Alhamdulillah.
Saya memang bersyukur sangat bertemu dengan pengasuh yang baik dan sangat prihatin dengan perihal anak-anak saya. Tahun ini genap sembilan tahun kami menghantar anak-anak dengan Kak Wan a.k.a mak, panggilan anak-anak kepada pengasuh ni. Ini adalah pengasuh pertama sejak kami berpindah ke Gombak dan Insha Allah, semoga berkekalan sehingga bebudak ni semua sudah besar. Saya kenal pengasuh ini dari kawan dari sekitar perumahan di sini juga. 9 tahun yang lepas memang berniat nak hantar anak-anak ke nurseri sahaja, tapi Alhamdulillah ada rezeki untuk hantar ke rumah jiran kami ni.
Pada tahun 2006, hanya Najwa sahaja yang ada, anak yang lain masih dapat perut dan dalam proses hehehehe. Waktu tu cajnya adalah RM200 seorang. Murah bukan? Dan sangat berbaloi membayarnya sebab jagaan Kak Wan sangatlah baik dan saya berpuas hati. Bukan setakat menjaga dan mengasuh, malahan Najwa diajar membaca dan mengira tahap basic atau awalan hehehe. Saya tak harap pun Kak Wan nak ajar semua tu, sekadar cukup menjaga anak saya sudahlah.
Saya seronok bercerita perihal Kak Wan dengan rakan sepejabat, diorang kata untunglah saya dapat pengasuh yang boleh diharap sebab ada rakan sekerja yang bertukar pusat nurseri beberapa kali atas sebab-sebab tertentu. Saya pun bersyukur sebab Kak Wan jarang sangat minta cuti. Kalau nak cuti pun sekadar nak hantar anak tunggal perempuannya daftar ke institusi pengajian dan ambil anaknya selepas habis belajar di sana. Dan Kak Wan memang jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain. Sangat-sangat memahami and i like!!! ;).
Kak wan pun jaga bebudak lain juga, sekarang ni jumlahnya 5 orang termasuk 3 orang anak-anak saya. Lagipun Kak Wan dah berumur dan tak larat dah nak jaga reramai. Tapi caj masih tetap sama seperti dulu, walaupun anak-anak dah besar dan transit sahaja, tetap juga begitu bayarannya, saya niat nak bersedekah aje, biarlah sebab dia terlalu baik dan saya sangat-sangat hargainya. Dan Kak Wan tak pernah meminta bayaran lebih jika saya ambil anak lewat, maksudnya lebih dari jam 7 malam, tapi saya pun jarang jemput bebudak ni lewat, dalam sebulan tu adalah sekali 2. Kebiasaannya 6.15 petang dah jemput Adam dari rumah Kak Wan.
Dan hari ini dan besok, saya minta Kak Wan jagakan anak-anak saya kerana suami mengajak saya mengikutnya ke Sabah, bukan makan angin tapi atas urusan kerjanya. Memula berat hati nak ikut, tapi suami kata sekali sekala jomlah ju. Opismate saya pernah berkata, kalau suami ajak gi memana tu ikutlah, kalau dia ajak orang lain macamana? Pulak????? Kesiankan anak, kesiankan suami, saya ikut cakap suami, maafkan ibumu anak-anakku, nanti kami bawa pulang ole-ole Sabah bahhh ya.
Malam tadi, Adam merengek, “Ibu, Adam nak ikut Ibu,”. Beberapa kali diulangnya rayuannya tu, luluh hati saya mendengarnya, dan saya memujuk, takpe nanti ibu balik, kita tidur sama-sama lagi ya. Mana tak rindu, sejak lahir hingga umurnya 4 tahun, bawah ketiak inilah tempatnya beradu..Bergenang airmata hehehe, sensitif lah katakan, sambil tangan menepuk si Adam sehingga dia lena tidur…
Alahmdulillah..dapat pengasuh yang baik…
Bestnye aju..cuti-cuti Sabah bah..hehe..selamat bercuti.. ^^
Beruntung aju dpt jumpa pengasuh yg baik dan jaga anak kita mcm anak sendiri.
Bestnya gi sabah.
Bestnya jalan-jalan Sabah tapi part nak tinggalkan anak tu yang tak tahan tu
Alhamdulillah..untunglah Aju dapat pengasuh yang baik. Moga kak Wan diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu. Amin..
Selamat terbang ke Sabah. Bolehlah honeymoon sekali. Hihi..
tak suka cakp byk sy suka tgok pic sis aju sama suami swett bangat ๐
Wahhh..kalau saya, memang berat hati dah nak pergi..huhu..seronok la tu suami ajak kan..hehehe
Semoga selamat pergi dan balik..untung ada pengasuh yang baik dan memahami..
Alhamdulillah bukan senang nak dapat yang baik. Dulu masa Hafiy lahir, si pengasuh yang offerkan diri nak jaga..baik sesangat. Sampai sekarang dah 13 tahun, kasihnya kat Hafiy macam anak sendiri ..
P/s: kalau suami dah ajak, jangan sesekali menolak ..:-D
Mak Wan mmg peramah. Moga mak wan terus sihat. Ameen =)
sekarang ni, mmg payah dah nak cari pengasuh yg sebaik mak wan.
thanks aju sebab tolong carikan pengasuh utk anak2 kami. kak ros pun sgt baik orangnya. Alhamdulillah
Salam sis aju..
sy nisa…
boleh sy tahu nombor telefon mak wan kalau tidak keberatan?
sy amat memerlukan seorg pengasuh utk mnjaga bayi sy berusia 3 bulan utk bulan mac nie…
sy tggl d indah gemilang gmbak..
harap sgt awk dpt membantu sy…
nie nombor sy 0192594187
terima kasih =)