Hai uolss!!
Pernah makan Congo Bar? Saya memang TAK PERNAH!!
Saya bayangkan Congo Bar tu macam coklat bar yang dalam dia ada kekacang. Kenapa? Entahlah sebab tak pernah makan dan tak lihat pun. Baru raya tahun ni duk dengar sana-sini pasal CB. Tapi memandangkan saya tidak mengandung dan tidak mengidam, tidaklah saya tak tentu arah mencarinya. Kalau tidak mesti nak juga merasanya kan, nanti meleleh pula air liur mak baby ;).
Ya Allah pertama kali cuba, ambil seketul, gigit, dan kunyah, Ya Ampun sedap nak mautt!!! Tu tandanya sedap gilerlah pada saya. Hmmm tak hengat-hengat makan sampai 3 ketul. Elokla makan sikit-sikit je sebab benda ni masih bangat, mau potong kaki korang nanti. Terima kasih pada ofismate saya, si Ain yang rajin buat kek ini untuk kengkawan opis. Dia yang sukarela nak bawak CB ni. Anak dara lagi si Ain ni, tapi tak sangka ko dah macam mak-mak, hahaha rajin benor baking kek bagai ya. Bagus-bagus, lenkali boleh bawak lagi untuk ahkak ok!! Giler sedaplah air tangan si Ain ni.
Saya seriusly tak pernah bake kek atau roti, tapi bila tengok kengkawan sekeliling hebat sangat dalam mempamerkan kreativiti diorang, saya pun rasa terpanggil untuk mencubanya. TAPI, hahaha rumah saya takde oven ni, nanti kita beli ya, hahaha alasan dan pelbagai alasan diberikan kan??? Ok lepas ni saya nekad nak beli hahaha. Diorang kata senang je nak buat ni, bahan semua tu bukannya nak susah nak cari, pergi je beli kat kedai bahan buat kek tu, nak apa semuanya ada, tapi pada saya lagi senang beli yang dah ready to eat, kekekke memang nak kene hempuk. Eh eh ada yang tanya, macamana boleh dapat nama CB ni ya? hahahha sebab tengok rupa tu takdelah Congo sangat pun, bongggoo pun jauh sekali, takpelah takyah pecah kepala sangat memikirkannya, janji sedap hehehe.
Tekstur congo bar ni sangat lembut dan crunchy sikit kat topping dia tu. Dan si Ain ada kongsikan resepi Congo Bar ini yang diambil dari blog masakan juga ni. Tuan blog saya copy resepi dan saya kredit ke blog owner ya. Memang resepi ini pun yang si Ain ni guna, hmm ain memang ko sangat hebat. Akak sangat bangga punya opismate cenggini, akak harus tabik spring pada kau hahaha.
http://kitchenguardian.blogspot.com/2010/05/congo-barsa-cross-between-brownies-and.html?m=1
Congo Bars
2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
2/3 cup butter, I used Anchor, Tatura has not been giving the right taste and texture lately!
1 lb light brown sugar, I used 12 oz only thank God!
3 large eggs
1 tsp vanilla
11.5 oz milk chocolate chip, I used 250g chopped Valrhona
1 cup pecans, I didn’t have any, so skipped this.
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl.
Stir brown sugar and softened butter, until all butter disappears and well incorporated.
Add eggs one at a time, stir well. Add vanilla.
Add chocolate chips and nuts, mix well.
Add dry mixture ie flour, baking powder and salt.
Bake ina 13/9 inch pan at 170 degrees Celcius for about 30 minutes or until the top is golden.
Kalau makan sepotong memang tak puas, jadi haruslah berpotong-potong, eh kalau nak makan banyak lagi, kenelah cuba buat ok. Rasanya kalau kat luar diorang jual 50 potong RM60 macam tulah. Saya pun dengar-dengar aje, belumlah pernah membeli lagi. Ok semua dah puas hati tengok gambar kan? Ha kene cuba tau, penat dah share resepi dengan gambar ni, pada yang nak mencuba nanti, kongsikanlah pengalaman anda dan hasilnya ya. Hmmm pasti tidak mengecewakan anda semua ;).
Ohhh congo…ingatkan bonggoooo… Haha..tak pernah makan lagi ni…terliur wehhh.. Bak sini sikit…pos laju ke…haha
Uishhh… kecur air liur dah ni. Tapi entah bila lah boleh buat ni..rajin punya pasal, tahun depan pun belum tentu lagi ni 😀
Macam tak pernah tengok dan makan pulak congo bar ni. Macam menarik pulak. Tapi mana nak cari. Haha