Hahaha nampaknya entri Hari Keluarga di Gold Coast Morib masih bersambung lagi. Jangan jemu ya, layan aktiviti pagi sebelum anak-anak masuk terjun tiruk di Water Theme Park Gold Coast Morib. Memang anak-anak saya jenis bangun awal, kami bangun solat subuh, diorang pun sama mengikutnya. Jiran kat rumah pun hairan tengok anak-anak kami ni jenis bangun awal, nak kata tidur awal tu tidaklah, 10.30 malam juga lelapnya. Tapi bagus juga bangun awal, macam pagi tu nak mandi kolam, senang je kami nak kejutnya. Bukan apa, biar bersiap awal-awal, senang nak buat semua kerja.
So 7 pagi semua dah siap sedia dengan baju mandi. Sarapan dulu kenyang-kenyang nanti barulah semangat nak berenang kan. Ha kata ko!!! Berenang sangatlah kan hehehe. Kalau bab makan kami semua tiada masalah, tolak batu kayu je, semua boleh diterima perut. Macam-mamcam jugalah saya dan suami makan, anak-anak ni makan sosej dan pau je, mihun tu pun cuit-cuit je, ehhmmm meh sini ibu ko nak ngabiskannya hehehe. Macamana nak kuiruhhhh..
Bos tecit tu paling tak sabar nak mandi, nak ngetest pistol air kemenangan dia tu ahaha. Suruh makan pun kemain susah nak menyuapnya. Duduk kemain posingnya tu. Masing-masing tak sabar nak terjun tiruk kuak lentang, hmmm sabor-sabor ibu dan abah nak makan dulu ni. Nanti bila dah mandi lelama lapar semula kan? Dan ibu abah perlukan tenaga lebih untuk mengejar dan menjaga korang kat pool nanti, hahahha alasan tak boleh blah.
Cantik kan view dia? Korang kalau nak datang bercuti kat sini memang recommend sangat, them park dia takdelah besor mana tapi best!! Semua permainan kat situ saya dah cuba tau hahaha. Lagipun gelongsor aje pun, bukannya mencabar sangatlah kata orang, heheh tapi bab berenang je saya fail. Saya memang tak pandai berenang, tapi Najwa dan Najiha dan boleh apungkan badan diorang, nampaknya bakat abah turun ke korang. Bagus! Bagus! Nampaknya kami antara yang terawal mandi di sini, yang lain masih bersarapan lagi. Waktu tu jam 8;00 pagi, baru bukak je terus kami serbu. Best sebab mandi tak ramai orang lagi, tak beratur lama sangat nak gelongsor air tu, saya pun tak rasa malu sangat hehehe. Siap suami tegur, nampak saya yang lagi excited dari bebudak ni, haishhh janganlah tegur malu tau heheh.
Bebudak ni berapa kali naik turun kat gelongsor tu, tapi memang bestlah. Seronok sangat, korang nanti kalau dapat mandi-mandi macam ni, gedebushhh lah dengan anak-anak, memang release sangat sebab keseronokan berganda. Saya tak pernah rasa seseronok begini, dulu adalah, then bila Adam dah besar, dah pandai bawa diri, barulah dapat nak menikmati saat-saat macam ni. Syukurlah ada Hari Keluarga macam ni, kalau nak pergi sendiri entah bila kan, sebab memasing sibuk aje. Adam dah berdikari sangat tau, kalau biasa saya kene teman dia panjat tangga gelongsor tu, ini tak payah pun, saya dan suami monitor dari bawah aje. Saya memang risau, suka sangat risau, tapi suami jenis cool je, takpelah Adam dah besar, janganlah risau sangat. Hmmm walaupun dah 4 tahun, namun Adam tetap baby dihatiku hahahha poyosss.
Bestnye…ni bukan anak2 jer yang rasa seronok..mak ayah pun rasa seronok jugak dpt mandi manda..hehe..lagi2 bila tengok anak2 happy kan..memang keseronokan bergandalah.. ^_^
Bestnya. Tak pernah sampai sini lagi.
Bukan budak2 je seronok..
Kita2 pun dapat berendam rasa lega aih..
Happy je ๐
seronoknya berendam…teringin nak gi bercuti gak…hihihihi….
http://irdinasvitafamily.blogspot.com/2014/11/promosi-hebat-omega-guard.html
ala…nak main gelongsor gak…hahaha