Alhamdulillah
Hari ini hari terakhir persekolahan untuk semua kan. Syukur anak-anak dapat melalui pembelajaran mereka dengan baik. Sudah mendapat keputusan peperiksaan dan ada yang memuaskan dan tak kurang juga banyak yang perlu diperbaiki. Najwa sekarang berada di kelas no 4, dari 7 kelas yang ada di sekolahnya. Tahun depan Najwa dapat naik ke kelas no. 3. Alhamdulillah, walau anak ibu tidak mendapat sebarang anugerah, tapi ibu puashati dengan pencapaian keseluruhan dalam kelas. Najiha pula, mendapat no 13 dari 42 orang murid di kelasnya. Pun ibu turut berbangga dengan Najiha, walau tak dapat 10 tempat teratas dalam kelas, namun semua subjek mendapat A.
Satu hari tu Najiha balik sekolah dan beritahu saya, ustazahnya meminta Najiha duduk sebelah kawannya yang Darjah 2 dan minta ajarkan kakak tu mengaji Al Quran. Alhamdulillah, hahaha senyum je ibu dengar, walaupun tajwidnya tidak berapa fasih, bolehla nak baca AlQuran dan sekarang dah boleh mengajar orang pula. Wahh pasni boleh minta tolong ajarkan Adam mengaji pulak ye Najiha kekeke.
Hari ini juga merupakan hari terakhir anak-anak belajar di sekolah ini, kerana tahun depan Insha Allah akan belajar di sekolah yang baru. Sebelum ke sekolah tadi saya ingatkan anak-anak supaya bersalaman dengan kawan-kawan dan semua cikgu dan ucapkan terima kasih atas segalanya. Minta maaf atas semua kesalahan dan semoga dapat bertemu lagi, dan jangan lupakan jasa semua orang. Kenapa tukar sekolah? Alhamdulillah kami akan berpindah ke rumah baru. Doakan ya semoga semua yang dirancangkan akan berjalan dengan baik.
Sekarang saya sedang mencari sekolah baru untuk anak-anak dan pengasuh yang baik untuk mereka. Pengasuh yang baik seperti pengasuh sekarang ni, sangat baik dan selama 8 tahun bersama saya sangat senang dengannya. Setakat yang saya survey ni, belum jumpa lagi pengasuh di tempat baru nanti. Pilihan yang ada, ialah sekolah agama integrasi, yang menyediakan transit untuk anak-anak ke sekolah kebangsaan. Dan semuanya perlu berdikari sendiri, dari mandi, bersiap, makan dan naik ke van. Hmmm moga ini akan mendidik anak-anak ibu bersiap sendiri dan mula belajar hidup berdikari. Saat tulis entri ni, bergenang pula airmata ibu.
Adam pula? Rasanya akan hantar ke Tadika Little Caliph. Dan terus day care sehinggalah ibu datang jemput selepas pulang kerja. Di sekolah Agama Integrasi tu ada untuk anak-anak tadika, tapi ramainya. Rasa sayu tengok diorang semua bersiap, mandi, makan, ada yang bergelimpangan depan TV. Memang ada cikgu yang mengawasi mereka, namun hati sayu saya berat untuk hantar Adam di situ, malahan perlu menaiki tangga untuk ke kelasnya. Tinggi tau tangga tu, sekolah ni di shoplot 3 tingkat, jadi sayup je nampak ke atas tu.
Najwa, bila saya dan suami beritahu dia kita akan berpindah, dia yang paling sedih. Sedih nak berpisah dengan kawan-kawan. Takut untuk menghadapi suasana dan kawan-kawan baru. Takpe ibu akan temankan semua anak-anak ibu, yang penting semua kena bagi kerjasama yang baik ya. Ibu tahu kalian sangat baik dan mendengar kata. Ini cabaran buat semua, Allah tahu yang terbaik buat kita kan. Jadi Allah dan aturkan sesuatu yang sangat bermakna dan semoga ini adalah keputusan yang terbaik dan memanfaatkan semua. Alhamdulillah.
Lengang sikit jalan hari ni dan seterusnya selama sebulan lebih. Hehe. Selamat bercuti kepada murid2 sekolah.
He he..nnti leh ajar anak pak cik mengaji pulak yer..hehe
Selamat bercuti, riuhla rumah nanti. hehehe
Wah nak berpindah ke mana tu Aju?