Cara efektif agar anak cepat membaca dengan i-Sina

Cara efektif agar anak cepat membaca. Anda impikan anak yang mampu membaca pada usia seawal 4 tahun?

Ramai anak yang berjaya dengan hasil tunjuk ajar Ibu bapa mereka sendiri. Mampu membaca dengan lancar seawal usia 4 tahun bukan lagi perkara luar biasa.

 

Anda tidak pandai mengajar? Anda bukan guru?

JANGAN BIMBANG! Dengan cara i-Sina, ramai ibu bapa yang tiada pengalaman mengajar, mampu melakukannya.

Anak anda belum mengenal huruf?

Anak-anak yang belum mengenal huruf juga boleh terus diajar membaca. Ribuan anak kecil sudah menguasai pembacaan melalui i- Sina. ANDA JUGA MAMPU MELAKUKANNYA.

Hanya ikut arahan dan langkah-langkah yang diberikan. Program ini disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif untuk mengelakan tekanan dan kekeliruan anak-anak.

Anda cuma perlu mengajar 10 hingga 15 minit sehari.

I-Sina memberi penekanan kepada kefahaman anak-anak bukan hafalan. Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.

Program Belajar Membaca i-SINA  adalah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.

Program Belajar Membaca i-SINA  ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.

Program Belajar Membaca i-SINA ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.
Program Belajar Membaca i-SINA ini juga menjadikan kanak-kanak “suka” dan “mahu” terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.
Program Belajar Membaca i-SINA ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah. Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Cara efektif agar anak cepat membaca dengan i-Sina

  • Boleh dimulakan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal kesemua huruf A hingga Z.
  • Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif.
  • Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran.
  • Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam program pembelajaran.
  • Memperkenalkan tanda-tanda bacaan seperti noktah, koma, tanda seruan dan tanda soalan.
  • Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam Bahasa Inggeris (tidak terikat dengan pembacaaan mengeja atau menghafal suku kata)
  • Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam proses menguasai proses kemahiran membaca.
  • Dan banyak lagi!
BACA  Keriuhan anak empat

Soalan Yang Sering Ditanya

Pada umur berapakah yang paling baik untuk saya mula mengajar anak saya membaca? 

Sekiranya anak anda sudah mempamerkan sifat-sifat ingin tahu dengan huruf-huruf yang biasa dilihatnya, atau buku-buku cerita yang anda belikan untuknya, maka pembelajaran sudahpun boleh dimulakan. Syarat yang penting ialah anak anda boleh fokus dan mengikuti arahan-arahan yang anda berikan kepadanya. Umur yang paling awal untuk memulakan pembelajaran ialah pada umur 3 setengah tahun.

Saya tidak ada pengalaman mengajar, bolehkah saya mengajar anak saya sendiri?

Ya, sudah tentu anda boleh. Malah, ramai ibubapa yang telah berjaya mengajar anak mereka sendiri untuk menguasai kemahiran membaca sebelum anak-anak mereka melangkah ke tadika lagi. Program iSINA dimuatkan dengan skrip mengajar dan setiap pembelajaran adalah mudah untuk diikuti.

Perlukah anak saya mengenal semua huruf sebelum dia mula belajar membaca?

Tidak perlu. Dengan iSINA, anak anda tidak perlu mengenal huruf terlebih dahulu dan sudah boleh memulakan pembelajaran. Ini bermakna, anak anda boleh memulakan pembelajaran seawal umur 3 setengah tahun!

Tidakkah pada umur 3 atau 4 tahun terlalu awal untuk anak saya belajar membaca dan bukankah ini akan memberi tekanan kepadanya?

Pembelajaran dengan cara iSINA adalah mudah, cepat dan berkesan dan ianya dilakukan secara sedikit demi sedikit, tanpa sebarang tekanan kepada kanak-kanak walaupun pada umur yang kecil. Kanak-kanak akan mengalami pengalaman belajar yang menyeronokkan tanpa bebanan menghafal bunyi suku kata yang mengelirukan.

Berapa lamakah anak saya perlu mengikuti buku ini bagi membolehkannya menguasai kemahiran membaca?

Untuk anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun, kebiasaannya mereka boleh menguasai kemahiran membaca dalam jangka masa 3 hingga 6 bulan. Namun bagi anak anak yang lebih kecil seperti 4 tahun, mereka biasanya akan memerlukan masa yang lebih lama iaitu antara 6 hingga 10 bulan.

BACA  Menang Mini Giveaway

Apakah perbezaan iSINA dengan kaedah pembelajaran yang lain?

iSINA menekankan kefahaman kanak-kanak dalam membuat gabungan bunyi huruf dan tidak sama sekali memaksa kanak-kanak untuk menerima dan menghafal bunyi suku kata yang diajar. Kanak-kanak akan diajar untuk menggabungkan bunyi fonetik setiap huruf untuk membentuk perkataan tidak kira bentuk sukukata yang terbina. Dengan cara ini, kanak-kanak akan mudah membaca dan mampu membaca apa sahaja perkataan dan tidak terhad kepada suku kata mudah sahaja.

Adakah Cara iSINA juga berkesan untuk murid-murid sekolah yang menghadapi masalah membaca?

Ya, cara pembelajaran iSINA juga berkesan kepada murid-murid yang menghadapi masalah membaca dan telah membantu beribu-ribu murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk menguasai kemahiran membaca, termasuk murid-murid kelas pendidikan khas dan disleksia. Walau bagaimanapun, sebelum pembelajaran bermula, murid perlu menjalani satu proses pemulihan berstruktur dahulu untuk mendapat progres pembelajaran yang lebih baik. Dapatkan buku “iSINA : Proses Pemulihan Membaca dan Menulis.”

Cara efektif agar anak cepat membaca

Adakah program Cara efektif agar anak cepat membaca ini untuk kanak-kanak berbangsa Melayu sahaja?

Tidak, Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan kita. Oleh itu. semua bangsa perlu tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama dalam menguasai keseluruhan bahasa itu sendiri.

7 thoughts on “Cara efektif agar anak cepat membaca dengan i-Sina”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: