Adam dah 5 hari batuk tak baik-baik juga. Walaupun dah diberi ubat, perahan limau dan madu, batuknya tetap kuat. Hari Rabu minggu lepas, selepas pulang kerja dan setibanya di rumah pengasuh, saya bawa Adam ke klinik dan doctor memeriksa pernafasan Adam.
Kuat bunyi nafasnya ni. So terus doktor advice supaya Adam diberi gas nebulizer, untuk paru-parunya kembang dan mudah bernafas seperti kebiasaannya.
Oklah saya ok je kalau itulah yang terbaik untuk anak saya, bila doctor tanya Adam, “Abang ok?”. “Ya” jawab Adam. Wahh seronok ye nak sedut gas ye hahaha. Untuk pengetahuan ini kali kedua Adam menerima gas macam ni sejak lahirnya.
Sebebarnya Adam tiada lelah atau semput, disebabkan batuk dan kahak sudah bermaharajalela, tu yang kene sedut gas tu. Hmmm kebetulan suami tiada, outstation ke Sabah lagi selama 3 hari huhuhuu. Waktu ni si kakak-kakak belum pulang dari sekolah lagi. Oklah tak susah sangat nak handle hero saya yang seorang ni ;).
Saya suka ke klinik Gombak Medical Centre ni, doktornya iaitu Doc Siti sangat peramah, banyak bagi explaination, dan sangat baik dengan bebudak. Itu personal touch kan, sebab tu ramai follow doctor sebab nakkan perkhidmatan yang terbaik tu. Sebab ada sesetengah doktor, jangan marah aa doc, duduk je, tanya sakit apa? terus bagi ubat.
Dan proses tu tak sampai 5 minit dan terus suruh patient tunggu kat luar ambil ubat. Saya faham kekadang perlu rawat ramai pesakit, tapi kalau klinik, diorang ni lebih menjual perkhidmatan berbanding nak jual ubat tu sendiri. Kalau pesakit sukakan doktor tu, Insha Allah setiap kali perlukan rawatan mesti akan datang lagi dan lagi.
Itu tips ye doktor hahaha. Siap nak bagi tips kan, dah kenapa?? Lagi satu nurse, nurse kat sini peramah juga, dengan bebudak ni siap gurau lagi. Bebudak sakit, mak bapak budak bolehla relax lagi. Selalu memang ramai yang ke klinik ni, kalau dah ramai sangat terpaksa jugalah saya lari ke klinik lain, tapi the first choice must be GMC ;).
Selepas 15-20 minit Adam menyedut gas tersebut, kami kembali berjumpa dengan doktor Siti semula. Doc Siti kata, “Alhamdulillah, now its very clear, sangat celar.” Dengar dengan steteskop kan, dari situ yang katanya clear tu.
Alhamdulillah lega hati saya. Dan saya diberi alat ni untuk dibawa pulang ke rumah, alat ni sahaja ye, tong gas bagai tiada ya. In case next time perlukan neb lagi, silalah bawa alat ni bersama. Maksudnya memasing ada tiub memasing, jadi balik rumah, sila basuh, saya basuh dan rendam sekejap dengan sabun pencuci botol susu.
Bilas bersih-bersih dan terus keringkan. Selepas keringkan terus simpan dan semoga selepas ni Adam terus segera sihat dan tak perlu untuk gas ni lagi :). Dan Adam diberikan juga ubat selsema, cair kahak dan asma. Alhamdulillah, hari ini, Adam semakin beransur baik. Semoga sihat semuanya.
Dr ct ni ada fb ke jun. Nak follow jugak.
Moga adam cepat sihat..
anak saya Darwish pun dulu kerap kena Nebuliser…
sekarang tak lagi.. dah hmapir 2 tahun tak kena..alhamdullillah..:)
semoga adam cepat pulih dan boleh jadi hero kepada ibunya nanti..
Sian Adam…moga cepat sembuh adam..!
ha ah..ada gak doktor yg macam ni..sya pernah kena..tak sampai 2 min,dh suruh tggu kat luar..huhu..semoga adam lekas sembuh..
semoga anak segera sembuh ini pa ma kena berjaga-jaga selalu.
Saya siap beli mesin nebulizer untuk kegunaan anak-anak dan isteri di rumah.