Assalamualaikum semua!!!
Saya ingin mewar-warkan peluang kepada semua peniaga untuk sama-sama memeriahkan dan sekaligus menambahkan pendapatan perniagaan anda. Untuk makluman anda, pihak penganjur akan mengadakan karnival Wow Fiesta KL yang mana tempatnya adalah sangat strategik, berdekatan dengan LRT/ pengangkutan awam yang lain dan juga pastinya akan mendapat sambutan yang di luar jangkaan anda.
Pihak penganjur WoW Fiesta KL menawarkan beberapa tapak niaga untuk disewakan kepada para peniaga yang berminat dan mereka dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama memeriahkan acara tersebut yang mana maklumannya adalah seperti berikut:
Acara : WoW Fiesta KL
Lokasi : Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Tarikh : 24 – 30 November 2014 ( Hari GAJI)
Harga Tapak : dari RM1,300.00 hingga RM2,500 untuk 7 hari
(Satu tapak boleh dikongsi untuk 2 peniaga)
Antara peniaga yang akan turut serta ialah Zawara, Aidijuma, Padusi, Intan Lydiana Letto Crush
Siapa yang tidak tahu di mana lokasi ni? Haishhh mana mungkin tak tahu, kan biasa je shopping kat area sini kan? Untuk pengetahuan anda, Maju Junction ini adalah terletak dikawasan strategik, di kelilingi oleh pejabat syarikat korporat dan awam tersohor negara. Antara pejabat yang berada dikawasan Maju Junction ialah;
1. MARA HQ dan MARA Wilayah Persekutuan
2. Pejabat AKPK
3. Tabung Haji Kuala Lumpur
4. CIMB Tower
5. Menara LPPKN
6. Wisma Sime Darby
7.UniKL
8. UniAsia
Bangunan Shopping Kompleks yang berdekatan ialah
1. Pertama Kompleks
2. SOGO
3.House Depot
Maju Junction merupakan tempat tumpuan lunch crowd bagi pekerja pekerja ofis, kerana Maju Junction menempatkan beberapa restoran tumpuan ramai seperti Secret Recipe, Modestos, Starbucks, Pizza Hut, KFC. Crowd traffic terutamanya pekerja pejabat memenuhi Maju Junction setiap hari, terutama pada waktu rehat (Lunch, Tea and Dinner).
Antara bahan promosi yang akan dilaksanakan ialah:
1. Insta Review
2. Banner and Bunting
3. Flyers yang akan diedarkan di stesen stesen LRT ie Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, KL Sentral.
Yang menjual produk fizikal boleh buka booth.
Wah…kalaulah saya tinggal dekat-dekat sana.
huhu…berita baik buat semua nih..