan nanti Najiha rasa jauh lagi perjalanannya. Sebelum tu Najiha memang menangis dah, letih sangat ;), nasib baiklah ibunya tak naik hantu.
Boleh lagi bersabar, mau tak sabar? Depan orang ramai kot, takkan nak marah kan hehehe. So lepas tu barulah Najiha dengar cakap saya dan jalan perlahan-lahan sampailah ke kaunter tiket tramp.

Fishhhh
Kemudian masuk dalam kawasan akuarium ikan dan binatang laut. Wahh sejukkkk… Ha kat sini memang tak meragam sebab ada air cond kan. Kat sini lelama pun takpa aihh.
Hmmm baru fokus tengok haiwan tu semua. Siap main nyorok-nyorok lagik. Ikan dari yang kecil sehinggalah yang sebesar-besarnya, yang kecil tu comel aje. Adam nak satu!! Hai ingat boleh main mintak-mintak aje? hahaha.
Hadoiiii seronok memang seronok melayankan bebudak ni. Setelah semua puashati dan penat bertawaf kat Zoo tu, masa untuk balik rumah. Beli makanan kat kedai, makan kat rumah dan selepas tu semuanya elok terbongkang tidur kepenatan. Wahh hebatnya penangan tawaf di Zoo Negara. Apalagi memasing ketiduran kepenatan, macam ini jugalah lebih kurang hehehehe.
V
V
V
V
V
V
V
V
Seronok bawak bebudak jejalan ke Zoo..
Boleh kenali binatang 😀
tak melawat panda ke? kesian panda tu menunggu2x. hehe, kali terakhir tahun lepas pegi itupun join aktiviti volunteer.
Zoo besar penat gak nak tawafkan..hehe..dah lama tak bawa Qis gi zoo..last bawa dia gi zoo masih lagi takut2 tgk binatang..
Itu bukan makan gaji buta tapi Makan Tido, Makan Tido namanya..
Masa anak anak tgh Sebaya macam ni tak pning sangat nak layan….esok esok…najwa dan najiha dah remaja.dah tak sama minat dengan adam…
Ibu pening nak layan…
Bawa pergi sini tak sesuai dgn kakak…Pergi sana tak sesuai dengan adam
bestnya..planning december ni nk gi Zoo Singapore…
huhu..bila lah nk bwk ank kesini nih..macam sedap aje..haha